Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Khas Malaysia
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Khas Malaysia

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Khas Malaysia

Posted on

Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang di katakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Satu sudu teh serbuk kayu manis setiap hari dapat membantu menurunkan diabetes tipe 2 dan pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Khas Malaysia
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Khas Malaysia

Sebenarnya kulit kayu manis gemar di gunakan dalam tea arab malah boleh di campurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya. Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang di gunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Ingin menghilangkan parut di kulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut, lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik bintik hitam dan jerawat di wajah.

Bahan Bahan Resepi Kari Ayam Sedap :

  • 3 ketul ayam
  • 3 batang bendi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 biji kentang
  • 1 cengkih
  • 1 cawan air
  • 1/2 bawang besar kuning
  • minyak
  • secubit rasa

Cara Masak Kari Ayam Tanpa Santan :

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan kayu manis, bawang putih, bawang besar, bunga lawang, dan cengkih.
  2. Selepas itu masak sehingga naik bau.
  3. Masukan rempah kari dan masak hingga harum.
  4. Selanjutnya masukan air dan kacau sehingga sebati.
  5. Selepas itu masukan ayam, bendi, dan kentang, tunggu sampai masak.
  6. Masukan sedikit garam atau secubit rasa dan gula, biar sehingga sedikit pekat.
  7. Terakhir, angkat dan kari ayam sedap siap di hidangkan.

Tambahan :

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa di gunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit di samping boleh juga di gunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis dan megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia di kunyah bagi mengeringkan hingus. Kayu manis lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras, apabila di rebus bersama sama menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh lenguh badan, terutamanya di bahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Kayu manis mengurangkan paras glukosa darah, triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes jenis 2 ini seperti insulin dan bahan aktifnya berupa poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama yang berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat insulin normal, gerak balas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan. Menambahkan kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Selain kulit kayu manis boleh di gunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes, kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes jenis 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis. Kajian lain menerangkan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti radangan dan menyokong kajian mengenai kuasa agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, glukosa dan meningkatkan fungsi insulin karena ia merupakan agen anti oksida.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *