Resepi Ikan Kerapu Masak Kari Pedas Khas Malaysia
Resepi Ikan Kerapu Masak Kari Pedas Khas Malaysia

Resepi Ikan Kerapu Masak Kari Pedas Khas Malaysia

Posted on

Ikan kerapu (groupers) adalah antara ikan air masin yang sering menjadi kegemaran landbase caster. Selain rasa yang sedap, ikan ini juga mempunyai permintaan dan harga yang tinggi pasaran tempatan. Faktor ini yang menjadi tarikan utama kepada pemancing untuk memburu spesis ini dan ada antara pemancing yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk pergi ke tengah lautan bagi merasai tarikan rakus ikan pemangsa ini.

Resepi Ikan Kerapu Masak Kari Pedas Khas Malaysia
Resepi Ikan Kerapu Masak Kari Pedas Khas Malaysia

Kebiasaannya ikan ini mempunyai saiz mulut yang agar besar, mempunyai corak di badan (corak bergantung pada jenis kerapu) dan berbadan gempal. Ikan ini merupakan jenis pemangsa dan bergerak secara kumpulan, cara memakan mangsa adalah dengan menyedut / menelan terus mangsa yang berhampiran.

Bahan Ikan Kerapu Masak Apa Sedap Kari :

  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 2 ekor ikan kerapu
  • 2 biji tomato di belah belah
  • 2 batang serai di ketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji terung ungu di belah dan di potong, rendam
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 cawan pati santan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Ikan Kerapu Resepi, Kisar Halus :

  • 25 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

Bahan Tumis Ikan Kerapu Sedap Masak Apa Kari :

  • 4 biji bawang merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 2 tangkai daun kari di lurut
  • 1/2 camca teh biji sawi
  • 1/3 camca teh jintan putih
  • 1/3 camca teh halba

Cara Memasak Ikan Kerapu Kari Pedas :

  1. Ikan kerapu di kerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan, kalau anda tak de periuk tekanan.
  2. Rebus ikan tadi dengan asam gelugor dan sedikit garam selama 20 minit.
  3. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari dan serbuk ketumbar
  4. Kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu, ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, kurang lebih 1/3 cawan.
  6. Tumis serai dan bahan2 tumis hingga harum dan bawang perang.
  7. Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak.
  8. Guna api kecil dan kacau selalu, tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau dan biar mendidih.
  9. Masukkan ikan, asam gelugor, sedikit garam dan gula melaka.
  10. Kacau rata dan tutup periuk tekanan dan pasangkan pemberatnya.
  11. Masak hingga wap keluar dan bunyi berdesir, kecilkan api dan masak selama 1 jam.
  12. Bila cukup satu jam, alihkan periuk tekanan ke dalam sinki dan lalukan air paip atasnya hingga periuk sejuk dan tiada wap terkumpul.
  13. Alihkan pemberat dan berhati2 buka tudung periuk dan alihkan kari ke dalam periuk biasa, di dihkan kembali.
  14. Tuang santan, masukkan terung dan kerisik, kacau perlahan dan biar mendidih, tambah garam secukup rasa.
  15. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato, masak sekejap lagi hingga terung lembut.
  16. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Tambahan :

Habitat ikan ini lebih mengemari kawasan yang berstruktur seperti batu, tambak / tembok laut, reba kayu dan juga tukun laut. Sama seperti siakap, kerapu memilih kawasan ini sebagai kawasan menyerang hendap diet pemakanannya seperti udang, sotong, anak ikan dan ketam kecil. Selain menjadikan kawasan tersebut sebagai kediaman, kerapu jadi akan meluru masuk ke kawasan tersebut apabila terasa di ancam dan bersembunyi. Oleh yang demikian, pemancing harus memastikan gewang di hantar ke kawasan rumahnya bagi memujuk dan menggoda kerapu untuk membaham gewang anda.

Sedikit peringatan, pastikan peralatan anda mampu menahan kekuatan dan asakan sang kerapu. Antara peralatan yang anda perlu berikan perhatian ialah rod, tali utama dan tali leader, ini adalah kerana kerapu akan melarikan gewang anda ke “rumah” beliau dan kemungkinan tinggi tali anda akan bergesel pada batu batu yang boleh menyebabkan tali utama anda akan putus. Bagi pengemar ul, pastinya ikan ini akan membuatkan drag reel anda menjerit walaupun bersaiz kecil, kerana sifat agresifnya akan membuatkan anda akan ketagih untuk mencuba lagi. Cuma pastikan teknik dan setup anda betul dan tepat untuk memikat ikan pemangsa ini.

Terdapat pelbagai pilihan umpan seperti hard lure dan softlure. Bagi hard lure, secara peribadi saya mencadangkan anda mencuba jenis crank dan bagi penggemar softplastic (sp), padankan sp anda dengan jig head yang sedikit berat supaya dapat tenggelam ke dasar dan menggetuk batu batu yang selalunya menjadi kediaman rasmi si kerapu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *