Resepi Kari Daging Tanpa Santan Khas Malaysia
Resepi Kari Daging Tanpa Santan Khas Malaysia

Resepi Kari Daging Tanpa Santan Khas Malaysia

Posted on

Kentang terdiri daripada pelbagai warna antaranya ialah merah, biru, ungu dan perang. Kepelbagaian warna ubi kentang membuatkan ia mengandungi pigmen anthocyanins yang merupakan agen antioksidan hebat dan membantu melindungi serangan penyakit. Hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini di sediakan untuk di makan. Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.

Resepi Kari Daging Tanpa Santan Khas Malaysia
Resepi Kari Daging Tanpa Santan Khas Malaysia

Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan? Kajian menunjukkan dengan mengambil kira kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi. Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya di jadikan sebahagian amalan diet. Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.

Bahan Kari Daging Tanpa Santan :

  • 500 gram daging lembut / batang pinang di hiris nipis
  • 3 sudu besar serbuk kari daging / ayam di bancuh dengan sedikit air
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 biji cili hijau
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis, tumbuk sikit
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (4 sekawan)
  • 1 biji buah tomato di dadu kasar
  • 1 biji ubi kentang
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 sudu besar budu, nisan, garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis

Cara Membuat Resepi Daging Masak Kari Tanpa Santan :

  1. Tumbuk bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk, daun kari dan rempah 4 sekawan, tumis biar wangi.
  3. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis.
  4. Masukkan rempah kari, tumis biar pecah minyak, masukkan tomato, sebatikan dan tambah air 3 sampai 4 sudu
  5. Tumis lagi biar rempah masak dan ulang cara masuk air ni 2 sampai 3x
  6. Masukkan daging, sebatikan dan masak dengan api sederhana biar daging keluarkan airnya,
  7. Tutup periuk biar berwap dan masak selama 10 minit sambil di kacau sekali sekala agar daging mesra dengan bahan rempah.
  8. Kemudian masukkan air secukupnya, ubi kentang dan cili hijau.
  9. Perasa secukup rasa dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut dalam 40 minit

Tambahan :

Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira kira 150 gram) yang di kukus dan di makan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang di syorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain. Potassium dalam kentang dua kali lebih banyak daripada kandungan potassium dalam pisang. Jumlah lemaknya di bawah 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolestrol di dalam lapisan saluran darah.

Kentang amat sesuai bagi individu yang mengalami kekurangan gula dalam darah. Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet, selain itu ubi kentang di kenali sebagai makanan yang bebas gluten. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini di nyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi. Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan di nyah hidrat.

Sebagai penawar racun berlebihan yang semulajadi. Kentang membantu pertumbuhan bakteria dalam saluran pencernaan tubuh. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang dapat menjaga kadar alkali dalam tubuh. Ubi kentang terdapat kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi yang menjamin sistem ketahanan badan, karena kentang merupakan salah satu sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah.

Di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat memperolehi vitamin C secara mudah. Vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah masak kerana ia di kelilingi oleh sari pati. Ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Jadi memakan kentang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *