Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Khas Malaysia

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Khas Malaysia

Posted on

Kicap merupakan perasa makanan yang amat biasa di gunakan untuk masakan di negara kita dan juga negara negara di Asia. Kicap berasal dari China dan telah pun di gunakan sejak lebih daripada 2,500 tahun yang lalu dan sebagai perasa serbaguna untuk pelbagai jenis makanan dan masakan. Kicap bisa saja menambahkan rasa pedas, rasa manis, rasa masin dan apa jua rasa mengikut kreativiti untuk makanan anda. Kicap sumber natrium, satu hidangan 1 sudu teh kicap mempunyai 335 miligram natrium. Sekalipun natrium merupakan mineral penting yang di perlukan untuk fungsi asas badan termasuk fungsi saraf yang mengawal tekanan darah anda, had yang di syorkan natrium untuk orang dewasa adalah 2,300 miligram sehari.

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Khas Malaysia

Banyakan natrium bisa mengakibatkan kesan tekanan darah yang tinggi di banding dengan garam, kicap mempunyai tahap kemasinan yang hampir sama dengan garam tetapi kandungan natriumnya jauh lebih rendah daripada jumlah natrium yang terdapat dalam garam. Untuk korang yang mengurangkan diet natrium atau garam dalam makanan mereka bolehlah menggunakan kicap sebagai perisa kemasinan makanan dengan lebih selamat dan sihat. Dalam penerbitan 2009 dalam “Jurnal Sains Makanan” mendapati bahawa menggantikan kicap sebagai pengganti garam dalam makanan dapat mengurangkan jumlah kandungan natrium sehingga 50 peratus walaupun mempunyai tahap kemasinan yang sama.

Bahan Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah :

  • 3 biji cili hidup merah
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji ubi kentang
  • Daun saderi di racip
  • Sedikit Susu F&N pekat manis
  • Lada Hitam
  • Rempah penumis, Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan Untuk Kuah Kicap Seperti Kuah Ayam Bakar :

  • Kicap Pekat Jalen
  • Kicap manis Jalen
  • Sos tomato Jalen
  • Sos tiram Jalen

Bahan Bahan Resepi Ayam Kicap Sedap, Di Kisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia

Cara Memasak Ayam Masak Kicap Berkuah Simple :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram.
  4. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.
  5. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi.
  6. Terakhir, masukkan ayam yang telah di goreng bersama kunyit sebelum ini.
  7. Kacau beberapa minit dan matikan api.
  8. Taburkan daup sup untuk hiasan.
  9. Ayam masak kicap pekat siap di hidangkan

Tambahan :

Di dalam kajian “Journal Sains Bio dan kejuruteraan Bio ” tahun 2005 mendapati bahawa kicap mempunyai ciri ciri antialahan atau antialergik. Semasa proses penapaian akan menghasilkan polisakarida, yang di perlukan untuk membuat kicap yang menunjukkan kebolehan antialahan yang kuat . Kajian lain mengatakan bahawa peserta yang mengambil kicap yang mempunyai alahan menunjukkan peningkatan tahap antialergik lebih daripada mereka yang mengambil plasebo (bahan anti alergik). Mereka para saintis membuat kesimpulan bahawa kicap mempunyai potensi besar dalam merawat sakit alahan, walau bagaimanapun kajian lebih lanjut di perlukan untuk membuktikan kenyataan ini.

Dalam kajian yang sama iaitu kicap telah mendapati bahawa kicap adalah mengandung tinggi shoyuflavones, sejenis antioksidan semula jadi. Kicap mengandung bahan antioksidan semulajadi melindungi badan anda daripada kerosakan akibat radikal bebas pada badan anda secara semula jadi. Radikal bebas dapat mempercepatkan proses penuaan, serta berpotensi meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung atau kanser. Dalam kajian itu membuat kesimpulan bahawa antioksidan dalam kicap membantu mengurangkan kesan akan keradangan, dan juga dapat menyelaraskan pengeluaran asid gastrik yang membantu proses penghadaman. Selain itu, sifat sifat antimikrob / antikuman kicap telah di dapati berkesan dalam melindungi tubuh daripada bakteria tertentu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *