Resepi Kek Batik Lembut Milo Simple
Resepi Kek Batik Lembut Milo Simple

Resepi Kek Batik Lembut Milo Simple

Posted on

Tahun 1934 thomas mayne bersama dengan pasukannya mencipta sebuah minuman yang memberi impak kesihatan dan kehidupan secara total bernama milo yang namanya di ambil dari milo of crotona yang merupakan atlet olimpik greek sebanyak enam kali. Sampai sekarang milo tetap teguh sebagai minuman coklat sihat yang kekal dan relevan untuk semua orang bahkan hampir seluruh negara di dunia. Walaupun milo di keluarkan selepas ovaltine pada tahun 1904, tetapi saat ini milo lebih mudah di dekati oleh orang ramai.

Resepi Kek Batik Lembut Milo Simple
Resepi Kek Batik Lembut Milo Simple

Milo merupakan minuman coklat sihat dan terkenal di dunia yang menjadi produk yang banyak di gunakan dan boleh jadi contoh kepada kita semua yang asalnya hanya untuk membantu memberi nutrisi kepada kanak kanak pada zaman gawat tetapi hari ini, milo tersusun rapi di rak kabinet rumah kita dan menjadi minuman kesukaan banyak korang. Ia bukan sahaja menjadi produk yang bagus untuk tubuh badan tetapi juga membantu banyak orang akan kebaikan dalam bentuk minuman ini.

Bahan Resepi Kek Milo :

  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan milo
  • 1 buku buttercup
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Biskut marie secukupnya

Cara Buat Resepi Kek Tanpa Telur :

  1. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  2. Kemudian tuang susu pekat, milo, serbuk koko sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, halus dan pastikan tiada yang berketul ketul.
  4. Masukkan esen vanilla, gaul sebati dan padamkan api.
  5. Susun biskut marie yang telah di patahkan tapi jangan sampai hancur dalam bekas / loyang yang telah di alas plastik.
  6. Curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  7. Tambah dengan biskut marie kemudian tuang dengan adunan, ulangi langkah ini sampai adunan habis.
  8. Padatkan kek batik tadi dengan menekan permukaan kek menggunakan belakang sudu.
  9. Masukkan kek dalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku.
  10. Keluarkan kek 30 minit sebelum di potong.

Tambahan :

Milo membuktikan bahawa orang yang meminumnya akan menjadi sihat walaupun setiap produk yang di keluarkan memiliki packaging yang berbeza, ia masuk dalam pilihan keluarga untuk di minum segera dan memberi kesihatan optimum. Selain itu produk ini juga memiliki rasa yang cukup unik dan apabila kita rasa, kita sudah tahu itu adalah milo. Beda dengan produk minuman coklat yang lain, kita tidak tahu ini produk dari mana.

Milo punya daya tahan yang awet dan tidak mudah basi serta ia mudah untuk di satukan dengan produk nestle yang lain. Selain itu produk ini juga boleh di minum panas, sejuk, di buat biskut, kek roti atau apa pun jenis masakan. Milo dapat di beli dengan beberapa jenis packaging, jika kau ingin beli sikit, kau boleh beli sikit dan milo bermain harga dengan bentuk bentuk packaging yang sesuai dengan audien. Pada tahun 1998 ketika mereka mulai menjual produk di pakistan, produk ini hanya di jual dengan tin sahaja kerana faktor demografi di sana yang sukar untuk di simpan.

Milo sekarang di jual dalam tin, sachet, bentuk plastik dan ada juga dalam bekas kaca. Oleh kerana itu harga memainkan peranan yang kuat dalam hal ini. Apabila terlalu mahal tidak akan terjual, jadi cara yang terbaik dengan harga mampu dan ia di pastikan di jual kepada setiap orang. Milo sudah terkenal di seluruh dunia baik negara maju atau tidak, ia tetap masuk dan di jual di manapun. Padahal pada awal milo di buat, ia di ciptakan pada waktu gawat yang mana ramai kanak kanak tidak memiliki nutrisi yang baik. Minuman ini di ciptakan untuk disatukan dengan susu yang banyak supaya ia lebih suka di minum oleh banyak orang di seluruh dunia.

Selepas beberapa tahun, akhirnya ia menjadi terkenal di banyak kalangan pemimpin negara untuk membawa masuk minuman ini dan menambah nutrisi diet banyak orang. Milo kemudian di sukai oleh banyak negara dan pada waktu itu ia di jual dengan sangat baik di negara negara tersebut. Lebih menarik lagi, setiap satu negara itu di buat kajian dengan cukup rapi supaya mempunyai rasa yang sesuai dengan penduduknya, contohnya milo di malaysia lebih manis berbanding milo di indonesia.

Milo sampai saat ini masih mengisi ruang iklan di televisyen, radio, papan billboard dan memiliki bajet tersendiri untuk memasarkan produk ini untuk memastikan semua produk milo masih di ingat dan di semat dalam kepala. Menggunakan tagline sihat dan kuat, minuman ini juga berjaya menambat hari para atlet di seluruh dunia untuk di jadikan bahan promosi sebagai duta, pengguna yang berpengaruh dalam industri minuman sihat kelas dunia. Katanya dengan mengkonsumsi minuman ini setiap hari kita akan melengkapi diri kita dengan vitamin c, zat besi dan kalsium yang di perlukan setiap hari oleh badan kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *