Resepi Ayam Goreng Kunyit Khas Malaysia
Resepi Ayam Goreng Kunyit Khas Malaysia

Resepi Ayam Goreng Kunyit Khas Malaysia

Posted on

Kunyit merupakan agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka atau terbakar. Bila di gabungkan dengan kembang kol, kunyit telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada. Selain itu kunyit menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2 dan mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2. Kelebihan yang lain dari rempah ini boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak, mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza, anti radang yang bekerja tanpa kesan sampingan dan membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Khas Malaysia
Resepi Ayam Goreng Kunyit Khas Malaysia

Bahan rempah yang satu ini telah lama di gunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid kemudian meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan. Kunyit dalam harapan kajian yang sedang di jalankan ke atas kesan pada barah pankreas, menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah, sangat pantas dalam penyembuhan luka2, membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak, dan membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang

Bahan Bahan Untuk Resepi Ayam Goreng Kunyit :

  • 300 gram ayam bahagian dada
  • 4 batang kacang panjang di potong potong
  • 2 ulas bawang putih di hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang merah di hiris nipis
  • 1 biji cili merah di hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar di hiris nipis

Cara Cara Membuat Ayam Goreng Kunyit Sedap :

  1. Potong dada ayam pada iub kecil
  2. Selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  3. Perap selama kurang lebih 5 minit.
  4. Selanjutnya panaskan minyak dalam kuali
  5. Goreng dada ayam di atas api besar.
  6. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras.
  7. Selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih, teruskan mengacau.
  8. Masukan cili merah, kacang panjang, dan bawang besar ketika ayam dah hampir matang
  9. Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit.
  10. Angkat dan hidangkan.

Tambahan :

Dalam masakan asia, kunyit adalah bahan yang sangat penting . Selain warna dan bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit kanser? Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah curcumin kerana ia dapat memerangi kanser dan penyakit alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit di tugaskan sebagai agen anti radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi dan sederhana tahap vitamin B6 plus kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat & seimbang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *