Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap

Posted on

Pandan sejenis pokok yang banyak di gunakan bagi orang melayu. Ia di gunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan melayu. Daun pandan adalah sejenis tumbuhan tropika dan di gunakan meluas dalam masakan di asia tenggara. Daunnya berwarna hijau menegak dan halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Daun pandan jarang berbunga dan membiak melalui keratan. Tanaman ini biasanya hidup di paya atau di tempat tempat yang lembab dan teduh. Namun, kerana manfaat yang cukup besar bagi kehidupan manusia, tanaman ini sudah mula di tanam secara meluas.

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap

Tanaman yang di percayai berasal dari bangka, indonesia dan kini telah tersebar luas di kawasan tropika asia tenggara ini sebenarnya turut mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Pandan yang juga di kenali sebagai pandan wangi atau pandan rampai, fragrant screw pine (inggeris), ban lan (mandarin), rampe (sri lanka), bai toey (thailand), la dua (vietnam) dan ketaki (bangladesh) adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Terdapat 600 jenis spesies dalam keluarga genus pandanus yang di kenali di serata dunia.

Bahan Lapisan Bawah :

  • 3 cawan beras pulut, di rendam 2 jam
  • 3 cawan santan cair fresh, atau santan pekat kotak yang di campur air
  • 2 sudu teh minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Lapisan Atas :

  • 4 helai daun pandan bersama 150 ml air, di kisar & tapis menjadi air pandan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau

Cara Membuat Lapisan Bawah :

  1. Toskan beras pulut sampai kering
  2. Siapkan loyang dan sapukan minyak pada loyang.
  3. Satukan semua bahan di atas tadi kedalam loyang kemudian gaul hingga sebati.
  4. Kemudian kukus dalam pengukus yang sudah mendidih airnya selama lebih kurang 30 minit dan kacau sesekali supaya masak merata.
  5. Apabila sudah masak tekan pulut tadi supaya padat dan mampat dalam loyang.
  6. Sedia untuk dil apis dengan lapisan kedua.

Cara Membuat Lapisan Atas :

  1. Mix tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam, gula ke bekas dan kacau sampai sebati.
  2. Tuangkan air, kacau lagi hingga rata dan tuang air tapisan daun pandan beserta pewarna hijau, kemudian kacau hingga rata menggunakan whisker.
  3. Boleh tapis adunan tersebut untuk memastikan tidak ada bintilan.
  4. Ketika adunan atas sudah siap dapat tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.
  5. Kukus sekitar 30minit atau hingga masak dan jaga agar air kukusan tidak menitik pada kuih.
  6. Balut penutup pengkus dengan kain bersih.
  7. Setiap 10 minit buka penutup kain bersihnya untuk menghilangkan wap air.
  8. Angkat ketika sudah masak dan sejukkan.
  9. Kemudian potong mengikut sesuka hati anda.

Tambahan :

Pokok pandan jarang terdapat secara meliar tetapi di tanam dengan meluas sebagai perisa dalam masakan. Daunnya di gunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan asia, terutama hidangan nasi dan kuih.

Daun pandan kadang kala di rendam dalam santan, yang kemudiannya di tambah dalam masakan. Ia boleh di ikat dan di masak bersama makanan. Ia juga boleh di anyam bentuk bakul yang di gunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan thailand dengan ayam di balut dengan daun pandan dan di goreng. Daun ini juga di gunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan sirap.

Pokok pandan mudah tumbuh dan di pelihara. Pokok pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Daunnya berbau wangi dan merupakan tumbuhan yang sejuk. Daun pandan tumbuh berlapis lapis dan bersilang. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujungnya. Pokok pandan boleh membaik melalui akar atau anak pokok. Daun pandan di katakan mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan zat warna. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Kebanyakan daripada tanaman pandan wangi di negara ini adalah jenis pandan wangi kecil. Bunganya majemuk dan berwarna putih.

Bagi tujuan kegunaan sebagai perasa dan pewarna, daun pandan akan di ekstrakkan sebelum di gunakan. Ekstrak tersebut akan di gunakan dalam pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka/bengkang (utara) serta minuman. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai syarikat yang menggunakan ekstrak perasa makanan pandan ini dalam produk keluaran mereka.

Daunnya yang di layur, boleh di gunakan untuk membuat ketupat, kuih tako atau boleh di gunakan sebagai pembalut / pembungkus ayam untuk di bakar / panggang, resepi yang agak terkenal ialah ‘pandan chicken’. Daunnya boleh di gunakan dalam bubur/pengat/serawa, nasi lemak, nasi ayam, sirap untuk menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan dalam masakan. Bagi kegunaan luar, bahagian yang banyak di gunakan adalah daunnya. Antara kegunaan daun pandan adalah untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur.

Mereka yang mahu menghitamkan rambut di katakan boleh menggunakan daun pandan bagi membantu proses penghitaman rambut tersebut. Caranya adalah dengan mengambil 7 lembar daun pandan yang kemudiannya di cuci bersih. Setelah daun tersebut di potong potong kecil, rebus dengan seliter air hingga warna air berubah menjadi warna hijau. Embunkan air rebusan tadi selama semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rebusan daun pandan tadi dengan air perahan 3 biji buah mengkudu masak. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut dan lakukan 3 kali seminggu sehingga hasilnya kelihatan.

Selain itu, di katakan daun pandan juga mampu menghilangkan masalah kepala berkelemumur. Caranya adalah dengan menggunakan ramuan air perahan daun pandan yang telah di giling halus yang kemudiannya di campurkan dengan air. Lumurkan air perahan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. Biarkan ramuan ini kering selama setengah jam sebelum di bilas. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang. Cara ini juga di katakan mampu merawat masalah keguguran rambut.

Untuk tujuan perubatan pula, daun juga yang menjadi pilihan. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatik, di katakan daun pandan juga berkhasiat dalam merawat masalah ini. Penghidap di katakan boleh menggunakan ubat gosok yang di hasilkan daripada 3 helai daun pandan yang di seduh dengan setengah cawan minyak kelapa yang telah di panaskan. Aduk ramuan ini sehingga rata dan apabila sejuk, gosokkan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah.

Masalah lemah saraf juga di katakan mampu di rawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya di potong kecil kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.

Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir butir kecil dan tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka dan rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.

Daun pandan juga di katakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda dan rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari. Selain itu, daun pandan juga di katakan mampu di gunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.

Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan barat. Satu jalur daun berukuran kira kira 10 cm (4 inci) di masukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang di masak. Dua atau tiga jalur di reneh dalam kari. Di singapura, ia di gunakan untuk mewangikan bobochacha, sejenis jem keladi. Di thailand, ayam yang telah di peram di balut dengan daun pandan dan di gril atau di goreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang di masak itu. Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di malaysia, singapura, indonesia dan thailand, daun ini di tumbuk dan di tegangkan (atau di kisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.

Ada orang suka letak daun pandan dalam masakannya, bahkan kalau nak masak nasi lemak tak sah kalau tak letak daun pandan, dan tujuan memasukkan daun pandan semasa memasak ialah untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi. Selain itu menurut banyak oprang daun pandan yang di campur dalam masakan yang mengandungi daging dapat membantu melembutkan daging.

Tanaman yang tumbuh subur di daerah tropica ini dapat menghilang kelemumur dan menghitamkan rambut. Selain aroma wanginya sering di gunakan untuk aroma dan perwarna masakan dan minuman, ternyata daun pandan memiliki khasiat khusus sebagai penambah selera makan dan penenang. Selain di tanam untuk menghias laman ia dapat jugak mencegah tikus, cicak dan seranga yang lain daripada masuk ke dalam rumah. Air pandan boleh di guna untuk membilas lantai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *