Resepi Ayam Masak Halia Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Halia Khas Malaysia

Resepi Ayam Masak Halia Khas Malaysia

Posted on

Halia adalah satu tanaman yang sangat popular di gunakan sebagai rempah dan herba ubat ubatan tradisional. Halia sangat baik untuk kecantikan dalaman dan luaran. Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Halia dapat menghilangkan angin yang terdapat dalam usus kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan. Bagi wanita yang baru bersalin akan mudah berasa sejuk, dan dengan meminum air halia akan dapat mengurangkan simpton itu.

Resepi Ayam Masak Halia Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Halia Khas Malaysia

Selain itu kaum lelaki yang mengamalkan meminum air halia akan mendapat khasiat mencegah masalah mati pucuk, menambah air mani dan lemah tenaga batin. Mengkonsumsi air campuran halia dengan sedikit madu dan perahan limau nipis, ia akan dapat memecahkan lemak secara perlahan lahan yang ada di dalam tubuh kita. Halia yang di campur dengan serai pula akan dapat meningkat kadar metabolisme tubuh badan manusia. Tanaman ini mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Tanaman ini melegakan loya yang di kaitkan dengan mabuk seperti mabuk laut. Ini di buktikan di dalam amalan kadet tentera laut, di mana mabuk laut akan berkurangan apabila di beri serbuk halia.

Bahan Bahan Untuk Resepi Ayam Masak Halia :

  • 3 ulas bawang merah di blender
  • 2 ulas bawang putih di blender
  • 1 biji bawang besar di cercai dan di cerai kelopaknya
  • 1 biji tomato sederhana besarnya di potong
  • 1 inci halia di hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk kasar
  • 1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan air
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 lobak merah di potong bulat
  • 1/4 lada benggala di potong kecil
  • Dada ayam di potong kecil
  • Beberapa biji cili padi yang di ketuk
  • Sedikit kicap
  • Sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • Sedikit garam dan gula

Cara Memasak Ayam Masak Halia :

  1. Ayam yang sudah di potong kecil kecil dan di goreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam, kemudian bila dah terlihat garing ketepikan.
  3. Dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit.
  4. Tumis bahan yang tealh di tumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  5. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala, selepas itu kacau sebatikan.
  6. Masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air, kacau sebatikan.
  7. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah di goreng tadi dan kacau sebatikan.
  8. Masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air.
  9. Sesuaikan kepekatan dengan selera anda
  10. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato.
  11. Kacau rata, tambah bumbu dengan cita rasanya sesuai selera anda.
  12. Bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Tambahan :

Halia juga meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia merangsang rembesan enzim yang seterusnya membantu penyerapan nutrien. Sejak zaman dahulu halia di pakai sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema. Salah satu kajian mendapati bahawa dengan merendam 2 sudu besar halia segar ke dalam air panas dan di minum dua hingga tiga kali sehari akan dapat merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa.

Halia akan merangsang kelenjar pencernaan dan seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengurangkan ketidakselesaan perut. Menurut farmakologi Belanda, halia mengandungi 6 % bahan ubat ubatan yang sering di guna sebagai rumusan ubatan di farmasi seluruh dunia. Halia sememangnya terkenal sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman. Penggunaan halia juga dapat mengurangkan keradangan dan berfungsi seperti mengambil ubatan aspirin dan ibuprofen. Dalam kajian yang lain halia boleh melambatkan pertumbuhan sel sel kanser kolorektal atau kanser usus. Pengambilan serbuk halia juga dapat mendorong mematikan sel sel untuk kanser ovari.

Halia mengandungi beberapa bahan bahan anti radang natural yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk dan kahak, meminum air halia akan membantu dalam mengembangkan paru paru dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencair dan membuang kahak. Anda boleh cepat pulih daripada kesukaran bernafas, melegakan batuk dan kegatalan tekak. Halia membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia. Rajin mengkonsumsi hali dengan rutin dapat membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak dari melekat pada arteri jantung. Ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan bakteria dalam perut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *