Resepi Kek Beras Pedas Khas Korea Sedap
Resepi Kek Beras Pedas Khas Korea Sedap

Resepi Kek Beras Pedas Khas Korea Sedap

Posted on

Orang kita kalau takda sambal belacan ataupun yang berkaitan dengan cili pasti tak lengkap hidangankan.pedas yes memang pedas tetapi khasiat cili memang tidak dapat di sangkal lagi. Kalau makan apa apa makanan tanpa ada cili, pasti rasa tidak puas, rasa macam tidak lengkap menu untuk hari itu. Lebih lebih lagi untuk makan tengahari, dengan nasi panas beserta cili potong atau sambal belacan, pasti terangkat!

Resepi Kek Beras Pedas Khas Korea Sedap
Resepi Kek Beras Pedas Khas Korea Sedap

Rata rata masyarakat kita suka makan makanan pedas, sampai tahap berpeluh ketika makan menahan pedasnya cili tersebut. Namun ramai yang kurang tahu kelebihan cili untuk badan, selain hanya beranggapan makanan berasaskan cili menyebabkan kita berulang alik ke tandas sahaja.

Bahan Untuk Kek Beras :

  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 pekat tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Air

Bahan Untuk Sos Tteokbokki :

  • 6 biji cili api di kisar
  • 4 ulas bawang putih di kisar
  • 4 sudu besar sos thai bawang putih
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 2 sudu besar cili di kisar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan air

Cara Membuat Kek Beras Korea :

  1. Masukkan 1/2 bungkus tepung beras pulut, sedikit garam, minyak bijan dan air ke dalam bekas.
  2. Uli kesemua bahan tersebut. Teksturnya mestilah tidak terlalu lembik.
  3. Jadikan doh dengan menguli secara memanjang.
  4. Kemudian potong mengikut saiz yang sesuai untuk di makan mengikut citarasa anda.
  5. Panaskan air dalam setengah periuk kemudian masukkan minyak masak sebanyak 1 sudu besar.
  6. Apabila air telah mendidih, masukkan kek beras yang siap di potong tadi ke dalam periuk.
  7. Angkat kemudian sejatkan kek yang telah timbul.
  8. Seterusnya, tumis bahan yang di blend tadi.
  9. Apabila cili kisar dah nampak garing masukkan air dan cuka kemudian kacau hingga sebati.
  10. Masukkan sos cili thai, garam dan gula secukup rasa kemudian kacau.
  11. Bila kuah menjadi agak pekat, masukan pula kek beras dan teruskan mengacau.
  12. Akhir sekali, masukan minyak bijan sebanyak 2 sudu kecil.
  13. Kacau seketika dan angkat.
  14. Taburkan biji bijan sebelum di hidangkan.

Tambahan :

Kajian makmal terhadap tikus capsaicin yang terkandung dalam cili mampu membunuh sel sel kanser dan mencegah daripada merebak. Berita baik untuk lelaki yang gemar makan pedas. Kandungan nutrisi dalam cili juga mampu mencegah anda daripada kanser prostat. Jadi, teruskan dengan menu pedas anda, tapi berpada ya!

Bagi si montel yang sedang berusah untuk meringankan badan anda, cili antara tumbuhan yang mengandungi capsaicin yang mampu meningkatkan kadar metobolisme dalam badan sebanyak 23 % dalam 3 jam, seterusnya mempercepatkan pembakaran kalori. Gemar makan pedas juga menjadikan berat anda sentiasa “maintain”.

Pasti anda pernah lihat orang yang sedang makan menu pedas berpeluh dan seakan akan selsema. Hal itu berlaku kerana kesan capsaicin yang meningkatkan pengeluaran peluh dan dan mencairkan selsema. Ia baik untuk mengurangkan risiko terkena selesema, sinusitis dan melancarkan pernafasan.

Cili dapat menyihatkan jantung dengan membantu mencegah pembekuan darah dan meningkatkan peredaran darah. Kajian perubatan juga menunjukkan capsaicin dalam cili efektif untuk melawan inflamasi, yang membawa risiko penyakit jantung.

Seperti yang di sebutkan tadi, cili dapat membantu melancar dan meningkatkan peredaran darah. Selain itu, cili juga mampu menurunkan tekanan darah yang baik untuk pesakit darah tinggi. Vitamin a dan d dalam cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah.

Manfaat cili dalam sistem pencernaan ialah meningkatkan peredaran darah dalam perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakteri h.pyloripenyebab penyakit maag. Tapi, jika anda terasa panas dalam perut setelah makan pedas, cuba dapatkan tablet antiacid untuk meneutralkan asid di perut.

Apabila cili di makan, ia akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak menghilangkan rasa sakit yang di alami oleh tubuh badan. Para pengamal perubatan juga percaya capsaicin boleh di gunakan untuk menghilangkan rasa sakit tanpa memberi kesan kepada sel sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan seperti yang terkandung dalam ubatan moden. Ia juga mengandungi neuropeptide yang boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid danarthritis.

Hormon endorfin juga mendatangkan perasaan tenang dan nyaman. Ia baik untuk merawat dipresi dan hypertension sehingga anda lupa terhadap masalah ketika mengunyahnya. Hormon ini juga menyebabkan nikmata ketagih pada cili. Jadi, tidak hairanlah kalau penggemar cili tak boleh makan kalau tanpa cili. Penyelidik perubatan dari australia menyatakan bahawa orang yang gemar makan cili biasanya akan lebih dapat tidur yang nyenyak dan bangun dalam keadaan yang segar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *