Resepi Ikan Kembung Goreng Tepung Rangup Khas Malaysia
Resepi Ikan Kembung Goreng Tepung Rangup Khas Malaysia

Resepi Ikan Kembung Goreng Tepung Rangup Khas Malaysia

Posted on

Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan protein serta sangat baik untuk kesihatan. Malah ia juga tidak mengandungi lemak. Oleh yang demikian, kita di sarankan agar mengambil lebih banyak ikan berbanding sumber protein lain seperti daging dan juga ayam. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di pasaran. Antara jenis jenis yang popular di kalangan rakyat malaysia ialah ikan merah, siakap, tenggiri, pari, kembung, mabung, pelaling, kerisi, selar dan banyak lagi. Ikan ikan ini sangat sedap di masak dengan pelbagai gaya masakan.

Resepi Ikan Kembung Goreng Tepung Rangup Khas Malaysia
Resepi Ikan Kembung Goreng Tepung Rangup Khas Malaysia

Pernahkan anda rasa hidangan ikan yang hanya di goreng kunyit atau di bakar ringkas, tetapi rasanya sangat enak? Haa…kalau nak tahu, rahsianya terletak pada kesegaran ikan itu sendiri. Setiap sajian pasti mempunyai rasa lebih enak jika di hasilkan menggunakan sumber yang segar serta baru. Ikan yang baru di tangkap mempunyai isi yang lebih lembut, berjus dan manis. Rasanya sangat berbeza dengan ikan sejuk beku yang telah di cairkan aisnya. Ini kerana, ikan sejuk beku biasanya adalah ikan yang telah di tangkap dalam tempoh masa yang lama. Andai di masak, rasa isinya lebih keras, tawar dan rasa hambar. Kurang sedap!

Bahan Resepi Ikan Goreng Tepung Rangup :

  • 6 ekor ikan kembung, bersihkan dan toskan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Resepi Ikan Goreng Tepung :

  1. Masukan telur, serbuk kunyit, tepung gandum, air dan garam ke dalam suatu wadah.
  2. Gaul hingga rata.
  3. Bila adunan terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Celupkan ikan kembong dalam adunan hingga terendam.
  6. Goreng ikan tai hingga garing dan berwarna keemasan.
  7. Angkat dan ketepikan.

Tambahan :

Namun bila ke pasar untuk membeli ikan, kadang kala kita menjadi ragu ragu dan kurang pasti sama ada ikan yang di jual itu ikan baru atau ikan sejuk beku yang telah cair aisnya. Sekali imbas, kedua duanya kelihatan seakan sama. Adalah tidak adil untuk membayar harga yang mahal untuk ikan yang kurang segar sedangkan anda berhak untuk mendapat kualiti yang lebih baik dari itu. Jika anda ada masalah untuk memilih ikan yang segar, ini ada petua ringkas yang boleh membantu anda jadikan panduan.

Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.

Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila di tekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.

Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.

Jangan takut takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh di regangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.

Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila di sentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri ciri di atas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.

Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru di tangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *