Resepi Kari Kepala Ikan Khas Malaysia
Resepi Kari Kepala Ikan Khas Malaysia

Resepi Kari Kepala Ikan Khas Malaysia

Posted on

Kacang panjang merupakan tumbuhan yang memang sudah di kenali luas oleh masyarakat. Selain di masak sebagai lauk, kacang panjang juga turut popular untuk di jadikan ulaman dalam hidangan seharian. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga fabaceae ini di katakan mungkin berasal dari bahagian selatan China. Tumbuhan ini termasuk 10 jenis sayuran utama di Asia dan setiap negara mempunyai nama berlainan yang di berikan pada tumbuhan ini.

Resepi Kari Kepala Ikan Khas Malaysia
Resepi Kari Kepala Ikan Khas Malaysia

Kacang panjang dapat tumbuh di mana sahaja dan dapat tumbuh dengan baik di tanah gembur dan mengandungi humus. Pokok kacang panjang jenis memanjat dan mempunyai sistem akar yang berkembang maju. Batangnya melilit, berbentuk hampir empat segi, sedikit berjalur. Batangnya juga berbuku yang biasanya berwarna kebiru biruan. Daun kacang panjang jenis tiga lai pada setiap daun. Susunan daunnya berselang seli dan panjang tangkai daun antara 5 hingga 25 sentimeter. Bunganya pula terletak dalam jambak berwarna kuning atau biru adalah jenis rasem yang tumbuh pada bahagian ketiak daun. Buah kacang berjuntai dengan 30 hingga 120 sentimeter panjang dan mempunyai kira kira 10 sampai 30 biji di dalamnya. Bijinya berbentuk bulat panjang dengan lekukan di tengah, bentuknya seperti ginjal, warnanya merah tua, putih, hitam serta belang belang.

Bahan Basah Untuk Resepi Ikan Kari :

  • 1 kepala ikan merah di belah dua, boleh di ganti dengan kepala ikan kesukaan

Bahan Untuk Rempah Ikan :

  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 3 ulas bawang putih di kisar
  • 2 biji bawang besar di kisar
  • 1/2 inci halia

Bahan Untuk Di Tumis :

  • 4 biji bawang merah kecil di hiris halus
  • 2 ulas bawang putih di hiris halus, kalau besar guna 1 ulas sahaja
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 camca teh halba campur, terdiri dari halba, jintan putih / kasar dan biji sawi

Bahan Bahan Lain :

  • 700 ml Air asam jawa atau ikut suka
  • 3 biji tomato di belah
  • 2 biji cili merah / hijau di belah dua jangan putus
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Bendi
  • kacang panjang
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara Masak Kari Kepala Ikan :

  1. Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam.
  2. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan.
  3. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan bahan yang telah di kisar tadi, gaul rata.
  4. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan bahan yang perlu di tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan rempah yang telah di bancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
  6. Masukkan air asam jawa dan di ikuti dengan kacang panjang
  7. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih.
  8. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan.
  9. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
  10. Setelah semua mendidih dan sebati, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili.
  11. Biarkan ia mendidih selama 2 minit.
  12. Siap.

Tambahan :

Kacang panjang sedap di makan segar dan masak. Kacang panjang yang terbaik ketika muda dan bentuknya langsing. Kacang panjang enak di buat ulam bersama sambal belacan dan tempoyak masak. Kadang di potong menjadi beberapa bahagian pendek untuk keperluan memasak. Kacang panjang di India Barat sering goreng dengan kentang dan udang. Ia juga di gunakan dalam tumis dalam chinese food. Dalam masakan melayu, kacang panjang sering di tumis dengan cili atau di masak lemak atau lodeh. Ia juga di gunakan dalam kerabu. Pilihan lain yang popular & sihat adalah untuk memotong kacang panjang ke bahagian yang sangat pendek dan goreng bersama telur dadar.

Kacang panjang mengandungi bahan khasiat yang amat tinggi. Vitamin A untuk kesihatan mata, vitamin B untuk kesihatan sel dan vitamin C untuk kesihatan kulit. Kacang panjang juga mengandungi thiamin, riboflavin, besi, fosforus, dan kalium, folat, magnesium dan mangan. Seluruh bahagian kacang mengandungi 89 % air, karbohidrat, protein, serabut atau diet serat, mineral besi, fosforus dan kalsium. Dalam saiz hidangan 100 gram kacang panjang terdapat memberi 196 kJ (47 kcal), lemak total 0 gram, kolesterol 0 mg, natrium 4 mg (0 % nilai harian), karbohidrat 8 gram (2 % nilai harian), dan 3 gram protein (nilai harian 5 %). Ada juga 17 % DV Vitamin A, 2 % DV besi, 31 % DV vitamin C, dan 5 % DV kalsium.

Khasiat kacang panjang sangat banyak. Hampir semua kacang panjang di katakan mempunyai kegunaan tersendiri. Tumbuhan ini di katakan berguna sebagai anti bakteria, anti virus, anti oksida, mengurangi masalah perkumuhan, masalah ginjal, penyakit beri beri, kekurangan darah, demam berdarah, sakit pinggang dan mencegah kelainan antibodi serta di katakan berupaya mementang barah darah dan barah payudara. Tumbuhan ini juga bermanfaat dalam menyembuhkan masalah gangguan saluran kencing, batu ginjal, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang dan pembengkakan.

Kacang panjang mampu mencegah kelainan antibodi serta meningkatkan fungsi limpa dan sel darah merah. Buat individu yang selalu tidak berselera dan bermasalah dalam membuang air besar di sarankan memakan kacang panjang kerana khasiat yang terkandung di dalamnya dapat mengatasi masalah tersebut. Dari segi ubatan kacang panjang di makan sebagai ubat tonik, menghilangkan rasa dahaga, ubat kepada cirit birit dan sebagai penawar kepada orang yang terlalu kerap membuang air kecil.

Buah kacang panjang pula di katakan boleh di bakar dan abunya di campurkan dengan air panas untuk di minum wanita bagi merangsang proses bersalin dan boleh di campurkan dengan minyak untuk di gunakan sebagai ubat merawat masalah kulit terbakar atau melecur. Jika tangkai daun nya di panaskan dan air nya di perah keluar dapat di titiskan masuk ke telinga untuk merawat sakit telinga. Daunnya di katakan boleh di tumbuk lumat dan di campurkan tawas dan di sapu pada payudara bagi wanita yang bercadang mahu menghentikan susu badan.

Kacang panjang juga di katakan mampu menawarkan khasiat ubatan jika di gunakan dengan bahan lain. Contohnya untuk mengatasi pembengkakan, boleh gunakan 200 gram kacang panjang yang di campurkan bersama 20 gram bawang putih di tambah gula merah yang kemudiannya di masak menjadi sup dan di makan secara teratur. Dan untuk mengubati batu ginjal bisa ambil 200 gram kacang panjang serta 200 gram asparagus yang di kisar bersama air. Rebus ramuan ini dan setelah matang atau mendidih dapat di minum hangat kuku.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *