Resepi Kari Ayam Mudah Khas Malaysia
Resepi Kari Ayam Mudah Khas Malaysia

Resepi Kari Ayam Mudah Khas Malaysia

Posted on

Serbuk kari terbuat oleh pelbagai rempah ratus dan herba. Bahan yang terkandung di dalam serbuk kari bergantung kepada citarasa masyarakat di negara pengeluar tersebut. Biasaannya serbuk kari mengandungi kunyit, ketumbar, buah pelage dan jintan putih. Kesemua bahan tersebut mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda. Serbuk kari yang mengandungi pelbagai herba dan rempah ratus tersebut dapat membuat tubuh badan anda dengan vitamin dan mineral yang penting. Kunyit yang terkandung di dalam serbuk kari dapat memberi kesihatan kepada tulang anda.

Resepi Kari Ayam Mudah Khas Malaysia
Resepi Kari Ayam Mudah Khas Malaysia

Pelbagai bahan seperti kunyit dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk membakar lebih kalori dan lemak dalam tubuh badan anda. Ada kajian yang menunjukan serbuk kari juga dapat membantu anda untuk mengurangkan level kolestrol dan mencegah pembentukkan batu karang. Lada hitam yang terkandung di dalam serbuk kari dapat membantu melancarkan sistem penghadaman anda. ianya juga dapat mengurangkan gas di dalam perut. Bahan lain seperti kulit manis dapat membantu memulihkan masalah cirit birit dan muntah.

Bahan Bahan Kari Ayam Sedap :

  • 6 bijik bawang kecil atau 1 bijik bawang besar
  • 5 sudu besar Rempah kari Ayam atau Daging
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 bijik kayu manis, bunga lawang dan pelage
  • 1 keping kecik asam keping
  • 1 kotak santan lebih sket pun xpe
  • 1 inci Halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 ekor ayam di potong sesuai selera
  • Kentang secukupnya di potong sesuai selera
  • Air, Minyak Gula & Garam

Cara Cara Masak Kari Ayam :

  1. Siapkan barang barang kat atas tu, jangan lupa basuh ayam bersih bersih
  2. Sediakan Periuk masukkan minyak 3 sampai 4 sudu gitu
  3. Tumis bahan bahan dalam pingan tu bawang, halia, bunga lawang, pelage, kayu manis.
  4. Apabila tumisan mulai berbau harum masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan bahan di atas api dengan api perlahan
  5. masuk air sikit supaya rempah tu mesra bersama & kacau rempah sampai naik minyak .
  6. Masukkan Ayam plak & gaul gaulkan ayam tuh dalam kari yang pekat tuh
  7. Pastu baru tambah air lagi biarkan ayam seketika baru masukkan kentang & daun kari dan biarkan mendidih
  8. Setelah itu masukkan santan, dan tambah air sedikit, masukkan asam keping , gula dan garam
  9. biarkan memasak sampai mendidih dan naik minyak.
  10. Ayam masak kari siap di hidangkan.

Tambahan :

Rempah rempah yang terkandung di dalam serbuk kari dapat membantu tubuh anda untuk melawan kanser terutama kanser usus. Bahan bahan utama di dalam serbuk kari seperti kunyit dapat melegakan keradangan di dalam tubuh badan. Apabila sudah kronik, keradangan boleh membawa kepada perkembangan sel sel berbahaya. Dengan pengambilan serbuk kari, ianya dapat menghindari anda daripada menghidapi kanser.

Kajian mendapati bahawa bahan aktif di dalam kunyit iaitu, curcumin, yang juga merupakan bahan utama di dalam serbuk kari mempunyai vitamin D3 yang dapat meransang sistem imunisasi di dalam badan anda. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan amino asid yang menyebabkan perbentukan plak di dalam otak dan membawa kepada penyakit Alzheimer. Terdapat juga kajian yang di lakukan oleh Jeffrey Cole, seorang penyelidik daripada UCLA, mendapati penduduk di negara India mempunyai kadar yang menghidap penyakit Alzheimer adalah 4 kali lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Syarikat yang di mana mungkin berkait rapat dengan pengambilan kari yang banyak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *