Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Khas Malaysia
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Khas Malaysia

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Khas Malaysia

Posted on

Siapa yang tidak tahu ikan? Ikan merupakan salah satu protein yang sangat baik untuk kesihatan. Manfaat atau khasiat ikan ada banyak yang boleh di dapatkan jika mengkonsumsi secara rutin. Apapun jenis ikan, kerana lemak yang terdapat dalam ikan adalah lemak tak tepu, hal ini membuatnya mudah untuk di cerna oleh tubuh dengan baik. Secara umum, semua jenis ikan adalah baik untuk anda. Semua ikan mengandung kadar nutrisi yang tinggi, yang mana kebanyakan orang tidak dapatkannya dengan optimum. Ini merangkumi protein, iodin serta beberapa vitamin dan mineral. Walaupun begitu, terdapat sesetengah ikan adalah baik berbanding dengan yang lain, dan biasanya ikan yang berlemak (fatty) lebih sihat.

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Khas Malaysia
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Khas Malaysia

Hal ini kerana ikan yang berlemak (fatty), contohnya seperti salmon, sardin, trout, tuna dan mackerel mengandungi nutrisi berasaskan lemak. Ini termasuklah vitamin larut lemak seperti vitamin d, iaitu satu nutrisi yang biasanya orang kurang. Ikan berlemak biasanya tinggi dengan lemak asid omega 3. Asid lemak tersebut memainkan peranan yang penting kepada badan dan otak untuk berfungsi dengan optimum, dan berkait rapat dengan penurunan risiko kepada banyak jenis penyakit. Untuk mendapatkan bekalan omega 3 yang mencukupi, anda di kehendaki untuk makan ikan sekurang kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

Bahan Bahan Resepi Kari Ikan Tongkol :

  • 8 kacang bendi
  • 5 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji cili merah
  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar di potong menurut selera
  • Tomato secukupnya

Bahan Kisar Atau Tumbuk Resepi Ikan Kari :

  • 4 biji bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan Tumisan Ikan Kari :

  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 3 biji bawang putih di hiris halus
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/2 biji bawang besar di hiris halus
  • Garam dan minyak secukupnya

Cara Masak Kari Ikan :

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba.
  2. Setelah naik bau, masukkan bawang kisar / tumbuk bersama daun kari dan masak sehingga layu
  3. Masukkan pula cili kisar,tomato, sedikit garam dan serbuk kari ikan,
  4. Kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu.
  5. Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering.
  6. Masukkan beras ni selepas rempah masak / hilang bau.
  7. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih
  8. Baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
  9. Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula bendi dan cili merah.
  10. Biarkan sebentar baru di tutup api.

Tambahan :

Sakit jantung dan stok merupakan dua penyebab kematian di dunia. Manakala, ikan pula di katakan sebagai makanan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda. Tidak mengejutkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan ikan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding dengan orang yang tidak makan ikan. Risiko strok dan masalah jantung yang lain juga mengalami penurunan. Dalam satu kajian ke atas 40,000 orang lelaki di as, mendapati bahawa orang yang makan 1 atau lebih sajian berasaskan ikan setiap minggu mempunyai 15 % lebih rendah dalam mengalami masalah jantung. Para pengkaji mempercayai bahawa ikan berlemak lebih berkhasiat untuk kesihatan jantung, kerana mengandungi asid lemak omega 3.

Asid lemak omega 3 sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pembesaran. Dha yang terkandung di dalamnya memainkan peranan yang penting kepada perkembangan otak dan mata. Oleh sebab itu, para ibu yang sedang mengandung atau menyusu di galakkan untuk mendapat bekalan lemak asid omega 3 dengan mencukupi. Walaupun begitu, anda perlu berhati hati kerana sesetengah ikan mengandungi merkuri, iaitu sejenis logam yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan boleh membawa kepada masalah serius pada masa hadapan. Bagi wanita yang sedang mengandung, anda di nasihatkan agar tidak makan ikan mentah (termasuk sushi), kerana di khuatiri mengandungi mikroorganisma yang boleh menjejaskan kandungan.

Salah satu masalah menjadi tua adalah nyanyuk. Itu sudah di kira biasa, yang lebih serius adalah penyakit neurodegenerative seperti alzheimer. Apa yang menarik adalah, berdasarkan beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang banyak makan ikan boleh mengurangkan risiko mendapat masalah kognitif. Apa yang berkaitan adalah grey matter di dalam otak. Grey matter memainkan peranan penting dalam fungsi tisu otak, mengandungi neuron yang memproses maklumat, menyimpan memori dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa oranag yang makan ikan setiap minggu mempunyai grey matter lebih banyak berbanding dengan orang yang tak.

Kemurungan adalah satu masalah jiwa yang serius. Ia merujuk kepada orang yang mengalami mood tidak baik, kesedihan, kurang tenaga dan hilang minat pada kehidupan. Kajian mendapati bahawa orang yang makan ikan dengan kerap kurang mengalami masalah kemurungan ini. Perkara ini terbukti kerana asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam ikan boleh melawan kemurungan dan boleh menggantikan ubat antidepressant. Dalam kata lain, salah satu khasiat ikan adalah membuatkan anda bahagia dan meningkatkan kualiti hidup.

Vitamin d memainkan peranan yang penting kepada kesihatan badan secara umumnya, tetapi ramai di kalangan rakyat malaysia kurang mengambilnya. Salah satu fungsi utama vitamin d adalah penghasilan hormon. Ikan dan produk ikan adalah salah satu sumber kepada vitamin d, lebih lebih lagi ikan salmon.

Sesetengah ikan, seperti ikan kod, mengandungi kadar vitamin d yang banyak, sehingga mengatasi keperluan harian kita sebanyak 200 %. Sekiranya anda jarang mendapat cahaya matahari (sumber vitamin d), maka kerapkan makan ikan, ataupun ambil supplement.

Penyakit auto imun merujuk kepada sejenis penyakit di mana sistem imun melawan tisu badan dengan tidak terkawal. Contoh yang mudah adalah kencing manis tahap 1, yang melibatkan sistem imun melawan sel yang menghasilkan insulin di dalam buah pinggang. Beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan omega 3 atau ikan membantu mengurangkan risiko kencing manis tahap 1 pada kanak kanak mahupun dewasa.

Asma, atau lelah adalah penyakit biasa dan di rujuk paada keradangan kronik pada saluran pernafasan. Berita buruknya, kadar asma meningkat dengan mendadak sejak beberapa dekad yang lalu. Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan dengan kerap boleh mengurangkan risiko mendapat asma sebanyak 24 % pada kanak kanak, cuma tiada kesan yang banyak pada orang dewasa.

Satu jenis penyakit yang di kenali sebagai macular degeneration adalah penyebab kepada rabun dan buta, biasanya akan berlaku pada orang yang sudah berusia. Terdapat beberapa bukti yang menyatakan ikan dan lemak asid omega 3 boleh memberikan pelindungan daripada mendapat penyakit ini. Dalam satu kajian yang lain, pengambilan ikan yang kerap boleh mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 42 % bagi wanita. Kajian yang lain pula mendapati bahawa pemakanan ikan seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang sama sebanyak 53%.

Masalah atau gangguan tidur telah menjadi satu masalah biasa di seluruh dunia. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada masalah ini, sebagai contoh banyak terdedah pada sinaran cahaya biru. Pada masa yang sama, para pengkaji mempercayai bahawa kekurangan vitamin d turut memainkan peranan yang penting dalam kes ini. Dalam satu kajian selama 6 bulan ke atas seorang lelaki berusia 95 tahun, mendapati bahawa dengan pemakanan ikan salmon 3 kali seminggu membawa kepada peningkatan kualiti tidur.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *