Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar Khas Malaysia
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar Khas Malaysia

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar Khas Malaysia

Posted on

Scorpio torpedo yang juga di kenali sebagai hardtail scad, finny scad, finletted mackerel scad atau cordyla scad adalah spesies ikan laut yang di klasifikasikan dalam keluarga ikan jack and horse mackerel family, carangidae. Di malaysia, ikan yang nama binomialnya megalaspis cordyla ini di kenali dengan ikan cencaru. Di sesetengah tempat ia turut di panggil sebagai ikan jaket dan ikan keras ekor. Sementara cencaru bersaiz besar lazimnya melebihi berat 1 kg ia mendapat jolokan nama cencaru kuda. Cencaru kuda itu amat sinonim dengan klasifikasi keluarga ikan jack dan horse mackerel.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar Khas Malaysia
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar Khas Malaysia

Taburan ikan cencaru agak meluas di seluruh rantau indo pasifik tropika, dari afrika selatan di barat ke tonga di timur, memanjang ke jepun di utara dan australia di selatan. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Maka tidak hairanlah ia terdapat dengan jumlah yang agak banyak di negara kita.

Bahan Bahan Resepi Ikan Cencaru Bakar Simple :

  • 2 ekor ikan cencaru di belah belakang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak

Bahan Bahan Tumbuk Resepi Ikan Bakar Cencaru :

  • 6 biji cili padi
  • 6 biji bawang merah
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu besar cili kering
  • 1/2 sudu teh pati ayam
  • Sedikit belacan

Cara Membuat Ikan Bakar Cencaru :

  1. Ikan cencaru di belah belakang, bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan garam dan gula serta sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  4. Bila sudah garing, matikan api dapur, sejukkan sebentar.
  5. Masukkan bahan bahan yang telah di tumiskan tadi kedalam ikan cencaru.
  6. Letakan sedikit minyak kedalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah di sumbat dengan sambal tadi.
  7. Bakarlah selama 20 minit, setiap 5 minit terbalikkan ikan tersebut.
  8. Siap untuk di hidangkan.

Tambahan :

Ikan cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya ia boleh di temui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai. Ia mudah di kenal pasti oleh kedua dua badan berbentuk ‘torpedo’ dan satu siri sirip yang tersembunyi di bahagian belakang sirip dorsal dan dubur. Spesies megalaspis cordyla ini mampu membesar panjang sehingga 80 cm dan berat sehingga 4 kg. Walau bagaimana pun spesimen yang biasa di temui sekitar 40 cm sahaja. Ia adalah spesies pemangsa dengan menjadikan pelbagai ikan, cephalopods dan krustasea sebagai sumber makanannya.

Ikan cencaru berwarna kelabu kebiru biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperakperakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *