Resepi Kuih Kaswi Atau Kuih Lompang Sedap
Resepi Kuih Kaswi Atau Kuih Lompang Sedap

Resepi Kuih Kaswi Atau Kuih Lompang Sedap

Posted on

Ubi kayu sebagai asas keperluan makanan memang sudah tidak dapat di nafikan lagi. Banyak orang yang pernah mengalami situasi di mana mereka terpaksa menggunakan ubi kayu sebagai pengganti nasi dan mereka selalu menyatakan bahawa rasanya tidak kurang hebat dari nasi biasa. Sebagai makanan tambahan bahan ubi kayu atau lebih khusus tepung ubi memang banyak kegunaannya. Ia di gunakan untuk membuat banyak jenis makanan ringan termasuk keropok.

Resepi Kuih Kaswi Atau Kuih Lompang Sedap
Resepi Kuih Kaswi Atau Kuih Lompang Sedap

Ubi kayu sendiri bila di hiris nipis dan di jemur boleh di jadikan kerepek ubi atau tapioca chips yang merupakan makanan yang lebih enak dari potato chips. Ubi kayu yang di jadikan tepung kanji mempunyai banyak kegunaan. Di setiap tahun di seluruh dunia jumlah permintaan ke atas bahan kanji ini adalah melebihi 30 juta ton. Ini memerlukan lebih dari 5500 kilang untuk mengeluarkannya.

Bahan Utama Resepi Kuih Lompang / Kaswi :

  • 3 helai daun pandan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir

Bahan Untuk Hiasan :

  • 1 helai daun pandan
  • Kelapa parut yang putih
  • Secubit garam halus

Cara Penyediaannya :

  1. Siapkan bahan hiasan dengan gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap, ketepikan.
  2. Satukan gula merah, gula pasir dengan 1 1/2 cawan air.
  3. Masak bersama daun pandan hingga gula larut, tapis dan sejukkan.
  4. Campur tepung ubi, tepung beras, air kapur bersama 1 cawan air, gaul sebati.
  5. Tuang air gula yang telah di sejukkan, kemudian kacau sampai sebati semuanya.
  6. Panaskan periuk kukusan, sapu acuan lompang dengan sedikit minyak.
  7. Dan sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang
  8. Kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
  9. Angkat kuih ketika sudah matang dan rendam separuh tenggelam di air biasa agar cepat sejuk.
  10. Sehingga lebih mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
  11. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati hati.
  12. Letakkan kelapa parut di atasnya.

Tambahan :

Setiap kilang memerlukan ladang ubi kayu seluas 3000 hektar kerana banyak sekali kegunaan penting dari ubi kayu. Di dalam industri farmasi, tepung ubi di gunakan sebagai bahan pengawaet (binder) bagi ubatan yang di bentuk sebagai pil dan semua jenis ubatan memerlukan bahan pengawet ini. Di dalam industri makanan, bahan kanji di gunakan di dalam industri pengetinan dan penyediaan makanan untuk membuat kuah atau rempahan dan di dalam industri daging untuk membuat sosej misalnya. Di dalam industri minuman keras, industri keju dan lainnya yang melibatkan proses fermentation, bahan kanji di gunakan untuk bahan capacity booster.

Bahan ubi kayu juga di gunakan untuk membuat bahan glukosa yang sangat penting misalnya untuk membuat gula gula, jenis drops yang lain dan untuk makanan di dalam tin. Selain dari industri makanan, bahan kanji adalah amat penting untuk industri kertas bagi membuat kadbod dan perekat. Di dalam industri bahan tekstil, bahan kanji adalah penting untuk membuat kain baju dan membuat perekat (wrap sizing). Di dalam industri cari gali minyak, bahan kanji di gunakan untuk menjadi bahan mud suspension.

Bahan kanji ini menjadi satu bahan yang sangat penting bagi keseluruhan hidup kita. Bagaimanapun di sebabkan kita tidak memakan kanji ubi kayu ini secara terus, kita tidak merasakan kepentingannya. Kita mengandaikan bahawa bahan tersebut wujud dan tidak menjadi masalah di dalam hidup kita. Sebenarnya jika kita melihat angka import malaysia ke atas bahan kanji ini iaitu sebanyak rm 22 juta, kita akan serta merta merasakan kepentingannya. Kita boleh juga melihat potensi peranan industri ubi kayu di malaysia bila kita melihat daya maju projek penanaman dan perkilangan ubi kayu. Setiap hektar ladang ubi kayu boleh memberikan hasil bersih melebihi rm 6000. Ini adalah jauh lebih besar dari ladang kelapa sawit (rm 4500).

Kadar margin untung kilang bahan kanji ialah 44 %. Ini menjadikan projek penanaman dan perkilangan ubi kayu dan bahan kanji ini menjadi sangat tinggi daya majunya. Apa yang lebih berpotensi ialah keupayaan untuk kita memikirkan kaedah penggunaan bahan kanji ini yang baru dan yang lebih tinggi marginnya. Beberapa potensi kegunaan boleh di fikirkan dari industri makanan, industri perkilangan mahupun industri perkhidmatan. Bahan kanji boleh di makan, boleh di jadikan bahan pembungkusan dan juga bahan gam.

Satu contoh kegunaan di dalam industri pembungkusan dan pemuat adalah amat penting. Bayangkan misalnya plastik nipis tanpa warna yang di gunakan bagi membungkus makanan seperti coklat, gula gula, makanan harian termasuk buah buahan. Plastik ini mahal harganya dan biasanya akan terbuang selepas di gunakan di sebabkan ia akan di koyakkan atau di buang sebagai sampah. Jika bahan ubi kayu dapat di gunakan untuk menggantinya pastinya ia tidak perlu di buang.

Bayangkan pembungkus yang boleh di makan sekali bersama coklat dan gula gula atau kuih seperti karipap dan kuih melayu yang lain. Ini pastinya akan mewujudkan penggunaan baru ke atas bahan kanji yang boleh memberikan sumbangan yang besar kepada pengguna dan memberikan kadar untung yang lebih tinggi.

Baru baru ini keluar satu berita bahawa sterefoam warna putih yang selalu di bentuk seperti pembungkus makanan seperti nasi, mee dan kuih muih adalah merbahaya kepada kesihatan. Ia mempunyai kesan kimia yang boleh menyebabkan kanser jika di gunakan berpanjangan. Di negara maju bahan sterefoam ini sudah tidak boleh lagi di gunakan untuk mengisi makanan. Walau pun ini merupakan satu masalah dan cabaran di dalam perniagaan ia sebenarnya mewujudkan satu idea baru juga.

Bayangkan jika kita dapat mengganti bahan sterefoam ini dengan bahan kanji. Bukan sahaja kita dapat mengatasi kesan bahan kimia di atas tetapi kita juga dapat mengeluar pada kos yang lebih rendah kerana harga bahan kanji ini adalah lebih murah. Paling penting jika bahan pemuat ini di perbuat dari bahan kanji bermakna ia juga boleh di buat sehingga ia boleh di makan. Ini boleh mengubah paradigma pemuat bahan makanan di masa akan datang. Kita boleh melihat bahan pemuat ini di jadikan dessert selepas makanan di dalamnya habis di makan.

Sebenarnya ia bukanlah satu yang sangat jauh untuk di bawa menjadi kenyataan. Bayangkan bahan pemuat ini yang di lapik dengan plastik yang sangat nipis di luarnya yang boleh di tanggalkan dan di buang meninggalkan bahan kanji yang mungkin sudah di berikan perasa untuk menjadikannya sedap di makan. Rasanya mungkin tidak ubah seperti keropok udang atau keropok ikan yang juga di buat dari campuran tepung ubi. Cuma di sini perasanya boleh di ubah menjadi rasa dessert seperti buah buahan atau manisan. Pokoknya tidak ada pembaziran akan berlaku kerana bekas pemuat ini boleh di makan.

Sebenarnya idea ini boleh di kembangkan pula kepada bekas makanan lain seperti cawan, gelas, mangkuk dan pinggan. Bayangkan di restoran, semasa berkelah atau pun di rumah, daripada menggunakan pinggan mangkuk dari kaca atau tembikar, kita boleh menggunakan pinggan mangkuk yang di buat dari bahan tepung ubi. Ini ialah pinggan mangkuk yang siap di berikan perasa untuk di jadikan lauk atau pemanis (dessert).

Sambil makan atau selepas makan, bekas hidangan ini akan di makan sedikit demi sedikit sehingga tidak meninggalkan bekas yang perlu di simpan atau di basuh. Ini pastinya menepati matlamat kehidupan keluarga di abad dua puluh satu.

Apakah ini sesuatu yang mustahil? Pastinya tidak. Cabarannya ialah untuk mereka bentuk bekas makanan yang boleh kalis air dari dalam dan kalis kekotoran di luar. Ini boleh dengan mudah di lakukan dengan menyalutkan bekas yang di perbuat daripada ubi bahan kanji ini dengan plastik nipis yang akan di buang sebelum bekas ini di makan sebagai dessert.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *