Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu
Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu

Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu

Posted on

Lembu dan kambing adalah daging merah yang merupakan sumber protein utama bagi tubuh manusia. Badan kita memerlukan protein terutamanya untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih selsel. Protein juga merupakan komponen utama setiap otot, tisu dan organ yang penting untuk proses yang berlaku dalam tubuh badan manusia seperti metabolisme dan penghadaman. Di dalam daging merah terdapat kandungan lemak tepu yang tinggi berbanding daging putih seperti ayam. Bagaimanapun ia juga mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang lebih tinggi. Jumlah lemak keseluruhannya boleh di kurangkan dengan memilih daging yang telah di buang atau di ’trim’ lemaknya.

Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu
Resepi Daging Masak Merah Ala Melayu

Selain itu, daging merah merupakan sumber utama bagi zat besi dan zink. Daging juga merupakan sumber baik bagi niasin, vitamin b12 dan riboflavin. Pilihan daging yang baik ialah daging yang telah di buang lemaknya terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan kandungan lemak secara keseluruhan tetapi masih mengekalkan kandungan vitamin dan mineral yang sama. Bahan yang terproses dr daging merah seperti sosej, daging dalam tin dan daging cencang mengandungi kandungan garam yang di masukkan sebagai pengawet dan lemak bahagian haiwan yang lain yang lebih tinggi berbanding dengan daging biasa.

Bahan Resepi Daging Masak Merah Mudah :

  • 500 gram daging lembu
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 sb sos tomato
  • 3 biji tomato di potong
  • 3 biji bawang sedehana besar
  • 2 pokok daun sup
  • 2 pokok daun bawang di kerat tiga
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sk jintan halus
  • 1 sk jintan kasar di kisar
  • 1 batang lobak di potong
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Daging Masak Merah Simple :

  1. Potong daging bentuk kiub kecil, cuci, dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging, tutup kuali, kecilkan api, biar air daging keluar dan sedikit kering.
  4. Jika daging masih belum empuk tambahkan air biasa dan biarkan hingga 3/4 empuk.
  5. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, lobak, daun sup dan daun bawang.
  6. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk, kalau suka boleh tambah susu cair.
  7. Rasakan masin dan manisnya karena masakan daging masak merah resepi ini sesuai di makan dengan roti, nasi, ketupat dan juga lemang

Tambahan :

Bahan makanan seperti daging merah ini mempunyai khasiat tersendiri yang boleh memberi faedah kepada manusia sekiranya di ambil dengan cara betul dan jumlah yang bersesuaian. Salah satu pesan dalam garis panduan diet malaysia 2010 perlu di ikuti iaitu makan ikan, daging, ayam, telur, kacang dan kekacang dalam jumlah yang sederhana. Saya menggalakkan supaya pembaca mengamalkan saranan berikut dengan mengikuti tip pemilihan dan pemakanan daging merah. Tidak di nafikan daging merah memang mempunyai banyak khasiat yang di perlukan untuk tubuh badan kita.

Konsumsi daging merah biasanya di kaitkan dengan pengambilan yang melebihi saranan dan juga pengambilan daging yang telah melalui proses. Karena itu kesederhanaan dalam pengambilan daging merah merupakan kunci utama dalam pengambilan diet seimbang anda. Berdasarkan kepada tip yang telah saya berikan, di harapkan pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas dari segi pengambilan daging merah dalam diet harian untuk membantu anda mendapatkan kesihatan optimum.

Mungkin anda pernah terbaca beberapa isu berkaitan dengan daging merah yang kini memang terdapat banyak pendapat bahwa pengambilan daging merah dari segi kaitannya dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kanser kolon. Terdapat kajian yang menyokong pandangan ini terutamanya apabila ia di kaitkan dengan kandungan lemak tepu dan garam yang tinggi seperti yang terdapat apabila ia melibatkan daging yang belum di buang lemaknya atau daging yang telah di proses seperti daging di tinkan, sosej dan daging cincang. Selain itu daging yang di bakar juga terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan kanser, selain itu jika tidak di masak dengan sempurna boleh memberi masalah kesihatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *