Resepi Ayam Masak Kicap Manis Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kicap Manis Khas Malaysia

Resepi Ayam Masak Kicap Manis Khas Malaysia

Posted on

Natrium merupakan mineral penting yang di perlukan untuk fungsi saraf yang mengawal tekanan darah anda, hal yang di syorkan natrium untuk orang dewasa adalah 2,300 miligram dalam satu hari. Terlalu banyak natrium pula akan mengakibatkan kesan tekanan darah yang tinggi, Berbanding dengan garam, kicap mempunyai tahap kemasinan yang hampir sama dengan garam tetapi kandungan natriumnya jauh lebih rendah daripada jumlah natrium yang terdapat dalam garam. Untuk golongan yang mengurangkan diet garam dalam makanan mereka boleh menggunakan kicap sebagai perisa kemasinan makanan dengan lebih sihat. Asal kicap dari China dan telah di gunakan sejak lebih dari 2,500 tahun yang lalu.

Resepi Ayam Masak Kicap Manis Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Kicap Manis Khas Malaysia

Kicap adalah perasa makanan yang amat biasa di gunakan untuk masakan di negara kita dan juga negara negara di Asia. Kicap adalah perasa serbaguna untuk pelbagai jenis makanan dan masakan. Kicap boleh menambahkan rasa pedas, rasa manis, rasa masin dan apa jua rasa mengikut kreativiti untuk makanan anda. Kicap merupakan sumber natrium. Satu hidangan 1 sudu teh kicap mempunyai 335 miligram natrium. Sebuah penerbitan 2009 dalam “Jurnal Sains Makanan” mendapati bahawa menggantikan kicap sebagai pengganti garam dalam makanan dapat mengurangkan jumlah kandungan natrium sehingga 50 peratus walaupun mempunyai tahap kemasinan yang sama.

Bahan Bahan Untuk Ayam Masak Kicap Simple Sekali :

  • 1 ekor ayam di gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam, goreng dengan minyak penuh dan api yang besar.
  • Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.

Bahan Tumbuk Atau Blend :

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan Rempah Tumis Ayam Masak Kicap :

  • 8 biji Lada hitam biji di ketuk sedikit
  • 5 biji Cengkih
  • 3 biji Lada kering di potong sahaja
  • 2 biji Buah pelaga
  • 1 Kulit kayu manis
  • 1 Bunga lawang

Bahan Perasa :

  • 6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar mayonis
  • Serbuk lada sulah
  • Garam, tapi biasanya kicap dah cukup masin

Cara Nak Buat Ayam Masak Kicap :

  1. Ayam di goreng dulu sampai keemasan, pakai api besar & minyak yang banyak.
  2. Tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak sedap.
  3. Angkat ayam dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.
  5. Tumiskan bahan rempah hingga berbau.
  6. Kemudian masukkan bahan yang di tumbuk atau di blend tadi.
  7. Tumis sampai garing dan berbau wangi.
  8. Masukkan ayam yang dah di goreng.
  9. Tambah kicap secukup rasa.
  10. Masukkan air sampai tenggelam semua ayam.
  11. Air aras ayam sahaja.
  12. Jangan terlalu banyak, buka api sederhana dan renehkan, masak slow kalau api kuat memang air cepat kering tapi kuah tak meresap dalam ayam.
  13. Kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang.
  14. Bila mendidih, masukkan mayonis, serius, sedap sangat bila korang tambah mayonis.
  15. Ayam masak kicap korang akan ada rasa bandar, modern sikit la, kan orang muda kena kreatip.
  16. Keringkan kuah sampai jadi pekat, kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2.
  17. Rasa dulu, tambah la lada sulah dan garam secukup rasa.
  18. Bila semuanya ok, angkat dan hidangkan.

Tambahan :

Satu kajian tahun 2005 di “Journal Sains Bio dan kejuruteraan Bio ” mendapati bahawa kicap mempunyai ciri ciri antialahan atau antialergik. Pada tahun 2005, dalam kajian yang sama iaitu kajian yang di jalankan pada kicap telah mendapati bahawa kicap adalah sangat tinggi dalam shoyuflavones, sejenis antioksidan semula jadi. Antioksidan melindungi badan anda dari kerosakan akibat radikal bebas pada badan anda. Radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan, serta berpotensi meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung atau kanser.

Polisakarida di hasilkan semasa proses penapaian yang di perlukan untuk membuat kicap yang menunjukkan kebolehan antialahan yang kuat. Dalam kajian tertentu, peserta yang mengambil kicap menunjukkan peningkatan tahap antialergik lebih daripada mereka yang mengambil bahan anti alergik . Hal itu membuat kesimpulan bahawa antioksidan dalam kicap membantu mengurangkan kesan kesan keradangan, dan juga dapat menyelaraskan pengeluaran asid gastrik yang membantu proses penghadaman. Kata peneliti , bahawa kicap mempunyai potensi besar dalam merawat sakit alahan. Kajian lebih lanjut di perlukan untuk membuktikan kenyataan ini. Selain itu, sifat sifat antimikrob atau antikuman kicap telah di dapati berkesan dalam melindungi tubuh daripada bakteria tertentu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *