Resepi Kek Buah Kukus Lembab
Resepi Kek Buah Kukus Lembab

Resepi Kek Buah Kukus Lembab

Posted on

Banyak cara untuk menikmati buah dengan lebih sedap, misalnya jika ingin menjadikan pemanis mulut anda boleh letakkan ais krim di atasnya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang anda juga dapat meminum susu panas terlebih dulu, kemudian baru makan kiwi.

Resepi Kek Buah Kukus Lembab
Resepi Kek Buah Kukus Lembab

Bagi penyakit tertentu dan mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati hati dalam memilih kerana ada buah tertentu mungkin tidak sesuai. Contoh jika individu mempunyai masalah buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana boleh memburukkan keadaan.

Bahan Bahan Kek Buah :

  • 500 gram buah buahan mix
  • 350 gram gula pasir
  • 350 gram tepung gandum
  • 250 gram high quality butter
  • 60 ml air panas
  • 3 biji telur
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala atau nutmeg

Cara Penyediaan Kek Kukus Lembab :

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan lahan, sebatikan.
  2. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah buahan mix.
  3. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar, kemudian sejukkan.
  4. Ayak tepung gandum, cream of tartar, soda bicarbonat, serbuk buah pala atau nutmeg.
  5. Kemudian tambahkan ke adunan mix fruits sikit sikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  6. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek, gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  7. Alas loyang dengan kertas baking dan sapukan butter keliling, kemudian tuangkan adunan kek ke dalamnya.
  8. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 2 sampai 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.
  9. Sejukkan kemudian potong menurut selera.

Tips :

  • Kukus 2 jam pertama guna api sederhana dan 2 jam terakhir guna api kecil.
  • Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dengan air panas.
  • Isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus.
  • Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit baru di buka penutup kukusan.
  • Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya.
  • Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar.
  • Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk.
  • Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
  • Potong kek bila betul2 sejuk. Lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji.

Tambahan :

Buah sumber makanan alami yang mudah di dapati, tetapi sayang kadang di lupakan begitu saja mengenai khasiatnya. Buah kiwi misalnya walaupun sangat kecil tetapi luar biasa kerana ia sumber yang sangat baik magnesium, vitamin e, serat, dan mengandungi vitamin c sebanyak dua kali daripada sebiji buah oren.

Begitu juga buah apel, sebiji apel dalam sehari menjauhkan kita dari dari pesakit. Meskipun sebiji apel mengandungi vitamin c yang tidak terlalu tinggi tetapi ia mempunyai antioksidan dan flavanoids yang menambahkan aktiviti untuk vitamin c secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.

Buah oren merupakan ubat paling manis kerana dengan rajin mengambil dua atau empat biji oren dalam sehari, kita dapat menjauhkan diri dari selesema, memperkecilkan risiko barah kolon, menurunkan kolesterol, dan mencegah sekaligus melarutkan batu di dalam buah pinggang. Buah mangga juga mempunyai banyak manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki. Mangga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang melawan radikal bebas iaitu penyebab pelbagai pesakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi. Sebahagian besar seratnya larut dalam air dan menjaga kolesterol supaya tetap normal. Dengan semua khasiat itu, buah mangga turut menjadikan aliran darah berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekaligus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.

Pengambilan buah memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan ini merupakan berita baik. Banyak hasil kajian di seluruh dunia membuktikan banyaknya manfaat buah dan banyak orang ramai tidak menjadikan buah sebagai satu hidangan wajib dalam menu diet sehari hari.

Sepertiga daripada kematian global meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima jenis buah atau sayur dalam sehari mengurangkan sampai 17 peratus penyakit jantung.

Sekitar 31 % pesakit yang mengalami pembuluh darah tersumbat dan 19 % pengidap kanser usus di dapati kurang mengambil buah dan sayur. Khasiat penting dalam buah ialah kandungan seratnya membantu pencernaan. Orang dewasa kenutuhan pengambilan serat 20 gram sampai 35 gram sehari, sedangkan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun keatas 3 gram sampai 18 gram.

Buah yang kaya dengan serat ialah pisang, anggur, apel, kiwi dan mangga. Ramai yang kebutuhan seratnya belum mencukupi, rakyat kita yang dewasa mengambil kurang daripada 12gram serat dalam sehari. Jika tidak mengamalkan serat, makanan akan mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Waktu yang lama dalam makanan melewati pencernaan dapat melindungi dari serangan kanser usus besar atau rektum dengan mencairkan bahan beracun serta mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Baiknya buah di ambil setengah jam selepas atau sebelum makan. Sebaiknya, alas perut dulu dan jangan memakannya secara tiba tiba kerana ia boleh memberi kesan pada perut jika tidak biasa. Pengambilan buah sebaiknya di pelbagaikan dan lebih elok jika dalam pelbagai warna seperti pelangi kerana ia dapat menjamin khasiat yang lebih banyak dapat di nikmati.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *