Resepi Kek Pisang Gebu Simple Dan Mudah
Resepi Kek Pisang Gebu Simple Dan Mudah

Resepi Kek Pisang Gebu Simple Dan Mudah

Posted on

Pisang adalah buah yang sering kita temui dan ia mudah di dapati di semua tempat pada harga yang tidak terlalu mahal dan sering di gunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya manis menjadi kegemaran banyak orang dan ia enak di makan begitu saja atau di jadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan minuman.

Resepi Kek Pisang Gebu Simple Dan Mudah
Resepi Kek Pisang Gebu Simple Dan Mudah

Buah ini sangat baik untuk kesihatan dan bagi orang yang sedang mengandung pisang mampu membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin c, vitamin b kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Bahan Bahan :

  • 200 gram tepung gandum
  • 160 gram gula kastor
  • 150 gram pisang
  • 120 ml minyak masak
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat Resepi Kek Simple Dan Mudah :

  1. Panaskan oven suhu 170˚c.
  2. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
  3. Pisang di lecek dan ketepikan.
  4. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder, ketepikan.
  5. Putar gula dan telur hingga kembang.
  6. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata.
  8. Masukkan minyak. Gaul sekata.
  9. Bakar pada suhu 170˚c sehingga 45minit sampai masak.
  10. Sejukkan dulu kek di atas redai baru keluarkan dari acuan.
  11. Sedia untuk dhidangkan.

Tambahan :

Dari pada buah apel, pisang memiliki karbohidrat 2x lebih banyak dan vitamin a 5x lebih banyak. Pisang juga kaya akan potassium dengan kadarnya yang mencapai 400mg dalam pisang bersaiz sederhana yang dapat di gunakan untuk menjaga kesihatan jantung. Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang juga menjadi sumber tenaga untuk tubuh dan memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawabannya. Pisang memiliki kalori yang rendah dan menyebakan ia sesuai untuk di gunakan dalam diet kerana dapat membantu menurunkan berat badan. Pisang juga dapat mengubati jerawat, caranya ialah dengan hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan bersihkan menggunakan air. Ulangi langkah itu selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

Pisang dapat membantu mengatasi masalah sakit ketika datang bulan, jadi perbanyak memakan pisang sewaktu sedang haid dapat membantu mengurangi kesakitan yang di alami. Pisang juga dapat di gunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit kerana pisang memperlancarkan pembuangan air besar iaitu dengan melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit. Selain itu pisang juga membantu menyembuhkan kegatalan akibat gigitan nyamuk yang sangat mengganggu dengan cara mengambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk. Dengan mengkonsumsi buah pisang juga sangat membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan mengurangi depresi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *