Resepi Kek Gula Hangus Atau Sarang Semut Sukatan Cawan
Resepi Kek Gula Hangus Atau Sarang Semut Sukatan Cawan

Resepi Kek Gula Hangus Atau Sarang Semut Sukatan Cawan

Posted on

Butter memang sangat sedap karena di hasilkan dari susu dan butter ni pun lebih sihat daripada marjerin. Tapi tetap dalam kategori lemak tepu jadi jangan mengambil butter terlalu banyak. Harga butter sedikit lebih mahal dan mengandungi vitamin a, vitamin d, vitamin e dan vitamin k (vitamin larut lemak). Walaupun butter tidak mengandungi lemak jahat tetapi butter mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang tinggi kerana produk ini berasaskan dari haiwan. Perlu di ingat pengambilan lemak tepu berlebihan dapat mengakibatkan sakit jantung.

Resepi Kek Gula Hangus Atau Sarang Semut Sukatan Cawan
Resepi Kek Gula Hangus Atau Sarang Semut Sukatan Cawan

Butter atau mentega murni di hasilkan dari susu di mana produk tenusu asli (susu lembu) ni di proses untuk memisahkan lemak susu dengan airnya. Lemak susu itu di jadikan pepejal dan di bungkus seperti produk yang ada pada hari ini dan biasanya di simpan di dalam peti sejuk kerana akan cair bila terlalu lama berada di suhu bilik. Mentega tulen juga mempunyai kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sampai 80 persen dari beratnya, sedangkan 20persen lainnya adalah berupa garam, cecair dan lainnya.

Bahan Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan / Kek Gula Hangus :

  • 125 gram butter
  • 4 biji telur grade a
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan susu pekat manis

Cara Buat Kek Gula Hangus / Sarang Semut :

  1. Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana, jangan di kacau.
  2. Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
  3. Ketika sudah menjadi cair, sejukkan gula kemudian tunggu sampai sejuk benar.
  4. Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
  5. Saat kedua nya sejuk maka pecahkan telur dalam bekas kemudian kacau sampai telur cair dan rata.
  6. Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
  7. Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
  8. Tambahkan esen vanilla kemudian tambahkan ayakan tepung bersama soda dan kacau sampai rata.
  9. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
  10. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
  11. Perap aduan ini hingga 5 jam.
  12. Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
  13. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  14. Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Tambahan :

Mengkonsumsi lemak tepu dalam jumlah seimbang dapat meningkatkan kolestrol baik dan menukarkan kolestrol jahat daripada struktur yang padat dan sukar di pecahkan kepada struktur yang lebih mudah di singkirkan. Contoh mentega tulen iaitu tatura dan anchor. Sedangkan contoh campuran butter dan lepa susu adalah buttercup dan farmcows.

Banyak yang mengatakan bahawa buttercup merupakan salah satu butter. Padahal banyak kandungan utamanya bukan susu tetapi minyak sawit sedangkan minyak sawit mengandungi lemak tepu dan boleh membentuk pepejal kerana sifatnya yang semi solid, jadi ia sering di gunakan sebagai pengganti yang lebih murah daripada mentega tulen dalam membuat kuih atau kek. Campuran minyak sawit dan sedikit lemak (lepa susu) tidak masalah jika untuk menggantikan mentega tulen kerana mentega tulen terlalu mahal. Bahan utaman jenama buttercup dan farmcows adalah minyak sawit dan sedikit campuran lemak / lepa susu.

Warna butter lebih kuning keorenan dan memiliki bau lebih kuat seperti minyak sapi serta memiliki rasa yang lebih sedap kerana kandungan lemak susunya lebih tinggi. Butter dapat di dapati dalam keadaan bergaram atau tidak bergaram dan untuk memilih butter atau mentega yang terbaik pilihlah brand seperti scs, fern, anchor, dan tatura, bukan butter campuran seperti buttercup. Sebab jika ingin membuat biskut atau kek dengan menggunakan mentega / butter tulenhasilnya akan menjadi lebih gebu, wangi dan sedap. Banyak peniaga kecil menggunakan buttercup untuk menggantikan mentega murni kerana kosnya yang murah, sebab harga butter atau mentega murni harganya 2 kali mentega campuran. Nah jika ada bakery yang memakai butter atau mentega murni jangan pulak komplen kenapa mahal. Selain itu rasa dan kualiti kesihatan makan keduanya juga jauh berbeza.

Butter atau mentega tulen memiliki banyak lemak tepu yang baik untuk kesihatan tetapi tidak mengandungi lemak jahat. Rasanya lebih sedap walaupun harganya lebih mahal. Sedangkan untuk yang campuran minyak sawit dengan lepa susu juga merupakan lemak tepu tapi kandungan lemak tepunya tidak sebanyak butter atau mentega dan memiliki harga yang jauh lebih murah. Sedangkan rasanya juga tidak sesedap butter atau mentega murni. Kalau ingin pilihan yang lebih sihat gunakan mentega organic iaitu dari susu lembu yang betul betul makan rumput daripada lembu yang makan makanan olahan. Tapi tentu harga butter yang organic jauh berkali lipat lebih mahal.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *