Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Khas Malaysia
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Khas Malaysia

Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Khas Malaysia

Posted on

Anda pasti sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah buahan, sayur sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita. Bagi menu orang Asia, tentunya penggunaan rempah dan herba antara satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Rempah memiliki khasiat penyembuhan mulai dari yang berkhasiat menyembuhkan penyakit pilek hingga yang berkhasiat mencegah penyakit kanker, selain fungsinya untuk menyedapkan cita rasa masakan

Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Khas Malaysia
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Khas Malaysia

Rempah ratus mampu memberikan rasa lebih enak kepada hidangan makanan dan jika ia di simpan dengan cara yang betul, rasa rempah mampu tahan untuk jangka masa lebih lama. Biarpun rempah mungkin tidak akan rosak tetapi ia mampu kehilangan rasa dan warnanya sekiranya tidak di simpan dalam bekas yang bertutup rapat. Rempah yang belum di buka daripada bungkusannya masih boleh memiliki rasa yang kuat dalam tempoh dua hingga tiga tahun, bergantung kepada jenisnya. Jika ia tidak di tumbuk misalnya masih dalam bentuk asal seperti lada, kulit kayu manis dan bunga cengkih, ia boleh bertahan lebih lama di dapur dan di gunakan dalam tempoh lebih panjang.

Bahan Resepi Nasi Beriani Ayam :

  • 500 gram ayam, daging atau kambing dengan tulang
  • 10 bunga cengkih
  • 8 buah pelaga
  • 6 buah tomato masak saiz besar di potong dadu, lagi banyak lagi sedap
  • 5 cawan beras basmathi di rendam & tos
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 biji telur di rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil di kupas & rebus
  • 4 biji cili hidup hijau di potong potong
  • 3 bawang besar di potong dadu
  • 3 inci halia di tumbuk
  • 2 labu bawang putih di tumbuk
  • 2 bay leave
  • 2 inci kayu manis
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 cawan yoghurt
  • ½ cawan susu
  • Minyak olive
  • Saffron & pewarna kuning
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar di hiris
  • Daun mint
  • Badam & kismis

Penyediaan Ayam :

  1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang di kisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah, bawang putih, halia kisar, bawang besar sampai naik bau, boleh di tambah daun pandan.
  3. Masukkan ayam yang di perap dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
  5. Campur yoghurt dan tomato ke dalam kuali, masak di kacau rata sampai naik minyak.
  6. Jangan sampai terlalu kering, biar berkuah sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula, sesuaikan rasa.
  8. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum di tutup api.

Penyediaan Nasi :

  1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan di tos.
  2. Tambah bay leaf, cengkih, air, garam, minyak, pelaga dan masak sampai air mendidih.
  3. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100 % masak.
  4. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani :

  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi.
  2. Sudukan susu secara random ke atas nasi.
  3. Dengan menggunakan penapis teh titiskan pewarna kuning ke atas nasi.
  4. Letakkan telur yang telah di kelar dan kentang rebus.
  5. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang di hiris.
  6. Lapisan kedua isi ayam bersama sedikit kuahnya sampai menutupi lapisan nasi.
  7. Lapisan ketiga, tutup lapisan daging dengan nasi.
  8. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  9. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam.
  10. Tabur tomato, daun ketumbar, bawang goreng, cili hijau.
  11. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika.
  12. Boleh juga di tutup dengan aluminium foil dan di masak menggunakan microvave atau dapur gas.
  13. Setelah matang sendukkan nasi & ayam ke dalam mangkuk lain dan di gaul rata dengan perlahan agar nasi tidak patah.
  14. Bolehlah di hidangkan dengan salad dan yoghurt.
  15. Taburkan daun ketumbar.

Salad, Potong Dadu Dan Satukan Kesemuanya, Sesuaikan Rasa Yang Di Sukai :

  • Lettuce
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Timun di buang biji
  • Green bell pepper
  • Garam & gula
  • Minyak olive
  • Perahan lemon
  • Daun ketumbar

Sos Yoghurt, Satukan Kesemuanya Dan Gaul Sehingga Sebati :

  • Yoghurt
  • Bawang besar di potong bulat
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • Garam

Tambahan :

Bagaimanapun, sekiranya sudah di tumbuk atau di kisar, rempah itu lebih mudah hilang rasa dan warnanya dan apabila di masak, ia kurang aroma untuk menyedapkan resipi. Rempah yang di simpan dalam bekas kedap udara dan di simpan secara tertutup di dalam kabinet boleh di gunakan dalam tempoh lebih lama, seterusnya menjimatkan perbelanjaan dapur. Rempah masih dalam keadaan asal iaitu tidak di tumbuk halus boleh bertahan dua kali ganda lebih lama berbanding yang sudah di hancurkan sehingga menjadi serbuk.

Secara amanya, rempah yang belum di tumbuk boleh bertahan kira kira dua tahun lebih lama tetapi rempah serbuk hanya boleh bertahan kurang setahun sekiranya pek sudah di buka. Rempah kering perlu di simpan jauh daripada kepanasan atau api, misalnya terlalu berdekatan dapur memasak kerana kepanasan boleh membuatkan rempah kurang aroma rasanya. Pada masa sama, wap air daripada air atau masakan yang mendidih boleh menyebabkan rempah berubah bentuk menjadi bertepung. Ia juga perlu di simpan jauh daripada cahaya terang terutama jika rempah di letakkan dalam bekas kaca.

Serbuk cili merupakan sumber yang baik untuk vitamin A & C serta kaya dengan potassium dan zat besi. Ia melancarkan aliran darah, melegakan aliran pernafasan yang tersumbat, mengurangkan kolesterol, meningkatkan imuniti, mengelak jangkitan ulser dan mengurangkan risiko kencing manis.

Pelaga merupakan sumber bagus untuk magnesium, serat dan zat besi selain zink, kalsium, vitamin C dan potassium. Ia bagus untuk detoks tubuh, memperbaiki buah pinggang, pundi kencing dan sistem penghadaman. Ia juga di katakan bahan yang baik untuk hilangkan nafas berbau.

Halia cukup di kenali sebagai bahan yang mampu mengurangkan motion sickness, pening, sakit perut dan boleh membantu arthritis kerana kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin B6. Ia juga di katakan membantu meningkatkan fungsi antibodi dan menggalakkan perpeluhan.

Rosemary melawan obesiti, penyakit hati, gastrik, penyakit kolesterol, penyakit berkaitan paru paru seperti asthma dan edema.

Thyme merupakan daun herba kering adalah sumber terbaik untuk vitamin K dan juga zat besi, kalsium, serat serta magnesium. Daun segar kaya dengan vitamin C. Ia juga di katakan dapat membantu kesihatan otak sebagai pelindung sel dan antioksidan.

Bawang putih di katakan mengelakkan jangkitan kulat, mencegah jangkitan bakteria kerana ia kaya dengan magnesium, vitaminB1, B6 dan C selain kalsium, fosforus dan protein. Ia juga bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam daran dan menurunkan tekanan darah.

Bawang merah/besar merupakan sumber terbaik chromium, vitamin C, serat serta vitamin B6. Ia juga di katakan dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular selain kesihatan tulang dan tisu sendi.

Kayu manis adalah rempah popular ini kaya dengan magnesium selain menjadi sumber zat besi, serat dan kalsium. Di percayai dapat menurunkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan kadar metabolisme, kawal dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

Kunyit dapat membantu mengelakkan sel barah dari merebak, memperbaiki fungsi hati, mengurangkan kolesterol dan di katakan mungkin membantu mengelakkan penyakit Alzheimer. Kunyit kaya dengan manganese, zat besi, vitamin B6, serat dan potassium.

Paprika kaya dengan serat, vitamin A, B6, C, K dan E selain zat besi dan potassium. Ia bagus untuk menghalang penyakit berjangkit serta sebagai antioksidan.

Parsli membantu meneutralkan bahan yang dapat mengelakkan ketumbuhan kerana ia kaya dengan vitamin A, K dan C selain zat besi dan folat. Ia juga bagus sebagai antioksidan, memperbaiki kesihatan jantung dan di katakan baik untuk merawat sesetengah kanser dan arthritis.

Oregano adalah sumber terbaik vitamin K, ia adalah antara sumber semulajadi asid lemak Omega 3 selain kalsium, vitamin A dan C. Ia juga bagus sebagai anti bakteria dan antioksidan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *