Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yummy
Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yummy

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yummy

Posted on

Anda mungkin biasa mendengar orang kata ” telur tinggi kandungan kolesterol ” yang menyebabkan banyak hujatan untuk makan telur dengan kerap. Kalau makan pun sebiji saja, dan jarang sekali. Tak kurang juga yang tidak makan telur ayam apabila ada luka pada badannya dengan sebab, “kalau makan telur nanti luka semakin teruk dan itik itik”. Keburukan telur seperti ini masih berlegar legar dalam masyarakat kita walaupun sebenarnya ia sebenarnya tidak benar.

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yummy
Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yummy

Tahukah anda, yang telur sangat kaya dengan khasiat hingga di gelar “multivitamin semulajadi”?. Khasiat telur terlalu banyak hingga cukup untuk mengubah satu unit sel menjadi seekor anak ayam!. Anda boleh anggap ia sebagai “perfect food” atau “superfood” untuk manusia kerana telur mengandungi protein, asid lemak penting (essential fatty acids efa), 18 jenis vitamin, mineral dan juga antioksidan.

Bahan Bahan Kek Coklat :

  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air panas
  • Secubit garam

Bahan Cream Cheese :

  • 250 gram cream cheese
  • 120 gram sus pekat manis
  • 50 ml uht cream

Cara Buat Kek Coklat Cheese Meleleh :

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, dan soda bikarbonat.
  2. Satukan gula halus dan telur satu persatu, putar hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla dan garam, putar lagi.
  4. Masukkan susu cair, minyak jagung dan air panas, putar lagi.
  5. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi, putar hingga sebati.
  6. Sapukan loyang dengan mentega dan tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Tutup loyang guna aluminium foil supaya tak kena wap air semasa mengukus.
  8. Kukus kek hingga masak.

Cara Buat Cream Cheese :

  1. Aduk semua bahan cream cheese hingga sebati dan berkrim.
  2. Tambahkan susu full cream jika mahu adunan yang lebih cair dan meleleh.
  3. Letakkan cream di atas dan di tengah kek coklat.
  4. Kemudian parutkan cheese sesuka hati.

Tambahan :

Tinggi kandungan protein berkualiti dengan kesemua asid amino perlu yang di perlukan oleh badan pada ratio yang sesuai. Setiap biji telur mengandungi 6gram protein. Membekalkan protein yang sangat penting untuk proses baik pulih otot, penghasilan antibodi serta pembinaan sel sel, enzim dan hormon dalam badan. Lebih mengenyangkan walaupun berkalori rendah. Ini boleh membantu pengurusan berat badan, dan kuning telur tinggi kandungan antioksidan lutein and zeaxanthin yang sangat penting untuk kesihatan mata serta mencegah macular degeneration dan katarak.

Sumber kolina (choline) yang sangat penting untuk fungsi otak yang sempurna, serta kesihatan menyeluruh. (kalau perasan, dalam iklan susu formula anak banyak menyebut tentang kandungan kolina dalam produk masing masing. ) tanpa gluten, tanpa karbohidrat, tanpa gula. Sejak zaman berzaman kita di momokkan bahawa kolesterol di percayai meningkatkan risiko sakit jantung. Dan di sebabkan telur mengandungi kolesterol yang agak tinggi, ramai orang takut takut nak makan telur.

Hakikatnya, tubuh kita sangat perlukan kolesterol untuk pelbagai fungsi namun sudah pasti dalam jumlah yang bersesuaian. Punca pelbagai penyakit moden hari ini juga bukanlah di sebabkan kolesterol, tapi di katakan berpunca daripada keradangan akibat ambil gula bertapis (refined sugar) terlalu banyak. Yang pastinya, banyak kajian dah pun membuktikan yang telur tidak menyebabkan penyakit jantung! Kandungan kolesterol pada telur sebenarnya mampu menaikkan paras “kolesterol baik” (kolesterol hdl) yang sangat bagus dan penting untuk kesihatan kita.

Lutein di dalam kuning telur juga membantu melindungi jantung. Jadi tiada masalah kalau seorang dewasa yang sihat nak makan sebiji telur setiap hari. Kajian juga banyak mendapati bahawa makan telur untuk sarapan lebih banyak menyumbang kepada pengurusan berat badan berbanding sarapan tinggi karbohidrat.

Namun, sebahagian orang memang ada alahan terhadap telur yang sebahagian besarnya di sebabkan oleh putih telur. Alahan terhadap telur boleh mula di kenal pasti sejak anak masih bayi. Sebab tu penting untuk kenalkan solid food secara bertahap dengan amalkan 4 day wait rule. Anda boleh mula dengan kuning telur dulu sebelum putih telur. Cuma bagi yang keluarganya ada sejarah alahan, cuba lewatkan pemberian putih telur hingga umur anak setahun dan ke atas ya. Ibu ibu menyusu juga perlu jaga pemakanan dan elakkan yang mengandungi telur jika anak mempunyai alahan. Biasanya alahan telur akan mula berkurang dan hilang seiring dengan tumbesaran bila sistem penghadaman mereka menjadi lebih matang.

Jika anda ingin tahu sama ada telur yang di beli tue segar atau tidak, boleh cuba masukkan ke dalam bekas berisi air. Telur segar, ia akan tenggelam ke dasar bekas dan kekal di situ. Telur yang agak lama (tapi masih selamat di makan), ia akan tenggelam sedikit di tengah bekas. Telur rosak (telur tembelang), ia akan timbul dan terapung. Untuk pastikan kesegaran telur yang di beli bertahan lebih lama, lebih baik simpankannya di dalam peti sejuk atau di tempat bersuhu bawah 2 darjah celcius.

Walaupun kebanyakan peti sejuk mempunyai tempat menyimpan telur di bahagian pintu, telur tahan lebih lama jika di simpan di bahagian dalam di mana suhunya lebih stabil dan sekata. Maklumlah, bila kerap buka tutup peti sejuk, perubahan suhu tersebut boleh mempengaruhi tahap kesegaran telur. Dan di sebabkan cengkerang telur bersifat poros, jauhkannya daripada di simpan bersama daging mentah ataupun sebarang makanan yang berbau kuat ya. Ini boleh elakkan telur cepat rosak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *