Resepi Nasi Ayam Penyet Khas Malaysia
Resepi Nasi Ayam Penyet Khas Malaysia

Resepi Nasi Ayam Penyet Khas Malaysia

Posted on

Gingerol adalah sebatian bioaktif utama dalam halia, bertanggung jawab untuk banyak ciri ciri perubatan. Halia meningkatkan penyerapan dan asimilasi nutrien penting dalam badan. Ia mempunyai kesan kesan anti radang dan antioksidan yang kuat. Ia adalah bahan yang sangat biasa dalam resipi. Makan halia sebelum makan tengah hari untuk membangkitkan selera makan.

Resepi Nasi Ayam Penyet Khas Malaysia
Resepi Nasi Ayam Penyet Khas Malaysia

Halia berupaya menurunkan paras kolesterol. Halia berupaya menurunkan tekanan darah. Halia dapat mengaktifkan jus pencernaan. Halia dengan sifat antiradang boleh membantu sakit sendi. Halia dapat membantu penegahan kepada kanser. Halia dapat membantu mengurangkan kembung perut

Bahan Bahan Resepi Ayam Penyet :

Bahan Untuk Ayam Penyet, Rebusan :

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ekor ayam di potong potong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • air secukupnya

Bahan Untuk Rempah Perapan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ketumbar *
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1/2 sudu jintan putih *
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • sedikit garam

Bahan Untuk Tepung Kriuk :

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Lebihan perapan rempah ayam

Bahan Bahan Untuk Nasi Ayam :

  • 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang di gunakan
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 cawan beras, bersihkan dan tos
  • 3 ulas bawang putih, di ketuk
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit garam

Bahan Bahan Untuk Sup Ayam :

  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan Bahan Untuk Sambal Ayam Penyet :

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah di belah
  • 5 cm belacan bakar
  • 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
  • 3 biji bawang putih di hiris kasar
  • 3 biji tomato di belah
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan Untuk Hidangan Sampingan :

  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman, timun, daun selom, kubis, kacang panjang, tomato

Cara Penyediaan :

Cara Cara Untuk Ayam Penyet, Rebusan :

  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih.
  2. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan toskan.

Cara Cara Untuk Rempah Perapan Ayam :

  1. Sangai rempah bertanda *.
  2. Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  3. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  4. Gaulkan ayam rebus di atas bersama rempah kisar, perap selama beberapa jam.
  5. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  6. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  7. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng.
  8. Tapi jangan campur dengan ayam.
  9. Bahan lebihan rempah akan di gunakan untuk tepung kriuk

Cara Cara Untuk Tepung Kriuk :

  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur.
  2. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  3. Boleh juga di salut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum di goreng.

Cara Cara Untuk Nasi Ayam Penyet :

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau seketika.
  3. Masukkan air dan sedikit garam.
  4. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa.
  5. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara Cara Untuk Sup Ayam :

  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai.
  2. Letak halia dan bawang putih sebab sudah di masukkan semasa proses rebusan ayam mula mula tadi.
  3. jika anda suka rebus bersama bahagian tulang ayam .
  4. Biarkan mendidih dan tabur dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Cara Cara Untuk Sambal Ayam Penyet :

  1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing, angkat dan asingkan.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  4. Kisar kasar cili, ikan bilis, bawang dan tomato, di goreng bersama belacan bakar.
  5. Bersama minyak, tumis sambal yang telah di kisar kasar dengan gula melaka.
  6. Perasakan dengan garam jika perlu, hati hati kerana ikan bilis sudah masin.

Cara Cara Untuk Bahan Sampingan :

  1. Goreng tauhu dan tempe yang sudah di gaul dengan rempah.
  2. Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam ulaman lain.
  3. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *