Resepi Kek Minyak Lemon Sedap Berwarna Warni
Resepi Kek Minyak Lemon Sedap Berwarna Warni

Resepi Kek Minyak Lemon Sedap Berwarna Warni

Posted on

Lemon adalah buah yang mempunyai alkali untuk membuang asid yang berlebihan dalam badan. Lemon juga di jadikan minuman yang menyegarkan anak tekak dan tubuh badan kita. Siapa yang tidak kenal akan buah lemon yang sangat popular dengan sumbangannya dalam kesihatan serta sumbangannya dalam kecantikan.

Resepi Kek Minyak Lemon Sedap Berwarna Warni
Resepi Kek Minyak Lemon Sedap Berwarna Warni

Apa yang kita tahu adalah buah lemon sangat kaya dengan sumber vitamin c dan juga mengandungi asam sitrat. Bukan sekadar itu sahaja buah lemon sebenarnya mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin b, riboflavin, mineral seperti kalsium, magnesium, fosfos serta protein dan juga karbohidrat.

Bahan Resepi Kek Minyak Lemon :

  • 5 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji lemon, perah ambil jus sebagai perisa
  • 1/2 cawan gula kaster
  • Sedikit pewarna yang disukai

Cara Membuat Resepi Kek Lemon (Minyak) :

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan.
  2. Lenser loyang kek dengan mentega, alaskan dengan baking paper.
  3. Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang.
  4. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul lagi sekejap.
  5. Masukkan jus lemon dan minyak sambil di pukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit dan gaul rata.
  7. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
  9. Bakar hingga masak pada suhu 170 c selama 40 sampai 50 minit atau sehingga masak.
  10. Biarkan kek sejuk barulah di potong dan hidangkan.

Tambahan :

Lemon juga di gunakan untuk melawan jangkitan dengan membantu pengeluaran wbc dan antibodi dalam darah yang membantu mencegah dari mikroorganisma dan jangkitan dari terus merebak. Cara pengambilan lemon adalah dengan masakan seperti kek, kuih muih hingga lah sajian makanan seharian kita. Sampailah di jadikan air minuman yang memberikan banyak manfaat yang bagus terhadap kesihatan dalaman dan luaran kita.

Air lemon yang di minum dapat memulihkan kesihatan kulit yang bermasalah, malah boleh di jadikan juga sebagai bahan antioksidan dan antibiotik untuk merawat kulit kita. Ianya juga bagus untuk mengeringkan jerawat pada muka kita dari terus merebak.

Air lemon yang di perah juga sesuai untuk di jadikan sapuan mask pada muka kita hanya dengan mencampurkan sedikit telur putih. Dengan kaedah ini dapat mengelakkan muka kita dari kusam. Perahan air lemon dengan satu senduk gula dapat membantu membuang sel kulit mati ataupun kulit yang mengelupas dengan mudah dan di jadikan sebagai lumur (scrub). Untuk memberi kelembapan dan kelembutan pada kulit wajah dan tubuh badan. Gunakan jus lemon dengan minyak zaitun dan usapkan selama 5 minit kemudian basuh mengunakan air yang suam. Lemon juga membantu mencerahkan kulit wajah dengan membelah dua buahnya dan gosokkan pada kulit muka selama 5 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

Jika kita mempunyai masalah kegatalan pada kulit kepala, gunakanlah perahan air lemon dengan membilaskan pada rambut dan biarkan selama setengah jam kemudian di tutup menggunakan kain bersih, setelah itu cuci dengan air sejuk. Malah air lemon juga mampu menguatkan dan memutihkan kuku, hanya mencampurkan air perahan dengan air suam di dalam bekas yang kecil kemudian rendam selama 5 minit. Selepas itu ambil buah lemon tadi dan gosokkan pada kuku dan bersihkan tangan dengan air biasa. Bukan setakat itu sahaja lemon yang di belah dua juga boleh di gunakan untuk memutih kan ketiak dengan hanya menggosokkannya dalam beberapa minit semasa mandi.

Dengan meminum air lemon bercampur dengan air suam juga sangat bagus sebagai ejen penghadaman yang lancar. Ianya juga boleh di gunakan dalam bentuk perkumuhan. Air lemon juga terkenal dengan sebagai detox untuk berdiet ianya juga boleh menghakis lemak yang berlebihan pada badan kita. Air lemon yang di campur dengan teh hijau dan madu juga bagus di buat minuman setiap hari. Sifat antiseptik buah lemon juga bertindak untuk membersihkan buah pinggang dan darah bagi meningkatkan lagi kadar hdl (kolestrol yang baik).

Malah baik untuk hati kita yang bertindak sebagai alat perkumuhan dan penapisan pada badan kita agar sentiasa bersih. Proses ini akan membuatkan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja. Buah lemon yang di tanam sendiri lebih bagus sebab ianya mempunyai tahap kesegaran yang bagus dan amat berkesan. Cara penanaman pokok lemon juga mudah di lakukan.

Mungkin dah ramai yang mengetahui kebaikan minum air lemon setiap pagi. Sebenarnya minum air lemon setiap pagi banyak manfaatnya kepada kesihatan. Mungkin kedengaran seperti ide baru tapi hakikatnya dah di amalkan dalam ilmu perubatan ayurveda sejak lima ribu tahun lalu. Air suam membantu merangsang saluran penghadaman dan merangsang pergerakan usus. Lemon memiliki kandungan vitamin c yang tinggi untuk membantu meningkatkan sistem imun manusia, di percayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.

Tubuh kita menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Selain mengganggu fungsi tubuh, kita juga akan terdedah pelbagai pesakit serta sel kanser. Buah ini bersifat asid yang mampu memastikan keseimbangan ph sentiasa terpelihara, terutamanya jika kita gemar makan daging, keju, dll.

Air lemon merupakan diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoks pada organ hati. Organ hati di ketahui umum merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh manusia. Bila toksin dapat di singkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah di serap.

Kandungan vitamin c pada lemon mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksidan yang mencegah penuaan dini serta melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin c juga di perlukan untuk penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan keremajaan kulit. Selain itu membantu tubuh kita selalu terhidrat sepanjang hari. Secara tidak langsung kita akan rasa lebih bertenaga. Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam pengurusan berat badan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *