Resepi Kek Span Coklat Biasa Tanpa Rumit
Resepi Kek Span Coklat Biasa Tanpa Rumit

Resepi Kek Span Coklat Biasa Tanpa Rumit

Posted on

Nama lain ovelette adalah quick 75 dan memiliki warna oren atau kuning sedangkan teksturnya seperti gel. Ovalette merupakan pengemulsi dan penstabil yang di gunakan dalam membuat kek yang menggunakan telur sebagai bahan pelembut kek. Bahan ini menjadikan kek mudah mengental, stabil, tidak mudah jatuh ketika di kacau, di kukus atau di bakar. Pelbagai kek yang menggunakan ovalette akan mengekalkan bentuk kek, menjadikannya lembut dan gebu setelah di masak.

Resepi Kek Span Coklat Biasa Tanpa Rumit
Resepi Kek Span Coklat Biasa Tanpa Rumit

Bahan utamanya air, monoglyceride, polyglycerol, polysorbate, sorbitol, propylene glycol, tartrazine. Jadi anda perlu menyimak label apabila membeli produk ini di pasaran. Cuma anda perlu berhati hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya telah di pek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label. Bahan bahan utama yang terkandung dalam ovalette terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan dari lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu monoglyceride dan polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan.

Bahan Bahan :

  • 180 gram gula halus
  • 150 gram tepung kek
  • 70 gram air
  • 50 gram minyak jagung
  • 20 gram serbuk koko
  • 15 gram ovalette
  • 5 gram baking powder
  • 4 biji telur grade a
  • 1 sudu teh esen vanilla oil base

Cara Buat Resepi Kek Biasa Tanpa Rumit :

  1. Satukan tepung kek, baking powder, serbuk koko dan di ayak.
  2. Masukkan tepung tersebut, gula halus, baking powder, ovalette, esen vanilla, telur dan air. Putar dengan perlahan.
  3. Bila sudah nampak bersatu, boleh tukar speed laju, putar hingga ringan dan gebu.
  4. Jangan putar teralu lama kerana lepas bakar kek boleh turun, putar sampai gebu saja.
  5. Bila sudah gebu, tutup mixer.
  6. Tuang minyak, kaup balik dengan spatula sampai rata dan jangan terlalu lama.
  7. Tuang doh ke dalam loyang yang sudah di lapik dengan kertas kek.
  8. Boleh sapukan butter di sekelilingnya.
  9. Siapkan oven dengan suhu 170 c selama 15 minit.
  10. Masukkan doh dan panaskan 15 minit awal dengan api bawah dan atas.
  11. Lepas tu, bakar selama 30 sampai 35 minit.
  12. Bila kek sudah masak, keluarkan kek daripada oven.
  13. Biarkan sekejap selama 5minit dan cepat keluarkan dari loyang.
  14. Untuk keluarkan kek toreh tepi loyang dengan pisau.
  15. Balikkan kek atas redai sekejap selama 1 minit.
  16. Lepas tu balikkan semula, buat cepat sebab kek boleh turun kerana tarikan graviti.
  17. Biarkan kek betul betul sejuk sebelum di potong.

Tambahan :

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak dapat bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak atau minyak dengan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid atau lecithin phospoholipid merupakan satu pengemulsi / penstabil yang semulajadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *