Resepi Kuih Ketayap Sedap
Resepi Kuih Ketayap Sedap

Resepi Kuih Ketayap Sedap

Posted on

Kelapa bermanfaat untuk pelbagai kegunaan. Kandungan kelapa kaya dengan khasiat kalori, protein dan zat besi, omega 3, kalsium dan glukosa menjadikan bahan ini sebenarnya baik untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan diri. Santan di pelbagaikan kegunaannya dalam kalangan masyarakat asia sebagai bahan menyuburkan rambut dan melembutkan kulit. Di perkaya dengan nutrisi, santan kelapa mengandungi pelbagai vitamin, mineral, elektrolit termasuk potasium, kalsium dan klorida. Ia membantu memperbaiki tekstur kulit, mengembalikan kelembapan dan mengurangkan masalah kulit kering atau ruam. Mengandungi vitamin c menjadikan kulit lebih anjal dan melambatkan proses penuaan.

Resepi Kuih Ketayap Sedap
Resepi Kuih Ketayap Sedap

Santan dapat memberi kesuburan pada rambut kerana ia kaya dengan kandungan lemak dan vitamin e. Nutrisi itu dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut anda lebih lembut, terurus dan menawan. Penggunaan santan pada rambut membantu memulihkan rambut kering, rosak, rapuh, bercabang dan meningkatkan kesihatan folikel rambut sera merangsang pertumbuhannya. Kelebihan kandungan vitamin c dalam air kelapa pula dapat melembapkan rambut, mengurangkan masalah kulit rambut berminyak, mengatasi masalah kulit kepala seperti kelemumur dan melewatkan pertumbuhan uban.

Bahan Inti Kuih Ketayap :

  • 2 helai daun pandan di simpul
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula merah atau menurut selera
  • 1/2 biji kelapa parut, ambil putihnya sahaja
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam

Bahan Kulit Ketayap :

  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titis pewarna hijau jika perlu

Cara Membuat Inti Ketayap :

  1. Didihkan air dalam kuali.
  2. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan, masak hingga gula larut.
  3. Masukkan kelapa parut, kacau sesekali hingga airnya kering.
  4. Taburkan tepung gandum bila inti dalam keadaan agak lembab dan kacau rata.
  5. Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulit Ketayap :

  1. Blend daun pandan yang telah di potong pendek dengan santan.
  2. Tapis dan perah, kemudian campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati.
  4. Adunan tak perlu di tapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  5. Panaskan kuali dan gunakan api yang perlahan.
  6. Sapukan kuali dengan sedikit minyak menggunakan sehelai simpul daun pandan.
  7. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang layangkan kuali.
  8. Biarkan kuih masak dan tidak perlu di terbalikkan.
  9. Jika di lihat atas berwarna hijau semua angkat dan ketepikan.
  10. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
  11. Waktu kuih dalam kuali boleh bubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  12. Ambil sesudu penuh inti letak di atas permukaan atas kuih dan ratakan
  13. Lipat kiri dan kanan kuih, gulung dengan kemas, ketepikan.
  14. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah di hidangkan

Tambahan :

Banyak bahagian lain pada kelapa yang dapat di gunakan untuk perubatan selain air kelapa untuk menghilangkan dahaga. Akar kelapa yang di tumbuk lumat dapat mengubati penyakit kelamin. Banyak penduduk pulau sekitar mersing di johor yang meminum air rebusan akar kelapa yang telah di jemur untuk mengubati cirit birit.

Akar pokok itu juga boleh di gunakan untuk mengubati demam panas, masalah keputihan, melawaskan buang air kecil, jangkitan paru-paru, masalah hati dan rawatan pendarahan. Dalam pada itu, air kelapa muda yang di minum mampu di jadikan penawar racun, meredakan cirit-birit, mengubati demam panas, melawaskan buang air kecil atau air besar dan air kelapa muda yang di campur bahan lain dapat mengubati penyakit batu karang.

Air kelapa muda juga boleh di minum dengan di tambah perahan air limau nipis bagi menghilangkan keletihan. Minuman itu boleh di campur dengan ais supaya terasa lebih segar. Air kelapa muda yang di campur dengan sedikit jus asam limau dan satu sudu minyak zaitun tiga kali sehari mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak.

Air buah kelapa hijau jika di bandingkan dengan kelapa jenis lain mengandungi banyak tanin atau bahan antiracun yang paling tinggi. Kandungannya ialah vitamin c, protein, omega 3, karbon terhidrat serta kalsium. Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa.

Santan kelapa yang di minum mampu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdarah, busung, demam panas dan penawar racun. Isi buah kelapa pula mempunyai banyak khasiat. Isi buah kelapa yang sudah tua mengandung kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram, kelapa setengah tua sebanyak 180 kal per 100 gram dan kelapa muda mengandung 68 kal per 100 gram.

Kelapa juga dapat di olah sebagai pembersih untuk solekan kerana ia kaya dengan kandungan nutrisi melembapkan kulit, merawat masalah bibir dan kutikel kuku daripada kekeringan. Penggunaan minyak kelapa boleh mencerahkan, menyeri dan menyegar serta melembapkan kulit. Tekstur minyak kelapa yang likat mengembalikan ton asal kulit tubuh apabila di sapukan terus ke tubuh sebagai lulur. Sapuan di bawah mata lesu membantu menghilangkan garisan halus dan menghilangkan tanda penuaan kulit wajah. Selain itu minyak kelapa dapat mengubati gigi atau gusi yang sakit.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *