Resepi Kek Coklat Bakar Mudah
Resepi Kek Coklat Bakar Mudah

Resepi Kek Coklat Bakar Mudah

Posted on

Dalam membuat kek bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia karena proses ini harus tepat dan memang berlaku proses kimia ketika adunan mentah di bakar yang menjadi satu hidangan makanan yang sedap. Sulit untuk di gambarkan indahnya kek di banding proses adunan kek manis yang di bakar, di sapu inti di tengahnya dan di salut gula aising yang di reka bentuk dengan mudah di sekeliling kek.

Resepi Kek Coklat Bakar Mudah
Resepi Kek Coklat Bakar Mudah

Keindahan kek akan memberikan kepuasan kerana memasak kek ada unsur seninya tersendiri. Untuk membuat kek bahan bahan utamanya merupakan gula, tepung, telur, lelemak dan banyak bahan lainnya yang boleh di capai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuk untuk mendapatkan hasil kek yang baik.

Bahan Utama :

  • 2 cawan tepung gandum superfine
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko

Bahan Untuk Mixer :

  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak atau margerin
  • 1 cawan air suram
  • 1 cawan susu cair
  • 1 tablespoons coklat emulco

Bahan Toping :

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko

Cara Penyediaan :

  1. Siapkan bekas kemudian satukan semua bahan utama dan gaul rata.
  2. Selepas tu di ayak dan letak ke tepi.
  3. Masukan semua bahan mixer kedalam bekas yang lain.
  4. Kemudian campur menggunakan mixer sehingga sebati.
  5. Bila campuran tadi dah sebati masukan bahan ayakan sedikit demi sedikit atau serentak pun boleh juga.
  6. Siapkan loyang yang dah di leserkan minyak atau margerin kemudian masukan ke dalam oven.
  7. Bakar lebih kurang 40 minit sampai 50 minit, bila dah naik bau tandanya dah masak. Boleh lah di angkat.
  8. Siapkan kuali kemudian masukan semua bahan toping dan masak di api sederhana.
  9. Letak susu cair mengikut kecairan yang kita inginkan.
  10. Bila dah sejuk boleh di tuangkan ke atas kek.

Tambahan :

Beberapa Petua Penting Dalam Menyediakan Kek :

  • Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus di gunakan dan peti sejuk, apabila di pukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Pastikan adunan cukup kembang sewaktu akan di bakar atau ketika di pukul, jika tidak kek akan bantat dan tidak lembut, begitu juga telur agar di pukul satu persatu agar setiap kali di pukul udara di masukkan supaya kek menjadi lebih gebu.
  • Fahamilah fungsi oven anda sebab setiap oven berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur oven, sama ada sudah uzur ataupun baru di beli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu di bakar. Pastikan selalu memanaskan oven dahulu dan 15 minit memanaskannya sudah mencukupi, tidak ketika ingin membakar baru hendak hidupkan oven.
  • Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah tengah oven, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
  • Jangan terlalu lama memukul ketika memasukkan tepung ke mentega jadi adunkan tepung hingga sebati sahaja. Kek akan menjadi keras apabila adunan di pukul terlalu lama kerana akan menarik struktur gluten pada tepinya.
  • Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu di pukul sampai berkrim.

Banyak yang tidak kita tahu kenapa kek kita tidak menjadi seperti pada gambar, perlu di ingat semua bahan harus di timbang dengan tepat dan gunakan penimbang atau camca penyukat acuan tin yang sudah di tetapkan. Jangan pernah membuka pintu oven ketika kek sedang di bakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya.

Ini merupakan masalah yang biasa di temui ketika sedang membuat kek. Jika kek terlalu lembap atau leper biasanya adunan mentega berketul ketul dan tidak halus, bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarik penggunaannya, lemak dan gula tidak di pukul secukupnya, atau terlampau banyak cecair dalam adunan kek. Apabila kek merekah di atas ini bisa terjadi kerana oven terlampau panas, acuan kek tidak di letakkan di tengah tengah oven, bisa juga kekurangan cecair atau acuan tin terlalu kecil. Jika kek mendap di tengah adunan kek maka ukuran acuan tin tidak tepat, sukatan bahan tidak tepat, oven yang terlalu panas, terlalu sejuk atau di bakar dalam jangka masa singkat, oleh kerana itu pintu oven jangan di buka terlalu awal.

Tip Dan Panduan Membuat Kek Dan Biskut :

  • Telur yang hendak di gunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaiknya beli telur di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai kedai runcit dan kebiasaaan orang membeli telur di pasar daripada kedai biasa. Jangan memggunakan telur yg besar kerana ia akan meningkatkan kelebihan cairan dalam sukatan dan menjadikan doh lembik. Bagusnya bila doh lembik kita menambah tepung ke dalam adunan tetapi jika tidak berhati hati doh akan mengeras dan rasa dapat berubah. Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul sampai benar benar gebu sebelum di campur dengan bahan lain. Cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, jika adunan tidak jatuh, artinya ia sudah cukup gebu. Test yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.
  • Untuk membuat adonan yang memadai pukul perlahan hingga sebati dan tak perlu menggunakan mesin, kecuali dalam kuantiti yang banyak. Selalu pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3 sampai 4 minit sebelum di putar ke tahap maximal selama 6 sampai 7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama. Jika di gunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Selalu pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur. Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.
  • Untuk membuat biskut jangan menggunakan mentega yg masih keras kerana mentega yang masih keras perlu di pukul lama dan jika tidak berhati hati ia akan jadi berminyak, jadi biarkan mentega lembut pada suhu bilik. Mentega untuk adunan biskut jika di kacau berlebihan menjadi berminyak akan menyebabkan biskut menjadi terbantut. Sedangkan untuk kek mentega yg di gunakan seharusnya lembut tetapi jangan terlalu lembut kerana mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang gebu serta ringan. Hasil kek juga akan lebih padat dan bertekstur lebih keras. Selain itu jika mentega serta gula tidak di pukul sampai ringan & gebu, adunan akan berbintil jika di tambahkan telur. Untuk memukul butter atau mentega pukulah sampai benar lembut kemudian jauhkan dari tempat panas agar mentega yang di pukul tidak mencair dan berminyak.
  • Memukul mentega dan gula mestilah sampai gebu dan gula hancur tetapi ini bergantung pada kelajuan alat yg di pakai. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan tepi mangkuk di kaup agar bersatu semula. Setelah itu putar pada kelajuan maximal selama 3minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk kemudian putar lagi 3minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru di masukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur. Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.
  • Kek yang menggunakan margerin tidak wangi dan tidak selemak seperti yang menggunakan mentega, kerana menggunakan butter lebih sedap dan membuat tekstur kek lebih halus. Tapi jika mentega di biarkan terlalu lama pada suhu bilik akan berminyak dan hasil kek tidak enak serta gebu. Sedangkan kebanyakkan margerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan adunan tidak kembang dengan elok.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *