Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Khas Malaysia
Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Khas Malaysia

Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Khas Malaysia

Posted on

Lada terkenal membantu menghasilkan mukus berair dan memberikan anda hidung berair untuk membersihkan rongga hidung. Rasa yang lebih segar dan tidak pahit di miliki oleh lada putih di bandingkan dengan lada hitam, akan tetapi lada putih lebih cepat basi dari pada lada hitam. Lada putih mempunyai rasa yang lebih pedas dan lebih tajam dari pada lada hitam. Tetapi bagaimanapun juga lada putih kurang kompleks dan mempunyai aroma rasa yang kurang berbanding lada hitam. Lada yang lebih banyak aroma rempah di miliki oleh lada yang berkualiti tinggi.

Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Khas Malaysia
Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Khas Malaysia

Lada membantu untuk menghentikan pendarahan pada luka luka kecil. Selain itu, dengan khasiat anti bakteria dalam lada juga membantu untuk membunuh kuman dan juga merangsang penyembuhan dengan baik. Rempah ini membantu meningkatkan metabolisme dan membantu mengusir lemak jahat dalam tubuh . Lada juga berkhasiat sebagai detox badan anda dengan mengurangkan kesakitan perut serta mencegah pengumpulan gas di dalam usus. Anti bakteria dalam lada juga membantu merawat gangguan pernafasan dan menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Bumbu ini di gunakan untuk mengubati beberapa penyakit yang di sebabkan oleh bakteria, seperti e coli, cirit birit dan sembelit. Rempah ini juga berguna dalam mengurangkan kemurungan, meningkatkan keupayaan kognitif dan sistem saraf yang jauh lebih baik daripada ubat ubatan. Selain meningkatkan kesihatan kulit, rempah ini juga memberi manfaat kepada anda untuk mendapat rambut yang cantik juga menghilangkan kelumumur pada rambut anda.

Bahan Untuk Resepi Ayam Goreng Mamak :

  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2 inci
  • 3 Tangkai daun kari di potong halus.
  • 2 Sudu besar Serbuk ayam goreng berempah kari
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang di kisar halus.
  • Seekor Ayam di potong potong
  • Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk di rasa.

Cara Penyediaan Ayam Goreng Sedap :

  1. Bersihkan Ayam yang telah di potong dan perlu di simpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam.
  2. Kemudian siapkan bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam di dalam bekas.
  3. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat di daging ayam .
  4. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + dan halia.
  5. Bahan ini penting untuk masakan ayam goreng berempah
  6. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1 sampai 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
  7. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, Tepung beras dan Tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang di potong halus.
  8. Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.
  9. Kira kira tepung terlalu likat boleh di tambah sebutir telur atau air sedikit .
  10. Kelikatan tepung adalah amat perlu di beri perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam, terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.
  11. Maka di nasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.
  12. Perap 20 sampai 30 minit sebelum gorengan.

Cara Cara Masak Ayam Goreng :

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup, ketulan ayam perlu lemas dalam minyak
  2. Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan.
  3. Suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
  4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu di masukan jangan terlalu banyak dan sedikit.
  5. Selalu awasi supaya ketulan ayam tidak hangus.
  6. Dalam keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.
  7. Goringan ini biasanya ambil masa 20 sampai 25 minit.
  8. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung.
  9. Bahagian peha di masukan di akhir gorengan kerana bahagian peha dapat ambil masa yang lama untuk masak dan gunakan api yang kecil.
  10. Tanda peha sudah di masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
  11. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak dalam resepi ayam goreng mudah ni.
  12. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam goreng berempah resepi.

Tambahan :

Dalam berbagai kajian saintifik telah menunjukkan bahawa lada putih sangat bermanfaat dalam meningkatkan dan menghindari masalah gigi seperti pereputan gigi dan melegakan sakit gigi dengan cepat. Dari kajian oleh Universiti Michigan, bumbu rempah ini mungkin membantu melawan kanser kulit dan kanser payudara. Lada menurut para saintis dalam kajian ini menjelaskan bahawa lada dan kunyit adalah agen anti kanser. Mereka yang mempunyai anoreksia ringan, bumbu rempah ini boleh membantu untuk merangsang selera makan mereka. Jadi, nikmati semua hidangan yang termasuk lada!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *