Resepi Kari Ikan Sardin Tin Khas Malaysia
Resepi Kari Ikan Sardin Tin Khas Malaysia

Resepi Kari Ikan Sardin Tin Khas Malaysia

Posted on

Lemak Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Lemak tersebut membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi yang seringkali di kaitkan dengan serangan jantung. Lemak Omega 3 sangat di perlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan juga meningkatkan daya tumpuan. Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung.

Resepi Kari Ikan Sardin Tin Khas Malaysia
Resepi Kari Ikan Sardin Tin Khas Malaysia

Oleh itu, lemak Omega 3, yang dtemui dalam ikan seperti ikan sardin ini, baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku. Wanita mana yang tidak ingin memiliki kulit yang cantik,sihat dan bersinar bukan? Oleh itu, amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega 3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel sel kulit, mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit sihat.

Bahan Resepi Kari Ikan Sardin :

  • Ikan Sardin Tin
  • Rempah Kari Daging
  • Ubi Kentang
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Santan
  • Cili Api
  • Garam dan Minyak Masak

Cara Masak Kari Ikan :

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia, halia tu jangan banyak sangat setengah inci cukup dah.
  2. Gaulkan bersama bancuhan rempah kari daging yang telah di bancuh dengan sedikit air.
  3. Saya tidak menggunakan air asam jawa untuk bancuhan rempah kerana saya akan masukkan sos sardin sekali ke dalam masakan, cukup rasa kemasaman dari sos sardin sahaja nanti.
  4. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan rempah sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah di potong empat dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan santan dan kacau selalu sehingga ubi kentang empuk sepenuhnya.
  7. Bila ubi kentang dah empuk, barulah masukkan perlahan lahan ikan sardin tin bersama sos tomatonya sekali.
  8. Masukkan cili api untuk menambah kepedasan dan rasakan dengan garam.
  9. Masakkan seketika sahaja dan jangan terlalu mengacaunya bimbang isi ikan akan hancur.

Tambahan :

Ikan Sardin. Anda lebih suka ikan sardin segar atau sardin dalam tin? Sajian ini boleh buat selera makan jadi bertambah!. Kebanyakan wanita bekerjaya yang tidak mempunyai banyak waktu di dapur pasti memilih untuk memasak ikan sardin tin kerana sangat mudah. Selain cepat di masak, ikan sardin juga mempunyai kelebihan kandungan zatnya. Ikan sardin mengandungi protein, lemak, kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, natrium. Manakala vitamin yang terkandung dalam sardin meliputi vitamin thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, A, D, E dan vitamin K.

Ikan sardin merupakan sumber terbaik kalsium dan Vitamin D yang membantu menyerap kalsium di dalam badan kita. Sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah dapat mencegah Osteoporosis. Kekebalan badan dapat di tingkatkan dengan makan ikan sardin kerana minyak ikan sardin dapat meningkatkan sistem antibodi tubuh. Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan protein. Protein yang di makan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada tubuh kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *