Resepi Kek Keju Jepun Sukatan Cawan Sedap
Resepi Kek Keju Jepun Sukatan Cawan Sedap

Resepi Kek Keju Jepun Sukatan Cawan Sedap

Posted on

Krim tartar biasa di gunakan sebagai topping. Ianya adalah sejenis serbuk berwarna putih dan tidak mempunyai bau. Sekiranya anda tidak biasa dengan serbuk ini, mungkin akan keliru dengan ‘baking powder’. Nama kimianya ialah potassium bitartrate atau potassium hydrogen tartrate. Sebagaimana yang anda telah lihat, nama tartrate adalah sebab kenama ianya di berikan nama sedemikian.

Resepi Kek Keju Jepun Sukatan Cawan Sedap
Resepi Kek Keju Jepun Sukatan Cawan Sedap

Percaya atau tidak, sebenarnya ia adalah berasal daripada bahan sampingan yang terhasil dari proses pembuatan wain. Ianya di ambil daripada bahan mendapan yang terhasil selepas proses pembuatan wain. Bahan bahan ini akan terbentuk di bahagian tepi tong untuk menghasilkan wain akan di kikis dan di bersihkan. Bahan ini kemudiannya akan di kisar menjadi serbuk.

Bahan Resepi Kek Cheese :

  • 200 gram cheese atau 7 slice keju cheddar
  • 200 ml susu segar atau susu cair
  • 100 gram gula halus
  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 75 gram butter
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh cream tartar

Cara Penyediaan Kek Keju :

  1. Carikkan atau parut cheese kecil kecil dan campurkan bersama susu.
  2. Masak dengan api perlahan dan kacau sekerap yang mungkin
  3. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
  4. Pisah kuning dan putih telur dalam bekas yang berlainan.
  5. Pukul putih telur bersama gula dan cream tatar sehingga kembang dan meringue (bertanduk).
  6. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi yang telah di tapis.
  7. Masukkan tepung sikit sikit serta kacau perlahan sehingga sebati.
  8. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati.
  9. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
  10. Letak loyang dalam bekas berisi air panas.
  11. Panaskan oven pada suhu 160’c.
  12. Bakar dalam 60 minit dengan 160’c dan 30 minit lagi pada 150’c.

Tambahan :

Krim tartar kebiasaannya di gunakan sebagai topping ‘meringue’. Krim ini bukan sahaja boleh membantu menstabilkan telur putih dan membolehkan ianya mengekalkan tekturnya apabila di pukul rata, malah ianya membantu untuk membuatkannya lebih tahan panas. Kegunaan lain ialah untuk menstabilkan ‘whipped cream’, menghalang perubahan warna pada sayuran apabila di rebus dan menghalang sirap gula daripada membentuk kristal. Krim tartar juga ada di gunakan untuk mengaktifkan ‘baking soda’ dan kadangkala ianya di gunakan sebagai ganti kepada garam.

Krim tartar juga boleh di gaulkan dengan bahan berasid seperti lemon atau vinegar sehingga menjadi pekat dan di gunakan sebagai bahan pencuci logam atau porselin. Campurkan krim tartar dengan ‘hydrogen peroxide’ untuk mencuci karat pada perkakas perkakas besi yang terdapat di rumah anda. Selain daripada penyediaan makanan, krim tartar juga boleh di guna untuk menghindar semut. Caranya ialah dengan menabur krim tartar di sarang semut dan bahagian di nding retak yang boleh di masuki semut. Krim tartar juga boleh menyerikan semula barangan porselin dengan menaburkan krim itu di atas kain lembap kemudian gosok pada permukaan porselin.

Serbuk krim tartar jarang di gunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim ini bersama sama. Krim tartar di hasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Ramai serbuk ini di campurkan dalam putih telur. Ianya di gunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh di gantikan cream of tartar dengan jus lemon. Biasanya ia di guna untuk buat meringue (putih telur di pukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul batul kering.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *