Resepi Mee Rebus Kuah Khas Malaysia
Resepi Mee Rebus Kuah Khas Malaysia

Resepi Mee Rebus Kuah Khas Malaysia

Posted on

Mee kuning merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya di hasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi gmp (good manufacturing process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning di perbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat di makan) dan di uli menggunakan mesin penguli tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk ‘çonveyer’ untuk di sejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat di makan perlukan proses yang bersih dan di jaga kualiti.

Resepi Mee Rebus Kuah Khas Malaysia
Resepi Mee Rebus Kuah Khas Malaysia

Dalam temubual dengan pengusaha menyatakan bahawa sekilo mee kuning di keluarkan di jual dengan harga antara rm 1.50 hingga rm 2.00 dan kos pengeluaran antara 80 sen sehingga rm 1.20 sekilogram bergantung kepada jenis mesin yang di gunakan. Mee kuning perlu di pasarkan segera pada hari yang sama di proses untuk mengekalkan kualitinya. Mee kuning di bungkus dalam plastik jernih dengan berat 1 (satu) kilogram sehingga 10 kilogram sebungkus bergantung kepada jenis pasaran. Mee ini perlu di edarkan terus ke pasar awam, ke restoran restoran dan gerai gerai makanan dalam hari yang sama untuk menikmati keenakkannya.

Bahan Bahan Mee Kuah :

  • 500 gram mee kuning
  • 150 gram taugeh di buang ekor
  • 4 biji limau kasturi di belah
  • 4 biji telur rebus di kupas dan belah
  • 2 biji cili hijau di hiris
  • 2 keping tauhu di goreng dan hiris nipis
  • 1 pokok daun sup di hiris
  • 1 pokok daun bawang di hiris
  • 1 biji cili merah di hiris
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus

Bahan Kuah Mee Rebus :

  • 500 gram kaledek
  • 500 gram daging lembu
  • 5 cawan air
  • 5 biji bawang merah di tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 2 1/2 camca tauco di tumbuk lumat
  • 2 sudu besar udang kering, opsyenal
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 biji tomato di belah
  • 1 cm lengkuas di titik
  • 1 cm halia di tumbuk halus
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :

Cara Membuat Kuah Masak Mee Rebus :

  1. Mula hiris nipis daging lembu
  2. Kemudian rebus hingga lembut dan kaledek juga di rebus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali
  4. Tumis bahan tumbuk halus hingga naik bau
  5. Masukkan rempah kari daging dan taucho, selepas itu kacau hingga rata.
  6. Masukkan daging, apabila daging rebus masukkan sekali air rebusanya juga air, keldek, lengkuas
  7. Kemudian masak menggunakan api perlahan selama lebih kurang 20 minit.
  8. Masukkan kacang tanah yang sudah di kisar halus tadi bersama tomato
  9. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  10. Akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.

Cara Menyediakan Resepi Mee Rebus Simple :

  1. Celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang di perlukan
  2. Letakkan dalam bekas yang sesuai.
  3. Selepas itu kacau kuah dan tuangkan di atas mee.
  4. Kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng
  5. Terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.

Tambahan :

Bagaimana pun lazimnya jika mee kuning ini di simpan dalam peti ais ia boleh tahan dalam masa 1 minggu tanpa berubah warna dan rasa. Bagaimana pun jika ia di simpan terlalu lama akan menurun kualitinya. Mee kuning sesuai di makan sebagai mee goreng, mee goreng mamak, mee bandung, mee kenduri, mee rebus, mee kari, mee jawa, mee kuah, mee udang dan sebagainya mengikut resepi tempatan. Makanan ini menjadi kegemaran rakyat malaysia yang suka akan makanan mee kuning. Saya pun peminat makanan berasaskan mee kuning.

Bahan bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan bahan ini perli di proses dengan mencampurkan air, garam dan pewarna di kacau sebati. Kemudian di pecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi doh yang di namakan sebagai doh mee kuning. Seterusnya di bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik.

Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu di leperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian di gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap (yang paling tebal mengikut mesin masing masing). Doh ini perlu di buat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.

Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang di campur dengan sedikit minyak lebih kurang 3 – 4 minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus di makan atau di jual.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *