Resepi Ayam Masak Merah Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Merah Khas Malaysia

Resepi Ayam Masak Merah Khas Malaysia

Posted on

Ayam adalah sumber daging tanpa lemak yang sangat baik, protein berkualiti tinggi yang merupakan nutrien penting untuk pertumbuhan dan juga sangat penting membantu orang gemuk dan obes, baik untuk orang yang cuba mengawal berat badan. Daging ayam termasuk dalam kategori daging putih yang mempunyai banyak protein tetapi tahap kolesterol yang rendah berbanding dengan daging merah yang lain. Ayam memberikan anda jumlah yang tinggi protein, karbohidrat dan lemak yang sihat. Bagi orang orang tua, protein dalam ayam dapat membantu menguatkan tulang. Makan 100 gram dada ayam memberikan anda separuh keperluan protein harian. Ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien dan vitamin.

Resepi Ayam Masak Merah Khas Malaysia
Resepi Ayam Masak Merah Khas Malaysia

Ayam menyediakan selenium yang penting kerana ia mengandungi anti oksida untuk mengawal radikal bebas dan meningkatkan sistem imun. Ayam memberikan badan yang penting Vitamin B6 & B12 bersama sama dengan vitamin D. Ayam adalah sumber yang baik untuk vitamin B yang melindungi tubuh daripada kanser. 100 gram daging ayam yang di masak mengandungi 312 kalori. Ia memberikan badan fosforus, selenium, zink dan besi. Mineral selenium yang terdapat dalam dalam ayam penting untuk metabolisme hormon tiroid, sistem pertahanan anti oksida dan fungsi sistem imun di dalam badan. Protein yang tinggi memberi tenaga kepada badan yang mencukupi untuk berfungsi dengan betul. Ayam merupakan salah satu sumber yang berkualiti tinggi, protein rendah lemak, sangat penting untuk pertumbuhan dan pembangunan pelbagai organ organ badan. Fosforus dalam kandungan ayam membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, dan juga memastikan fungsi buah pinggang, hati dan sistem saraf pusat yang sihat.

Bahan Bahan :

  • 250 ml air
  • 60 ml santan
  • 3 biji tomato di belah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ekor ayam, lumuri garam dengan kunyit dan goreng separuh masak.
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Kacang peas

Bahan Bahan Kisar Halus :

  • 15 – 20 tangkai cili kering, rebus sebentar dan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Bahan Bahan Hiris :

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar atau bawang holland
  • 2 cm halia di hiris

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  3. Lepas tu masukkan cili kering yang di kisar dan sos cili.
  4. Tumis sampai pecah minyak.
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang di goreng separuh masak tadi.
  6. Jika di goreng garing, ayam akan menjadi liat.
  7. Di kacau rata dan biarkan seketika.
  8. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang di sukai.
  9. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang di sukai.
  10. Masukkan buah tomato dan garam.
  11. Masak sehingga pecah minyak.
  12. Taburkan sedikit gula, jika suka.
  13. apabila rasa dah sedap, dan warna sudah cantik, bolehlah di tutup api.
  14. Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum di tutup api
  15. Sedia untuk di hidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *