Resepi Kek Oren Mudah Sukatan Cawan
Resepi Kek Oren Mudah Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Mudah Sukatan Cawan

Posted on

Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah di perolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal. Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat di perlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Resepi Kek Oren Mudah Sukatan Cawan
Resepi Kek Oren Mudah Sukatan Cawan

Selain merupakan sumber vitamin c yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin b6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat di makan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Bahan Bahan Kek Oren :

  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum di ayak
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji buah oren
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu besar baking powder di ayak

Cara Penyediaan Resepi Kek Mudah Sukatan Cawan :

  1. Oren di potong, di buang biji dan urat putih di tengah tengah, kemudaian oren di potong kecil kecil
  2. Masukkan dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar sehingga halus.
  3. Tuangkan bahan bahan kisar kedalam mangkuk
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  5. Masukkan ke loyang yg telah di sapu dengan minyak.
  6. Bakar pada suhu 170 °c selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak atau bergantng pada oven masing masing.

Tips :

  • Boleh letakkan parutan halus kulit oren untuk mendapatkan aroma yang harum.
  • Oren emulco juga boleh di gunakan untuk mendapatkan warna yang cantik.
  • Dan tambahan susu tepung memberikan rasa lemak

Tambahan :

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira kira 30 gram. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang di sarankan ialah sekitar 25 gram sehari).

Oren merupakan antioksidan yang sangat baik. Vitamin c merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren dan memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat di perlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka. Vitamin c juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin c dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin c yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan lemak jahat. Kadar lemak jahat yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin c dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin c dalam buah buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh di jelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin c yang di ambil dalam bentuk tablet. Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin c dalam tubuh badan, anda di sarankan supaya mengambil vitamin c sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin c. Dapat juga menikmati segelas jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik dengan pengambilan oren. Vitamin c yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin c di kenal pasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin c juga memperkuatkan sel sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *