Resepi Ikan Siakap Masak Stim Simple Halia Khas Malaysia
Resepi Ikan Siakap Masak Stim Simple Halia Khas Malaysia

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Simple Halia Khas Malaysia

Posted on

Ikan siakap atau juga di kenali sebagai ikan kakap putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya lates calcarifer. Ikan siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Simple Halia Khas Malaysia
Resepi Ikan Siakap Masak Stim Simple Halia Khas Malaysia

Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Bahan Resepi Ikan Stim Mudah Dan Sedap :

  • 4 sb jus limau campur, limau nipis dan limau kasturi
  • 4 sb susu cair
  • 2 sb sos tiram
  • 1 ekor ikan siakap segar
  • 1 biji tomato di belah
  • 1 liter air
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 sb tepung jagung di bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji cili merah di hiris
  • 1/2 sb sos ikan
  • Sedikit garam
  • Sedikit daun sup dan daun bawang di hiris
  • Sedikit cendawan dan bunga kobis

Bahan Resepi Ikan Stim Halia Yang Di Ketuk :

  • 7 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara Membuat Resepi Masak Ikan Stim :

  1. Didihkan air di dalam kuali.
  2. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas.
  3. Kemudian masukkan ikan, gunakan api sederhana.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah
  5. Tambah cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang, kacau dengan perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato.
  7. Biarkan merendidih seketika.
  8. Tutup api, dan hidangkan resepi ikan stim sedap bersama nasi hangat

Tambahan :

Diet ikan siakap adalah terdiri daripada crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); anak ikan siakap menjadikan zooplankton sebagai diet utamanya. Ikan siakap merupakan euryhaline, tetapi stenothermal. Ikan siakap mendiami kawasan sungai dan berhijrah ke muara atau kuala untuk membiak.

Pada setiap permulaan musim monsun, ikan jantan akan mudik ke hilir untuk bertemu ikan betina. Ikan betina pula akan bertelur dalam jangkaan jutaan biji telur untuk setiap seekor betina dalam setaip musim. Ikan jantan tidak menjaga telur atau anaknya. Anak ikan siakap ini memerlukan air air payau untuk membesar.

Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan juga kadang kala menunjukkan ciri ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *