Resepi Kari Telur Khas Malaysia
Resepi Kari Telur Khas Malaysia

Resepi Kari Telur Khas Malaysia

Posted on

Ada banyak jenis telur yang di masak pelbagai rasa. Telur merupakan antara sumber protin yang murah selain daripada daging. Telur merupakan salah satu bahan protin yang bukan sahaja murah tetapi berkualiti tinggi. Telur terbahagi kepada putih telur dan kuning telur. Kedua bahagian ini mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk tumbesaran manusia. Protin lebih banyak terdapat pada putih telur bersama vit b2, kaya dengan selenium, vit d, b6 dan mineral seperti zink & besi. Kuning telur sumber kolestrol, vit larut lemak a, d, e, k serta lesitin yang merupkan pengemulsian untuk resipi mayonis.

Resepi Kari Telur Khas Malaysia
Resepi Kari Telur Khas Malaysia

Pada masa kini telur turut mengandungi omega 3 yang mengekalkan paras kolestrol sihat. Selain mengawal kadar kolestrol, telur omega 3 mengalakkan kesihatan jantung serta membantu perkembangan otak, fungsi sistem saraf dan kesihatan mata.

Bahan Untuk Membuat Kari Telur Sedap :

  • 4 biji telur di rebus hingga masak dan di buang kulit
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji ubi kentang di potong potong
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 biji cili besar atau nak pedas boleh letak cili padi.
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 inci halia
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 keping asam gelugora atau 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Cara Masak Kari Telur :

  1. Tumis daun kari , kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  2. Tuang bawang merah, bawang putih, halia (di hiris halus)
  3. Masuk kan 2 sudu rempah kari di sertakan dengan 1 cawan air.
  4. Masuk kan ubi kentang dan kerisik .
  5. Masak hingga naik minyak dan pekat.
  6. Masuk kan santan dan telur bersama 1 cawan air
  7. Akhir sekali masuk kan asam keping, cili besar dan garam .
  8. Masak hingga mendidih, dah siap boleh la di hidang kan.
  9. Boleh pakai santan serbuk, boleh di bancuh dengan air dahulu.

Tambahan :

Telur mata merupakan masakan telur yang paling senang dan boleh di makan dengan apa sahaja. Nasi goreng, mee goreng , maggi goreng dan yang lain. Pelik jika anda tidak pernah mendengarnya karena kalau korang tidak makan telur itu, bertapa ruginya anda. Telur mata lembu merupakan asas kepada segala telur.

Telur hancur masak kicap salah satu juadah yang semestinya membawa nostalgia lama karena teringat kepada ibu anda walaupun penat pulang dari kerja tetap masak telur hancur masak kicap. Telur hancur masak kicap merupakan satu juadah yang ringkas dan semua orang harus tahu cara membuatnya. Pas di makan bersama roti atau telur sahaja amatlah sedap di makan bersama nasi panas yang baharu kmatang. Walaupun membuatnya ringkas, korang perlu tahu cara membuatnya dengan betul agar telur tidak hanyir.

Telur dadar atau omelette merupakan salah satu masakan telur yang ramai di gemari. Telur dadar merupakan satu jenis masakan telur yang enak di makan ataupun di kongsi dengan orang lain. Telur dadar enak di makan dengan nasi atau kuah sup kosong dan sambal belancan.

Anda pasti pernah perasan telur bistik ini pada menu makanan terutamanya makanan ala thai kerana telur ini merupakan salah satu telur yang agak unik serta popular antara rakyat malaysia. Telur bistik seperti gabungan telur dadar dan telur bungkus. Daging atau seafood yang di masak masam manis akan di letakkan di atas telur dadar tersebut. Kuahnya yang banyak akan meresap dalam telur dadar tersebut dan menjadikan ianya sebagai satu juadah yang lengkap.

Telur bungkus adalah salah satu makanan yang mempunyai bahan yang hampir sama dengan telur bistik tetapi yang membezakan antara telur bungkus dengan telur bistik ialah cara ianya di persembahkan. Isi seperti daging / seafood di bungkus di dalam selaput telur dan sedap di makan biasa atau bersama nasi hangat. Salah satu cara untuk jika telur bungkus itu sedap ataupun tidak ialah dengan menilai bahagian telur serta harumnya. Apabila kulit telur bungkus tidak hangus berbau hangit, maka telur bungkus itu sedap di makan.

Telur ceplok salah satu kegemaran masyarakat di seluruh dunia. Telur ceplok bagi yang tidak tahu merupakan telur mata di mana bahagian kuning telurnya sedikit mentah dan di masak sambal. Mereka yang suka pedas, telur ceplok sambal merupakan hidangan tepat untuk anda. Telur ini sangat unik kerana anda akan mendapat kehangatan daripada sambal serta kuning telur akan mengawal tahap kepadasan.

Telur masin adalah salah satu masakan telur yang unik dari cara membuatnya sampai rasanya. Telur biasanya agak berlemak dan siapa tahu rasa masin yang menjadi ranjutan ramai banyak orang. Telur masin ramai di makan dengan bubur dan memberikan perisa masin beserta lemak. Telur masin dapat di buat menggunakan telur ayam atau telur itik (kerana rasanya lebih enak).

Measak telur dengan cara setengah masak boleh di dapati di kedia kopitiam. Cara telur setengah masak dapat dengan merebus telur selama 5 sampai 10 minit. Kemudian telur ini ramai di makan dengan menambahkan kicap manis dan lada untuk menambah rasa sedap. Telur ini enak di makan saat sarapan kerana akan memberi tenaga yang berpanjangan untuk beraktifitas.

Telur pindang adalah salah satu syarat bagi majlis perkahwinan melayu tradisional & sangat terkenal di melayu. Cara membuat telur pindang tidak sama dengan telur rebus biasa kerana ianya menggunakan daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan, daun salam. Masakan ini memiliki bau yang sedikit aneh tapi sedap di makan dengan begitu sahaja.

Telur rebus merupakan jenis telur yang paling kerap di makan dan juga merupakan salah satu masakan telur paling ringkas. Dengan masukkan sebiji telur ke dalam air panas yang mendidih, korang dapat membuat telur rebus sedap. Masakan ini ramai di makan dengan nasi atau juga dengan mee. Selain itu ramai korang menghancurkan telur rebus untuk topping sandwich. Bagi mereka yang ingin pergi berkemah atau bepergian mungkin sangat cocok membawa sandwich isi telur ini.

Telur goyang atau poached egg sedikit mirip. Namun telur goyang yang di masak seperti poached egg akan mengekalkan lemak kuning telur yang kemudian kuning telur tersebut akan di potong. Ramai di makan dengan roti dan dapat di banjiri dengan kuah dal atau menurut selera, korang akan merasa puas hati dengan merasakan sedapnya kelemakan kuning telur yang di campuri kepedasan atau kemanisan kuah kari atau dal.

Telur herba yang biasanya di dapati di kedai ubatan cina memiliki aroma yang tidak menyenangkan namun begitu rasa dan kesihatan yang terdapat pada telur rebusan herba ini akan membuatkan anda melupakan baunya. Telur herba kaya dengan vitamin b & vitamin a. Ianya randah dalam kandungan lemak tepu dan korang yang mahu mencubanya di sarankan cadangkan agar anda bersedia rasa serta baunya, karena telur herba ini bukan untuk semua melainkan untuk mereka yang berani mencuba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *