Resepi Kuih Keria Keledek Donat Sukatan Cawan
Resepi Kuih Keria Keledek Donat Sukatan Cawan

Resepi Kuih Keria Keledek Donat Sukatan Cawan

Posted on

Keledek biasa di gunakan sebagai masakan hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya di buang begitu saja atau di jadikan makanan ternakan. Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin a, vitamin b, kalsium serta zink. Walaupun ubi keledek di tanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak di ketahui mengenai tanaman ini.

Resepi Kuih Keria Keledek Donat Sukatan Cawan
Resepi Kuih Keria Keledek Donat Sukatan Cawan

Kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang di beli di pasar. Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek. Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah. Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal di lakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal.

Bahan Resepi Kuih Donat Sukatan Cawan Keria :

  • 600 gram keledek putih atau merah
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula

Cara Penyediaan Donat :

  1. Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
  2. Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
  3. Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek.
  4. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh di uli menjadi bentuk bulat.
  6. Pastikan tepung di masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
  7. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.

Untuk Bumbu :

  1. Masukkan gula dan air di dalam periuk.
  2. Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan di  saluti gula.
  3. Sejukkan dan hidang.

Tambahan :

Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan di tuai beberapa kali setahun menjadikannya mudah di pasarkan. Kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah. Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang di gunakan dalam pembangunan produk makanan.

Jika daun keledek di gunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya di buang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil. Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah. Bahan aktif dalam daun keledek sesuai di gunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.

Ubi keledek mengandung vitamin b, vitamin c, vitamin e, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji yang jarang di ketengahkan sedangkan makanan yang sering di hidangkan di waktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat. Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan dna, menstabilkan penyakit kencing manis, meningkatkan daya ingatan, dan membantu mengurangkan perkembangan sel kanser.

Kajian oleh penyelidik dari universiti sains islam malaysia (usim) telah mendapat tempat di pasaran komersial dan bakal di inovasikan kepada pelbagai produk seperti makanan, produk kecantikan dan sebagainya. Menyadari hakikat itu, usim menjalinkan kerjasama dengan nutramedica laboratories sdn. Bhd. Untuk pemindahan teknologi pengekstrakan anthocyanin daripada ubi keledek. Penyelidikan usim yang di ketuai oleh prof. Madya dr. Zaiton hassan dan pasukannya menunjukkan bahawa anthocyanin daripada keledek memberi warna merah kebiruan yang stabil apabila di gunakan pada produk yang di proses menggunakan haba seperti penghasilan minuman dan makanan. Anthocyanin adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangann pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan lain lain penyakit moden serta proses penuaan.

Keledek mengandung vitamin c yang sangat penting untuk membantu imun dan mengelakkan dari serangan virus selsema. Tidak ramai yang tahu bahawa vitamin c juga membantu pembentukan tulang & gigi, sistem penghadaman serta membantu membentuk sel darah. Vitamin c juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen untuk mengekalkan kesehatan kulit serta menurunkan stress. Ia juga melindungi badan kita dari toksin penyebab kanser. Keledek memiliki vitamin b6 yang membantu mengurangkan homocysteine yang banyak di kaitkan dengan penyakit serta vitamin b6 dalam keledek dapat mencegah serangan jantung.

Kandungan vitamin d dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang seasonal affective disorder (sad) yang di kaitkan dengan matahari yang tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin d yang penting dalam tenaga dan mood. Vitamin d menyokong kelenjar tiroid membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang sihat.

Keledek mengandungi zat besi dan banyak orang tidak menyadari bahawa kita memerlukan zat besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang cukup serta memainkan peranan yang penting dalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein. Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti tekanan. Magnesium di perlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dalam keadaan sihat dan normal.

Keledek merupakan sumber kalium (potassium) yang merupakan salah satu elektrolit penting untuk badan yang mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dalam merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak, melindungi & mengawal aktiviti buah pinggang. Makanan ini memiliki rasa manis semulajadi dan gula semulajadi tersebut di lepaskan ke dalam aliran darah untuk menghasilkan sumber tenaga, memastikan tenaga berada dalam keadaan seimbang tanpa di kaitkan dengan keletihan atau pertambahan berat badan.

Keledek memiliki kandungan karotenoid yang tinggi yang menguatkan penglihatan serta meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit. Ia merupakan antioksida yang melawan kanser dan melindungi dari penuaan. Kajian di universiti harvard, lebih daripada 124000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet. Memilih atau membeli ubi keledek yang segar sangat bagus, kerana itu elakkan dari membeli keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan ubi keledek itu di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek tersebut mampu bertahan lama dengan anggaran selama satu sampai dua minggu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *