Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap
Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Posted on

Rasanya tak sempurna masakan kalau tidak letak bawang putih bersama. Bawang putih bukan sahaja sebagai penambah rasa, malahan aromanya membangkitkan selera untuk menikmati makanan terhidang. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita yang menggemari bau tengiknya itu. Ini adalah di sebabkan oleh kewujudan satu komponen istimewa di dalamnya yang di kenali sebagai allicin.

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap
Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Allicin adalah suatu komponen bersifat sulfur yang keluar ketika bawang putih terdedah setelah di potong, di cincang, di lumatkan atau di kunyah. Bahan inilah yang memberikan bau menyengat yang agak kuat pada bawang putih di samping mewujudkan ciri ciri anti bakteria, anti virus, anti radang dan anti oksida yang menjadikan bawang putih suatu kaedah rawatan semulajadi yang hebat dan selamat. Namun begitu, tahukah anda bahawa bawang putih bukan sekadar di perlukan dalam masakan sahaja, malahan punya khasiat yang pelbagai terutamanya dalam dunia kesihatan dan kecantikan.

Bahan Bahan Untuk Kuih Siput :

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 150 ml air
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih di hiris nipis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan Kuih Rangup :

  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak.
  2. Udang kering juga di goreng pula di dalam minyak yang sama
  3. Tumbuk halus kedua bahan dan ketepikan.
  4. Cairkan mentega dan sejukkan.
  5. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  6. Mentega cair di tuang sikit sikit keatas tepung.
  7. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  8. Supaya kuih rangup biarkan majerin menyerap dalam tepung.
  9. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, di selang selikan dengan air.
  10. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
  11. Tambah air jika doh masuk keras.
  12. Rehatkan doh seketika.
  13. Tabur sedikit tepung di atas dulang.
  14. Gentelkan sedikit tepung kemudian tekan keatas acuan kuih.
  15. Kuih yang di bentuk di letakkan di atas dulang tadi.
  16. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
  17. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tambahan :

Bawang putih di katakan mampu menghalang masalah keguguran rambut. Kandungan allicin, iaitu sejenis sebatian sulfur yang hampir sama terdapat dalam bawang merah di dapati berkesan merawat keguguran rambut. Caranya, gosokkan potongan bawang putih pada kulit kepala dan ramaskannya untuk hasil yang lebih baik. Kaedah lain, campurkan minyak dengan bawang putih cincang, kemudian urutkannya ke seluruh kulit kepala anda.

Salah satu bahan mujarab untuk menyelesaikan masalah kulit berjerawat adalah bawang putih kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Kandungan antioksidannya itu sangat membantu dalam membunuh bakteria, mengecutkan dan menghilangkan parut jerawat secara beransur ansur. Caranya, gosok perlahan atau tempelkan hirisan bawang putih pada jerawat untuk rawatan yang berkesan.

Khasiat bawang putih bertindak sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih tidak seperti ubat biasa, iaitu ia tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya. Oleh itu, bagi mereka yang menghidap selesema, cirit birit berdarah, taun atau penyakit lain yang berjangkit, maka khasiat yang ada pada bawang putih baik untuk merawat. Sekiranya anda mengalami jangkitan dalam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya amat melegakan.

Antioksidan bawang putih dapat merangsang sel darah putih yang meningkatkan sistem imun dan mencegah di jangkiti demam atau selsema. Lebihkan pengambilan bawang putih dalam masakan seperti sup ayam. Biasanya bayi bawah usia 2 tahun yang mengalami tidak di sarankan untuk mengambil ubat ubatan selagi keadaanya tidak membimbangkan. Jadi, kaedah rawatan yang selamat ialah dengan membuat minyak bawang putih untuk di jadikan sebagai minyak urut.

Bawang putih mampu membunuh bakteria yang berbahaya kepada badan seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli kerana bumbu ini merupakan antivirus, antibakteria, serta antimikrob. Keracunan makanan dapat di cegah dengan pengambilan bawang putih.

Konsisten menggunakan bawang putih yang setiap hari mengurangkan risiko terkena pesakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate. Mineral dalam bumbu rempah ini memiliki ciri anti barah yang menghambat pertumbuhan sel kanser dalam badan. Sulfur dalam allicin bertindak sebagai detoxifier yang mampu membuang bahan toksin dalam hati dan memelihara sel badan dari kesan buruk toksin. Bawang juga sudah ramai di gunakan sebagai rawatan untuk pesakit barah payudara serta hiv.

Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung. Bawang putih membantu mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam saluran darah yang sebahagiannya di sekat oleh himpunan kolesterol. Pengambilan satu ulas bawang setiap hari dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam sebanyak 10% sampai 15%. Keistimewaan ini termasuk juga memiliki ciri anti gumpal yang membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah. Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung. Jadi bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang di kaitkan dengan jantung atau peredaran darah.

Bawang dapat mengatasi sakit gigi. Bahaya kalau sakit gigi di biarkan tak di rawat. Oleh itu, sebelum berjumpa doktor gigi, ada caranya untuk mengurangkan kesakitan gigi yang di tanggung. Dengan mengambil seulas bawang putih yang telah di kupas kulitnya, gigit bawang putih mentah itu di bahagian gigi yang sakit. Ini kerana ciri antibakteria & analgesik yang terdapat pada bawang putih membantu mengurangkan sakit gigi anda sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Bumbu rempah ini mengawal jumlah kandungan gula darah yang membantu menyelia tahap insulin dalam tubuh. Pengambilannya boleh di jadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga jaga untuk mencegah penyakit diabetes. Tetapi untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan harian, penggunaan bumbu rempah ini hendaklah mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

Bawang putih merupakan penawar semulajadi yang sangat ampuh untuk menghilangkan ketuat. Ketuat (kutil) timbul di permukaan kulit kerana jangkitan virus human papillomavirus pada kulit di mana protein keras pada lapisan epidermis tumbuh dengan cepat. Dengan mengambil satu / dua ulas bawang putih yang di potong dan di gosokkan ke bahagian kulit yang terkena ketuat, kemudian balut dengan kain pembalut. Lakukan secara konsisten sehingga ketuat hilang. Sulfur bawang mampu untuk mengikis lapisan keras tersebut untuk menjadikan kulit kembali normal.

Bawang putih juga sebenarnya memiliki enzim afrodisiak, iaitu sejenis zat kimia yang di gunakan untuk merangsang daya seksual seseorang. Ia berupaya untuk meningkatkan tahap libido dan daya tahan seksual kaum lelaki. Mereka yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) di galakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin. Daripada ubat mengandungi banyak bahan kimia, khasiat semulajadi bawang putih dalam memperbaiki hubungan seksual sangat wajar di manfaatkan kerana ianya selamat tanpa perlu kita risau tentang kewujudan kesan sampingan yang negatif.

Pernahkan anda merasa lesu atau letih? Salah satu tanda anda kekurangan tenaga apabila berasa tidak bermaya dan tubuh berpeluh. Untuk mengatasinya amalkan pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan air. Selain daripada pengambilan pil vitamin atau suplemen yang di beli dari farmasi, makanan tambahan yang paling menjimatkan dan mudah di dapati adalah dengan mengamalkan pengambilan bawang putih secara teratur kerana mampu menambahkan tenaga stamina fizikal dan daya kekuatan seseorang.

Serotonin di hasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang. Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung. Vitamin b6 yang terkandung dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan, melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.

Oleh kerana khasiat dalam bawang putih telah membuktikan adanya sifat sifat anti radang, maka ia boleh di gunakan dalam melegakan keradangan, ekzema atau psoriasis. Kaedahnya sangat mudah, iaitu gosokkan sedikit minyak bawang putih pada tempat atau kawasan kulit yang terjejas dan melakukannya secara kerap.

Bawang putih dapat melegakan masalah angin kerana kemasukan angin menyebabkan kembung perut serta ketidakselesaan. Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di atas dapur bersama dengan kulitnya sekali untuk beberapa minit. Setelah garing dan di buang kulitnya, makanlah bawang putih tu. Tak sampai setengah jam hasilnya akan dapat di rasai. Anda akan merasa lega dan tidak kembung perut lagi.

Menurut pakar pemakanan, bawang putih dapat membantu mengawal berat badan seseorang. Hasil kajian makmal yang di jalankan ke atas seekor tikus ada menunjukkan bahawa tikus yang memakan makanan yang kaya dengan bawang putih berjaya mengurangkan lemak dan berat badan mereka. Hal ini kerana, khasiat bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel sel lemak dalam badan. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses diet, cuba manfaatkan tips ini dengan memasukkan bawang putih dalam memasak makanan harian anda. Untuk kesan yang lebih baik, campurkan beberapa ulas bawang putih, madu, cuka dan air lalu di minum. Minuman ini sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan.

Dengan adanya ciri ciri sebagai anti kulat, bawang putih juga berupaya untuk melegakan gatal gatal dan kulat pada kaki. Caranya, rendamkan kaki gatal tersebut ke dalam besen yang berisi dengan air hangat dan bawang putih yang telah di hancurkan.

Antara khasiat bawang putih yang lain, aromanya yang agak kuat dan tengik itu di katakan membantu menghalau nyamuk. Satu kajian di india mendapati bahawa sekiranya menggosok ramuan minyak bawang putih pada tangan dan kaki, maka ia tidak akan di ganggu oleh serangga itu.

Bawang putih boleh menjadi pengganti kepada racun perosak secara semula jadi. Ini kerana, hama atau serangga perosak tanaman tidak suka akan bau bawang putih. Untuk membuat racun semula jadi ini, gabungkan bawang putih, minyak mineral, air dan sabun cecair. Tuangkan sebatian ini ke dalam botol dan semburkannya bagi mengelakkan serangga perosak tersebut dari terus merosakkan tanaman anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *