Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Lembut
Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Lembut

Posted on

Jagung merupakan sayuran yang amat popular di seluruh dunia dan banyak di gunakan dalam hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur. Selain rasanya yang sedap jagung juga sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya di temui dalam sayuran. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Jagung menurunkan kandungan gula dan tekanan darah kerana bahan makanan ini melancarkan pengaliran darah. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh dan ia sesuai di jadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.

Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Lembut
Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Lembut

Jagung yang di bakar, di kukus atau di rebus mengeluarkan zat sebatian phenolik atau asid ferulik yang mengurangkan risiko kanser & penyakit jantung. Walaupun sering di kaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru. Melalui kajian terkini telah mendapati kebaikan antioksidan daripada jagung variety berbeza sebenarnya datang daripada kombinasi fitozat yang berbeza. Bagi jagung berwarna kuning, semuanya adalah antioksidan karotenoid yang terdapat di dalamnya. Ia juga kaya dengan pekatan lutein dan zeaxanthin.

Bahan Bahan :

  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah
  • Perisa ros

Cara Menyediakan Kuih Lapis :

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk.
  3. Panaskan sebentar biar jadi suam suam kuku kemudian tutup api.
  4. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan santan, gaul rata hingga tidak berbintil.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  7. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  8. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
  9. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang.
  10. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
  11. Apabila lapisan pertama masak tambah 200ml adunan merah kemudian kukus lagi.
  12. Ulang proses hingga habis lapisan dengan di akhiri lapisan merah.
  13. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih cerah.
  14. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum di potong.
  15. Kuih lapis yang elok, boleh di makan selapis demi selapis.

Tips :

  • Porsi bahan agar tepat dapat memakai sudu sukatan metrik atau cawan.
  • Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit
  • Sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.
  • Buka tutup pengukus bila kuih telah masak, biarkan di atas api 15 minit agar wap di atas kuih menjadi kering dan mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Tambahan :

Tidak dapat di nafikan ramai yang menganggap jagung sebagai sumber makanan yang kosong atau sebagai snek ringan, tetapi sebenarnya jagung makanan yang kaya fitozat, unit yang menyediakan pelbagai kebaikan antioksidan. Jagung merupakan sumber baik vitamin c dan juga mineral mangan. Antioksidan fitozat dalam jagung terdiri daripada anthocyanin, beta karotena, asid caffeic, asid coumarid, asid ferulic, lutein, asid syringic, asid vanilic, asid protocatechuic dan zeaxanthin. Jagung juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh. Di katakan juga jagung rendah lemak karbohidrat, tinggi dalam serat, mengandungi asid folik, niacin, vitamin a, thiamine, vitamin b, asid panthothenic, fitokimia, vitamin e, zink, besi, mangan dan fosforus.

Minyak jagung di hasilkan oleh biji jagung yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin e yang tinggi, lemak tak tepu dan sumber asid lemak omega 6 yang baik untuk kulit. Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Biji jagung kering di giling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya. Kemudian ia di giling halus dan di proses untuk di buat tepung. Tepung jagung sedap di buat lempeng (pancakes), roti jagung dan kuih muih. Tepung ini juga baik di gunakan untuk memekatkan kuah atau sos.

Emping jagung merupakan contoh bijirin sarapan yang baik. Ia campuran dari jagung, ekstrak malt, garam, vitamin, zat besi bersama anti oksida yang meningkatkan daya tumpuan, melawan keletihan dan mencegah anemia. Makanan ini memiliki lemak yang rendah serta di perkaya dengan vitamin a, vitamin c dan zat besi. Emping jagung selalu juga di jadikan sebagai bahan dalam membuat biskut, kek dan kuih muih.

Popcorn merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat. Ia rendah kalori dan secawan popcorn tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori. Walau di tambah mentega cair pun, kalorinya hanya 90 sampai 120 sahaja. Snek ini bukan sahaja kaya dengan karbohidrat dan lemak yang rendah tetapi juga memiliki serta yang tinggi. Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan.

Di sebabkan kandungan serat yang tinggi, jagung di katakan sesuai untuk di makan bagi tujuan pencegahan penyakit berkaitan pencernaan seperti sembelit dan buasir. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam jagung di katakan mampu membantu mengurangkan risiko kanser kolon dan penyakit alzheimer. Jagung membantu penyerapan air semasa pencernaan sekaligus memudahkan pergerakan usus.

Niasin, asid folik dan vitamin c mampu melindungi jantung daripada pelbagai masalah. Vitamin vitamin ini membantu mencegah pembentukan homosisteine (asid amino) dalam tubuh, sekaligus mencegah penyakit jantung yang tertentu. Ia juga di katakan mampu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko hipertensi dan membantu menstabilkan tahap gula. Kalori yang terdapat dalam jagung juga mampu membantu tubuh dalam metabolisme seharian.

Fitokimia di katakan mampu membantu menentang penyakit kronik turut di temui dalam jagung. Thiamine membantu dalam mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif (perkembangan otak janin). Asid folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. Jagung juga di katakan mampu mencegah kecacatan saluran neutral untuk bayi yang baru di lahirkan melalui cara pembekalan asid folik secukupnya kepada wanita hamil.

Bahan makanan ini sumber thiamin (vitamin b1) yang sangat penting bagi kesehatan sel otak dan fungsi kognitif sebab thiamin di perlukan untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi jika kadar zat ini menurun maka akan menyebabkan pikun dan penyakit alzheimer. Kepikunan sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang menumpu, utamanya pada para pelajar. Oleh kerana itu, para remaja sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang tidak hanya sekedar mengisi perut, tapi juga menyehatkan bagi otak dan tubuhnya. Jagung juga kaya akan asid pentotenat (vitamin b5) yang berperan dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk di ubah menjadi energi. Ini bererti jagung sangat di sarankan bagi pengidap obesiti.

Kandungan beta karotena yang terdapat dalan jagung baik untuk kesihatan mata dan penglihatan. Selain itu, kandungan antioksidan dalam jagung juga amat cukup untuk merendahkan risiko pelbagai penyakit kanser dan telah terbukti berkesan dalam menentang tumor kanser dalam tubuh terutamanya jenis kanser payudara dan limfa (hati). Asid ferulic jenis fenolik (zat anti kanser) dan anthocyanin yang terdapat dalam jagung di katakan bertanggungjawab untuk bahan anti kanser yang membunuh setiap radikal bebas yang menguasai tubuh. Jagung di katakan bagus untuk para perokok kerana mengandung betacryptoxanthin yang dapat menurunkan risiko kanser paru paru. Ketagihan terhadap rokok terkadang amat menyulitkan niat perokok untuk berhenti, namun jangan biarkan tabiat buruk ini memberi efek buruk bagi kesihatan terus menerus. Menurut journal cancer epidemiology, biomarkers and prevention, mereka yang banyak mengambil makanan yang mengandung betacryptoxanthin terbukti mengalami penurunan risiko kanser paru paru sebanyak 27 %. Hasil yang sama juga menunjukkan bahwa orang yang merokok dan mengambil jagung dalam diet mereka mengalami penurunan kanser paru paru sebesar 37 % di bandingkan dengan perokok yang kurang memakan jagung.

Kulit, rambut atau bulu (corn silk) jagung juga di gunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan rambut halus jagung itu di tumbuk halus sebelum di tampal pada kudis dan biarkan hingga kering. Jagung atau produk jagung seperti emping, minyak, tepung, kanji amat baik di makan oleh mereka yang menghadapi masalah membuang air kecil. Malah, rambut jagung juga di katakan mempunyai manfaat tersendiri kerana mampu mengatasi gangguan buang air kecil, termasuk rasa sakit ketika membuang air kecil serta pembengkakan radang pundi kencing. Hal ini di sebabkan kandungan kalium yang tinggi sehingga mempunyai efek diuretik yang merangsang serta melawaskan kencing. Rambut jagung juga di katakan mampu menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Ia juga di katakan mampu mengontrol pendarahan semasa melahirkan dan membantu mengubati tekanan darah tinggi dan gangguan air dari dalam tubuh (oedema). Cara mendapatkan manafaat ini ialah dengan merebus semangkuk rambut jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira kira satu gelas kemudian di minum dua kali sehari.

Khasiat jagung tidak terbatas jika di makan begitu sahaja. Untuk tujuan kosmetik, jagung turut mempunyai kebaikannya. Di katakan jagung yang telah di jadikan tepung banyak di gunakan dalam penghasilan kosmetik. Ia juga boleh di jadikan sebagai ubat sapu atau tampal untuk melegakan kerengsaan kulit. Malah, produk daripada jagung di katakan boleh di gunakan sebagai bahan ganti produk karcinogenik petroleum yang merupakan komponen utama dalam penyediaan kosmetik. Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan dari bahan makanan ini, namun dalam penggunaannya perlul mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *