Resepi Kek Tiramisu Kukus Mudah Dan Sedap
Resepi Kek Tiramisu Kukus Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Tiramisu Kukus Mudah Dan Sedap

Posted on

Sejarahnya tiramisu di perkenalkan di italia berasal dari yunani, tetapi apapun ceritanya secara klasik desert ini di buat dari biskut savoiardi atau lady’s finger yang di susun dan di lapisi dengan adunan yang terbuat dari krim koko beserta keju mascarpone. Selain itu di tambah coklat, aroma kopi serta gula dalam adunan membuat kek ini makin wangi dan legit rasanya. Seiring berjalannya waktu kek ini tak hanya di buat dari biskut savoiardi tetapi juga dari sponge. Akhirnya tampilan tiramisu mirip dengan kek, kerananya di sebut tiramisu kek. Tiramisu mudah di temui di hampir semua bakery kelas atas. Ada yang di beri tambahan kahlua atau marsala wain ada juga yang tidak seperti resepi aslinya. Kek ini ramai di jual dalam gelas berkaki bisa dalam bentuk potongan ataupun kek utuh. Untuk mendapatkan sensasi maksimum, tiramisu harus di nikmati dalam keadaan dingin.

Resepi Kek Tiramisu Kukus Mudah Dan Sedap
Resepi Kek Tiramisu Kukus Mudah Dan Sedap

Kek ini di kenal sebagai tuscan trifle dan zuppa inglese yang terbuat dari sponge dan di celup kedalam liquor yang di lapisi parutan coklat. Pada awalnya kek ini terbuat dari puding lembut dan hanya beberapa tahun kebelakangan ini menggunakan keju mascarpone, yang membuat orang semakin menyukai kek ini. Pada abad ke 19 tiramisu menjadi sangat populer di antara para intelektual dan seniman inggeris yang tinggal di florence. Kemudian makanan penutup ini di bawa ke inggris dan menjadi terkenal. Baru pada tahun 90an, kek ini di kenal di san fransisco, amerika.

Bahan Utama Resepi Kek Tiramitsu :

  • 200 ml santan kotak
  • 150 gram gula halus
  • 150 gram tepung gandum
  • 100 ml minyak masak
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sachet kopi cappuchino 3 in 1
  • 1/2 sudu teh ovelette
  • 1/2 sudu teh baking powder

Cara Membuat Kek Tiramisu Kukus :

  1. Pertama siapkan lapisan dengan melarutkan cappuchino ke dalam 2 sudu besar air panas, ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula dan ovelette ke dalam bekas yang sesuai dan pukul sehingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum yang telah di ayak terlebih dahulu bersama baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  4. Seterusnya, masukkan santan kotak dan minyak berselang seli, jangan di campur dengan air.
  5. Bahagikan kepada 3 mangkuk, acuan 1 di biarkan kosong
  6. Campurkan acuan 2 dengan serbuk cappucino dan acuan 3 di campurkan dengan serbuk koko.
  7. Lapisan 1 & 2 di kukus selama 10 minit manakala,
  8. Lapisan ke 3 di kukus selama 20 minit atas api yang perlahan.
  9. Hiaskan kek dengan taburan serbuk cappucino, whipping cream atau parutan keju apabila kek sudah sejuk mengikut citarasa masing masing.

Tambahan :

Tentu ramai yang menggemari kek tiramisu. Tiramisu bermaksud ‘pick me up” dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu treviso, itali. Mungkin ramai yang menyangka tiramisu berasal dari jepun kerana bunyinya yang seakan akan perkataan jepun.tetapi sebenarnya ia di cipta di itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di san francisco, amerika syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di amerika dan di seluruh dunia.

Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso, likuer (brandi, marsala, rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut.

Mascarpone di gunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju triple cream dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal. Bagaimanapun ia sukar di dapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan krim keju philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti mascarpone, krim keju perlu di campur dengan 3 sudu besar krim masam (sour cream) dan 2 sudu besar krim putar. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Lady fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai kedai menjual bahan kek.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *