Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Khas Malaysia

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Khas Malaysia

Posted on

Selain kaya dengan khasiat, madu boleh di gunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah di jadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Rajin memakan madu akan memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli.

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap Khas Malaysia

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar di temui terutama ketika zaman moden ini. Ada kalanya madu lebah yang terdapat di pasaran di campur dengan bahan bahan lain hanya semata mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna. Madu asli tidak di serang oleh semut tetapi jika madu asli yang di campur gula akan di serang pasukan semut.

Bahan Bahan Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan Untuk Ayam Di Rebus :

  • 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 2 cm halia di tumbuk halus
  • 1 ekor ayam di potong potong
  • 1 kiub ayam

Bahan Untuk Ayam Di Perap :

  • 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia di tumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan Untuk Nasi :

  • 4 buah pelaga*
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 3 cawan beras
  • 2 helai daun pandan
  • 2 bunga lawang*
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia di tumbuk halus
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan Untuk Sos :

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan Untuk Sup :

  • 1 biji bawang besar di kisar
  • Air rebusan ayam
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yang di hiris

Bahan Untuk Kuah Kicap :

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Membuat Nasi Ayam Madu Resepi :

Untuk Ayam,

  1. Cuci ayam kemudian toskan dengan air .
  2. lumurkan dgn halia yg di ketuk dan 2 ulas bawang putih.
  3. Rebus 1 kiub ayam sampai empuk.
  4. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).
  5. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi,

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Dengan butter tumiskan daun pandan, rempah tumis(*), serai, bawang putih, halia hingga garing .
  3. Masak beras seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Campur air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.

Memasak Sup,

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng .

Memasak Sos,

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga di masak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap,

  1. Aduk semua bahan kicap & masak sebentar.
  2. Sejukkan sebelum di hidang.

Tips :

  • Sebisa mungkin ayam tidak di rebus terlalu lama jika isi ayam tidak ingin mudah hancur ketika di goreng.

Tambahan :

Madu yang asli tidak akan beku jika di letakkan di dalam peti sejuk dan tidak akan putus jika di tuangkan ke dalam wadah. Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan lahan. Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan. Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak. Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak di serap oleh kertas.

Madu mengembalikan kekuatan tubuh badan. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. Memulihkan sel sel urat besar. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. Merangsang tenaga batin dan menambah darah sehingga memulihkan kembali bekuan darah serta membersihkannya. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif. Menghilangkan rasa kebas kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Mengelak cacing perosak dalam perut. Menambah kelazatan makanan. Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman. Mudah dan cepat di serap oleh badan. Memberi tenaga yang di butuhkan oleh badan dengan cepat.

Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi di kendalikan oleh buah pinggang. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar berkesan dalam menenangkan tubuh dan akal fikiran. Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada dan memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus. Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal. Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang di perlukan oleh tubuh badan.

Jangan biarkan madu di simpan di tempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya. Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya di tutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu di bimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika di makan.

Biarkan madu di dalam bekas kaca yang kedap udara dan suhu bilik. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin. Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu dan hindari menyimpan madu bersama makanan yang berbau seperti durian, tempoyak, petai, belacan. Ini kerana madu menyerap bau bauan di sekelilingnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *