Resepi Ayam Panggang Oven Khas Malaysia
Resepi Ayam Panggang Oven Khas Malaysia

Resepi Ayam Panggang Oven Khas Malaysia

Posted on

Ayam panggang lebih sihat daripada ayam goreng. Dan ayam merupakan salah satu makanan yang berprotein tinggi. Sebelum ini anda mungkin sering kali mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan? apabila tubuh anak anda sedang membesar, memperbaiki (memulih) atau menggantikan tisu, protein sedang menjalankan fungsinya.

Resepi Ayam Panggang Oven Khas Malaysia
Resepi Ayam Panggang Oven Khas Malaysia

Protein juga menggantikan sel sel dan tisu yang mati atau rosak, Mengawal proses badan (sesetengah hormon, tetapi bukan semuanya, adalah protein), Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan, Mengangkut bahan bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan, Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Bahan Bahan Untuk Resepi Ayam Panggang Oven :

  • 15 biji Bawang Merah di kisar atau tumbuk
  • 10 ulas Bawang Putih di kisar atau tumbuk
  • 4 ketul Ayam di kelarkan
  • 4 sudu besar Kari Ikan
  • 3 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar Kicap Manis
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Mixed Herbs
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Cara Penyediaan Ayam Panggang :

  1. Bersihkan dan kelar kelarkan ayam, tambahkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.
  2. Adjust perasa sehingga menepati tekak.
  3. Masukkan ke dalam tray membakar, saya guna casserole sebab nak berkuah sikit.
  4. Tutupkan menggunakan aluminium foil.
  5. Pastikan aluminium foil di tebuk agar terdapat kitaran haba semasa memasak.
  6. Masukkan tray membakar ke dalam Oven dan setkan suhu 200 hingga 250 degree, api atas dan bawah selama 30 sampai 40 minit.
  7. Yang ni bergantung kepada oven masing masing, jangan takut untuk cuba jaya okeh.
  8. Setelah 40 minit, buka aluminum foil dan panaskan semula selama 20 minit dengan suhu 180 hingga 200 degree.
  9. Ini untuk menjadikan ayam juicy di dalam tapi garing di permukaan luar.
  10. Anda bole mengurangkan atau menambah tempoh memasak bergantung kepada ayam anda, jangan makan ayam mentah pula.
  11. Hidang dan sedia untuk di makan ayam panggang simple ni.

Tambahan :

Ayam yang di panggang selain lebih sedap juga mengandung protein yang tinggi dan rendah lemak. Apabila kita kekurangan protein, tenaga atau keduaduanya, kesannya adalah malnutrisi protein tenaga (PEM). Kesan kekurangan protein yang paling nyata adalah penyusutan tisu otot dan kehilangan berat badan. Penurunan paras protein serum dan perubahan hormon boleh menyebabkan edema (pengumpulan cecair yang berlebihan dalam tisu badan) dan pengurangan penghasilan antibodi mengakibatkan kita yang di jangkiti lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Di sebaliknya, dengan adanya banyak makanan yang kaya dengan protein di Malaysia, wujud juga masalah pengambilan berlebihan protein. Kajian yang di jalankan telah mencadangkan bahawa diet yang tinggi protein tidak membawakan sebarang manfaat dan mungkin mendatangkan risiko masalah kesihatan seperti penyakit jantung, osteoporosis, obesiti atau batu karang dalam buah pinggang. Protein yang berlebihan akan di tukarkan kepada lemak badan, dan protein yang berlebihan juga boleh membebani buah pinggang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *