Resepi Ayam Percik Panggang Mudah Khas Malaysia
Resepi Ayam Percik Panggang Mudah Khas Malaysia

Resepi Ayam Percik Panggang Mudah Khas Malaysia

Posted on

Daun dan batang serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Serai biasanya di gunakan dalam masakan dan dalam banyak pembuatan minyak wangi, tapi tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. Bahan yang merupakan bumbu masakan ini mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Resepi Ayam Percik Panggang Mudah Khas Malaysia
Resepi Ayam Percik Panggang Mudah Khas Malaysia

Serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Di dalam tumbuhan serai terdapat elemen semulajadi yang di percayai dapat mematikan sel kanser aktif tanpa mengganggu sel sihat. Serai juga di ketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang kejang otot dan anti rematik. Serai memiliki kandungan zat anti mikroba dan anti bakteria yang berguna khususnya dalam mengubati infeksi pada perut, usus, saluran najis dan luka. Banyak yang percaya serai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan. Selai itu juga banyak di manfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Bahan Bahan Untuk Kuah Percik :

  • 400 ml santan pekat
  • 9 ulas bawang merah di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai di ketuk
  • 1 sudu kecil halba, fenugreek seeds
  • 1 ulas bawang putih di kisar
  • 1/2 inci halia di kisar
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Bahan Perap Ayam :

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan putih

Cara Cara Memasak Ayam Percik :

  1. Kisar bahan bahan untuk memerap ayam, perap ayam selama 30 minit.
  2. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  3. Untuk kuah, tumis bahan bahan yang telah di kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar, kacau sekata, kemudian masukkan air.
  5. Masukkan santan, halba, belacan dan serai, kacau hingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat selama 30 sampai 40 minit.
  8. Setelah matang, curahkan kuah ke atas ayam yang telah di bakar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *