Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sedap
Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sedap

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sedap

Posted on

Susu tidak membuat kita gemuk walaupun ramai yang gemuk walaupun tidak minum susu. Gemuk bukan di sebabkan susu, tetapi tabiat makan dan gaya hidup tidak aktif. Minum susu sebaliknya boleh menjadikan kita lebih langsing kerana untuk mendapat tulang kuat dan sihat, kita juga perlu bersenam sekurang kurangnya berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sedap
Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Sedap

Bermula dari umur 30 tahun, tulang kita mula mengalami kemerosotan iaitu kerosakan tulang berlaku lebih cepat berbanding proses pembentukan semula. Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa mengalami kerosakan dan pembentukan semula sepanjang hayat. Namun kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh di cegah dengan mengambil makanan kaya kalsium, seimbang dan kerap bersenam.

Bahan Untuk Puding :

  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 2 biji telur utuh
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Untuk Kek Coklat :

  • 3 biji telur
  • 1 pek mix tepung kek coklat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Untuk Membuat Karamel :

  • 2 tbs gula pasir

Cara Penyediaan Karamel :

  1. Tabur gula dalam loyang, buka api perlahan dan buat gula hangus di atas dapur.

Cara Menyiapkan Puding :

  1. Kacau perlahan susu cair, susu pekat, esen vanilla, telur utuh, kuning telur dan tapis ke dalam loyang gula hangus.
  2. Kukus puding karamel 15 minit, ketepikan sebentar untuk di sejukkan.

Cara Membuat Kek Coklat :

  1. Masukkan tepung kek mix, garam, minyak masak, susu cair, telur, dan air panas kemudian kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan kek coklat ke dalam loyang karamel yang dah di sejukkan
  3. Kukus selama 45 minit ke 1 jam pada api sederhana.
  4. Dah masak, biar kek sejuk seketika dan terbalikkan.

Tips :

  • Dalam keadaan panas kek akan mudah pecah jika di terbalikkan.
  • Simpan dalam peti sejuk untuk menikmati kelazatannya yang tak terhingga bila di suap ke dalam mulut.

Tambahan :

Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang di perkaya dengan mineral ini adalah cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.

Kajian mendapati kita hanya mengambil 300 hingga 400 miligram kalsium sehari. Kadar ini terlalu rendah untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan tulang, terutama di kalangan wanita. Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh di ambil pada semua peringkat umur, kanak kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Malangnya kebanyakan masyarakat kita mempunyai konsep kurang tepat kerana menganggap susu hanya untuk kanak kanak dan pengambilan susu di hentikan apabila mencapai umur tertentu. Konsep ini perlu di ubah dengan terus menggalakkan anak minum susu hingga dewasa. Bagi orang dewasa minum susu yang di perkaya kalsium dapat menguatkan tulang. Kajian ke atas 60 wanita di filipina dan indonesia mendapati wanita yang mengambil susu di perkaya kalsium selama empat minggu mengalami kemerosotan tulang lebih perlahan berbanding yang tidak mengambil susu.

Ini menunjukkan kita boleh memberi perlindungan segera kepada tulang dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang yang kaya dengan kalsium. Pada masa sama tulang juga menjadi semakin kuat dan sihat dengan senaman seperti berjalan cepat, berjoging, melompat tali, menaiki tangga, mendaki bukit atau menari.

Tidak ramai wanita sedar, kehilangan tulang adalah kehilangan kekal kerana apabila usia meningkat proses pembentukan semula tulang berlaku lebih perlahan dan ini membuatkan tulang semakin lemah. Penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu di lakukan setiap orang, terutama wanita, kerana mereka lebih berisiko mengalami osteoporosis. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol kerana ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang.

Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau ambil produk tenusu iaitu. Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek yogurt rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein. Kebanyakan susu di perkaya dengan vitamin d dan vitamin ini penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering di pinggirkan.

Badan kita boleh menghasilkan vitamin d jika mendapat cukup cahaya matahari. Tetapi ramai antara kita seboleh bolehnya mahu mengelak kulit terdedah kepada sinaran matahari dengan memakai krim pelindung uv, baju lengan panjang atau payung. Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang di perkaya dengan vitamin d. Ada kajian mendapati vitamin d juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

Kajian di finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju. Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di spanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang di katakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah. Berdasarkan data di peroleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik, iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Seperti di sebut di atas, minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan. Perkara ini di buktikan penyelidik dari universiti alabama di birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat badan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *