Resepi Biskut Coklat Chip Mudah Sukatan Cawan
Resepi Biskut Coklat Chip Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Coklat Chip Mudah Sukatan Cawan

Posted on

Badam merupakan sejenis kekacang bewarna coklat yang berbentuk bulat bujur dan memiliki isi yang keras. Rasanya sedikit pahit berlemak dan manis. Badam adalah kacang yang memberi pengurangan kolestrol yang sangat baik kerana rendah kandungan asid lemak tepu, terdapat banyak serat, tinggi protin, kaya asid lemak tak tepu, antioksidan, dan mineral seperti magnesium. Walaupun badam mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi tetapi ia mampu memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan.

Resepi Biskut Coklat Chip Mudah Sukatan Cawan
Resepi Biskut Coklat Chip Mudah Sukatan Cawan

Badam pertama kali di sebarkan pada zaman purba di sepanjang pantai mediterranean ke utara afrika, asia dan selatan eropah. Akhir sekali badam tersebar ke amerika syarikat. Orang perancis memberi nama badam kepada almande dan makan badam mentah yang sudah di rendam sangat bagus untuk otak kita. Ia menguatkan ingatan memory dan lebih baik jika di ambil dari sekarang agar tidak mudah pelupa.

Bahan Resepi Biskut Coklat Mudah :

  • 227 gram cawan mentega
  • 3 cawan tepung plain
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan chocolate chips
  • 1 1/4 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 1 cawan badam cincang di bakar seketika
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan Resepi Biskut Yang Mudah :

  1. Panaskan oven ke suhu 170 c.
  2. Pukul gula kastor, mentega bersama gula perang sampai sedikit kembang dan sebati.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  4. Ayak tepung, baking soda, garam dan masukan ke adonan
  5. Di ikuti badam cincang dan chocolate chips, kacau sebati.
  6. Gunakan sudu atau scoop ais krim kaupkan dan susun di atas baking tray.
  7. Boleh di lapik dengan kertas parchment / baking paper.
  8. Bakar 10 sampai 15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips Ala Resepi Biskut Chipsmore :

  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum di bakar agar biskut tebal dan rangup.
  • Jarak susunan jangan terlalu dekat kerana biskut akan mengembang semasa di bakar.

Tambahan :

Kacang ini dapat di makan mentah atau di kukus dan di jadikan bahan campuran makanan seperti kuih. Protin nya 20 kali lebih banyak dari bijirin lain. Selain itu vitamin b yang tinggi dan niasin yang di milikinya melebihi gandum. Badam juga memiliki kalsium dan fosforusnya melebihi keju. Badam dapat membina tulang, gigi dan membantu tumbuh besaran kanak kanak, serta membantu menyihatkan jantung orang dewasa. Walaupun kacang ini memiliki lemak yang tinggi, tetapi 90 % nya adalah lemak tak tepu di mana di perlukan oleh badan kita. Kandungan lemak baik ini seperti ada dalam minyak zaitun yang membuat badam menjadi penawar bagi kolesterol jahat. Di selaput biji badam sahaja terdapat sekurangnya 20 jenis antioksida dan asid folik badam dapat menurunkan paras homocystein yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit penyebab pesakit jantung dan darah tinggi.

Badam salah satu kacang istimewa yang biasanya di masukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah di gunakan atau di makan oleh masyarakat di timur tengah, iran, afghanistan, pakistan & india, beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan pelbagai ilmu. Badam salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan atau hafalan dan menjaga ingatan. Badam juga di katakan dapat menghalang osteoporosis. Dalam 30 gram badam (25 sampai 30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu, dan kalsium inilah yang berguna bagi menghalang osteoporosis.

Badam adalah makanan seimbang dan kacang yang memiliki khasiat paling tinggi. Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin e serta antioksida lain yang tinggi. 35gram atau segenggam badam dapat membekalkan 45 % dari keperluan harian vitamin e.

Kacang ini mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung. Satu kajian ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol tinggi menunjukkan pengambilan purata 74 gram (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan menurunkan 9.4 % daripada paras kolesterol dalam badan mereka. Kolesterol jahat di dapati menurun sebanyak 12 % dan ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung. Segenggam badam mengandungi 99mg magnesium serta 257 mg kalium. Magnesium berperanan melembutkan saluran darah, kerananya oksigen serta nutrient dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung. Kalium juga penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting dalam mengawal tekanan darah dan pengawalan ini menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah.

Diet yang di perkaya dengan badam mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan di bandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks, kerana badam menghalang kegemukan. Badam juga meredakan diabetes, ini di buktikan dalam suatu kajian, diet dengan badam menurunkan glycemic response dan insulin response. Mereka yang mengambil diet dengan badam menunjukan penurunan kepada ubatan.

Badam juga menghalang batu karang, ini hasil dari kajian pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun menunjukkan wanita yang memakan sekurangnya 1oz (30 gram) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25 % risiko batu karang. Kandungan folate yang tinggi dalam badam berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil, kerana folate penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil. Kajian mengatakan beberapa jenis kacang apalagi kacang badam mengurangkan risiko diabetes, barah, nyanyok dan penyakit kronik lain.

Kacang badam juga mempunyai rasa yang sedap selain memiliki khasiat yang tinggi. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Badam kaya dengan sumber protein, vitamin b2 , vitamin e, copper, niacin, calcium, fiber, folic acid, magnesium, dan potassium dan sumber terbaik untuk besi dan zinc. Badam juga sumber vitamin b1 yang kaya dengan lemak monounsaturated, satu dari dua lemak terbaik yang bertanggungjawab untuk merendahkan kolestrol jahat. Terdapat dua jenis badam yang pahit dan yang manis. Badan manis di makan secara mentah atau di panggang, selain itu di gunakan dalam masakan dan perhiasan pemakanan. Ada juga di jadikan sebagai butter badam dan di makan dengan roti. Badam manis tidak menggandungi karbohidrat, boleh di jadikan tepung untuk kek dan biskut diet rendah karbohidrat. 1 cawan tepung badam menggandungi 20 gram karbohidrat yang mana 10gram ada lah serat pemakanan, ia menjadikan tepung badam amat di gemari untuk di buat resepi kek dan roti diet karbohidrat.

Badam boleh di proses untuk di jadikan gentian susu. Bahawa kebaikan dari segi perubatan badam adalah termasuk meyerikan wajah, memperbaiki pegerakan makanan dalam usus dan mencegah kanser. Penyelidikan terkini mensabitkan memakan badam dalam pemakanan menghakiskan tahap kandungan kepekatan lipoprotein dalam darah dan memastikan tahap kerendahan kepekatan lipoprotein. Dalam sistem perubatan yunani dan ayurveda, badam di terima sebagai pemakanan untuk otak dan sisitem saraf. Ia di katakan dapat meningkat tahap kebijakasanaan dan memanjangkan hayat. Perahan minyak badam secara tekanan sejuk merangsangkan untuk urutan dan kegunaan dalaman.

Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan di anggap sebagai makanan penting untuk tumbuh besaran kanak kanak. Ramai ibu memberi badam, di rendam di dalam air kepada anak anak mereka setiap pagi. Penggambilan badam yang berterusan membantu meningkat tahap ketinggian kolesterol baik dan menurunkan tahap kolestrol jahat. Kandungan lemak mono saturated, protein, dan potassium dalam badam adalah amat bagus kepada jantung. Vitamin e sebagai anti oksida mengurangkan rasiko penyakit jantung. Kehadhiran magnesium dalam badam membantu daripada serangan jantung.

Kebaikan badam dalam penjagaan kulit telah di kenali lama, dengan itu berurut dengan minyak badam amat di galakkan untuk bayi baru lahir. Susu badam di jadikan sabun bagi menambah kecantikan kulit. Untuk kulit kelihatan sehat dan segar, gunakan jumlah yang sama banyak kelopak bunga ros dan pest badam berserta krim susu di sapukan kemuka setiap hari. Terapi sedemikian bukan sahaja meyuburkan kulit, tapi juga membuat kulit kelihatan berseri, lembut, dan menawan dan dapat menghilangkan kekedutan, jeragat, bintik bintik, kulit kering dan mengendur pada muka.

Kehadiran potasium dalam badam membantu menggawal tekanan darah tinggi. Badam amat rendah sodium yang mana turut membantu mengimbangkan tekanan darah. Badam memperbaiki pergerakan makanan melalui usus, dengan itu menghalang penyakit usus. Badam membantu mengurangkan kenaikan paras gula dan paras insulin selepas makan penyebab diabetes. Badam membantu mengurangi kecacatan pada bayi dengan merendam badam dalam susu dan masukkan secubit saffron, di ambil setiap hari. Lemak mono saturate yang terkandung dalam badam memuaskan selera dan menghalang merasa lapar. Kajian telah membuktikan badam rendah kalori, amat baik bagi mereka yang memiliki berat berlebih dan membantu dalam menggurangkan berat badan. Badam amat kaya dengan sarat yang membantu mengelak dari sembelit. Pastikan anda minum banyak air selepas memakan badam atau meminum air mawar setelah memakan badam sewaktu melegakan sembelit. Jika perut merasa padat, campurkan sesudu teh besar minyak badam dalam secawan susu panas dan minum.

Kehadhiran manganese, kopper dan riboflavin membantu dalam pembentukan tenaga. Untuk rambut botak kerana kurang nutrisi, sediakan ramuan dengan sesudu minyak badam, jus buah ebalica officinalis dan urut pada kepala. Ramuan ini akan mengatasi keguguran rambut, menguatkan rambut, menghapus kelemumur dan mencegah rambut cepat beruban. Badam juga baik sebagai minuman tonik bagi tumbuh besaran kanak kanak, dengan 3 sampai 6 biji badam yang di rendam dalam air, setelah berpisah kulit kisar menjadi pekat, campur dengan susu, campur sesudu penuh madu dan di beri makan. Penyediaan ini menguatkan tulang kanak kanak berumur dua bulan jika di beri selalu. Mengunyah sejumlah isi badam dan kacang panggang memulihkan kakuatan shawat dan mengatasi masalah psychological. Sejumlah minyak badam dan minyak bawang putih di campur dan di sapukan pada tempat yang sakit akan melegakan kesakitan.

Penggambilan beberapa biji badam dapat melegakan pedih hulu hati, sebab kandungan minyak yang tinggi dalam badam. Memakan badam boleh mengurangkan resiko kanser dan kolestrol. Kandungan tinggi kalsium dalam badam boleh menggurangkan resiko kanser usus. Kandungan tinggi anti oksida flavonoids dalam kulit badam membantu mengurangkan kepekatan rendah oxidasi lipoprotein, dengan itu sekaligus menggurangkan kesumbatan salur arteries. Minyak makan perisa kacang ekstrak boleh di gunakan membersih titik pada kulit.

Badam juga di gunakan dalam penjagaan kulit dan urut bagi yang ingin menggembalikan kesihatan dan awet muda. Minyak badam mempunyai banyak kegunaan kosmetik dan perubatan juga sebagai minyak urut. Minyak badam membentuk asas kepada kebanyakan lotion, kream dan sebagainya dalam penjagaan kulit kerana minyak ini amat baik di gunakan sebagai minyak rawatan aroma kerana kelembutannya dan mudah di serap kerongga rongga kulit.

Di sebabkan tekstur minyak badam ini terlalu halus, maka kulit tidak akan merasa meleket atau berminyak. Ia dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, melembutkan kulit serta membuat kulit lebeh cerah. Dalam rawatan tarapi pewangia, minyak badam memainkan peranan sebagai perlindung kepada kulit dari terbakar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *