Resepi Ayam Masak Kari Santan Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kari Santan Khas Malaysia

Resepi Ayam Masak Kari Santan Khas Malaysia

Posted on

Baru baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca di bincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak. Antaranya ialah jenis makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan di berikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan nasi lemak di tunding sebagai salah satu puncanya. Isu semakin hangat setelah terdapat berita Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan santan kelapa dalam penyediaan nasi lemak.

Resepi Ayam Masak Kari Santan Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kari Santan Khas Malaysia

Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh di proses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 92 % asid lemak tepu. Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan di tentang secara besar besaran.

Bahan Bahan Resepi Ayam Masak Kari Simple :

  • 6 ulas bawang merah di hiris halus
  • 4 cm halia di hiris halus
  • 3 ulas bawang putih di hiris halus
  • 2 biji kentang di potong dadu
  • 2 paket rempah kari ayam babas yang kecil
  • 1 biji santan kelapa
  • 1/2 ekor ayam di potong kecil
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Daun kari
  • Gula sikit
  • Garam secukup rasa

Bahan A

  • Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk di tumis

Bahan B

  • Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk di tumbuk

Cara Masak Ayam Masak Kari :

  1. Tumis Bahan A sehingga separuh garing
  2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  3. Masukkan pula Bahan B bersama sama dengan serbuk kari.
  4. Gaul sehingga naik minyak atau garing.
  5. Selepas tu masukkan daun kari.
  6. Kalau kering sangat, tabah sedikit air.
  7. Masukkan ayam dan sedikit air.
  8. Biar sehingga mendidih selepas tu masukkan kentang pula.
  9. Bila kentang dah sedikit empuk, anda boleh masukkan santan.
  10. Akhir sekali masukkan garam, kalau pekat sangat tambah air sedikit.
  11. Pastu pelankan api sampai naik minyak.
  12. Resepi ayam kari siap untuk di hidang dan makan dengan nasi putih panas.

Petua Nak Masak Kari Ayam Sedap Ni :

  • Tumis rempah dengan api yang pelan dan biar sampai betul2 garing
  • Guna banyak bawang merah dan rempah
  • Kentang akan pekatkan kuah, so kalau nampak macam pekat sangat. anda boleh tambah air
  • Kentang mengambil garam dan air, pastikan beri garam di akhir jangan di awal.
  • Jangan terus letak air dengan banyak, letak sedikit demi sedikit. (1/2 cawan)

Tambahan :

Kempen Program Piramid Makanan dan anti minyak tropika telah di lancarkan dalam tahun 1992 secara besar besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Persatuan Penanam Kacang Soya yang mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid lemak tepu pada masa itu di percayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan. Akibat kempen tersebut, penduduk Amerika telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung di gunakan sepenuhnya dalam diet mereka. Program ini membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk dan selepas 20 tahun program ini berlangsung, di dapati 64 persen penduduk AS menghadapi masalah kegemukan. Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di Amerika.

Ternyata Program ini membawa musibah kepada penduduk Amerika. Kini pendapat mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu di pertikai ramai saintis dan hasilnya menunjukkan penyakit jantung bukan di sebabkan oleh pengambilan asid lemak tepu tetapi di sebabkan pengambilan asid lemak perlu yang berlebihan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari mengandungi asid lemak perlu, omega 6 iaitu asid linoleik yang tinggi. Tubuh manusia akan menukar asid linolenik kepada asid arakidonik dan Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan plasma sel badan. Bila di perlukan asid ini akan di pisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids yang mempunyai pelbagai fungsi dan kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan.

Rakyat Amerika mengambil omega 6 20 lebih tinggi berbanding asid omega3. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega3 dan omega6. Prostaglandins yang di hasilkan secara berlebihan menyebabkan keradangan seterusnya penyakit kronik kepada rakyat Amerika. Selain itu asid trans di dapati menyumbang masalah penyakit jantung dan kegemukan, asid trans bukanlah asid yang boleh di dapati secara semula jadi, dan asid ini terbentuk semasa proses penghidrogenan. Proses penghidrogenan adalah tindak balas kimia yang di lakukan untuk menjadikan minyak pepejal atau lemak pada suhu bilik. Gas hidrogen di tambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada lemak. Proses ini bertujuan untuk kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lemak. Marjerin dan lemak yang di hasilkan dari minyak soya atau minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Zae lemak ini di gunakan di Amerika dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan sebagainya.

Food and Drug Administration Amerika akhirnya menyedari masalah yang datang akibat dari penggunaan lemak trans dan pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang di hasilkan. Terdapat beberapa kajian di Amerika mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL dalam darah tikus meningkat. Akan tetapi minyak dari kelapa yang di gunakan dalam kajian telah di hidrogenasikan (di cemari asid trans).

Keputusan test ini tidak seharusnya di terima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang di kurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia tentang alam. Asid lemak tepu boleh di bahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai karbon pendek , sederhana dan panjang . Tiap asid lemak tepu mempunyai peranan dan kita memerlukan semua itu. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana . Kajian yang di jalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun mendapati asid lemak berantai sederhana di metabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi berasal dari asid lemak berantai sederhana yaitu 7 kcal / gram berbanding dengan 4 kcal / gram dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65 % asid lemak tepu rantai sederhana.

Bukti saintifik ini kiranya rakyat Malaysia di beri maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Obesiti kanak sekolah perlu di lhat dari sudut yang lebih lebar & tidak sahaja dari sudut pemakanan. Bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan. Selain itu terdapat banyak pengusaha kelapa menggunakan santan untuk membuat minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh di kategorikan sebagai makanan berfungsi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *