Resepi Nasi Dagang Khas Malaysia
Resepi Nasi Dagang Khas Malaysia

Resepi Nasi Dagang Khas Malaysia

Posted on

Namanya yang unik dan tersendiri menjadikan makanan kegemaran rakyat Terengganu ini terkenal di Malaysia. Mengikut cerita yang penulis dengar dari orang orang tua, asal namanya dagang adalah kerana pada masa dulu orang Terengganu ni suka berdagang atau berniaga yakni pergi ke tempat lain menjual. Pada masa itu kebanyakan orang apabila keluar dari rumah mesti membawa bekal dan bekalnya mestilah yang mengenyangkan dan mudah di bawa iaitu nasi dan satu lauk sahaja. Lama kelamaan timbullah perkataan ‘dagang’ kerana apabila di tanya untuk apa nasi itu di buat, akan di jawab, nasi untuk orang berdagang. Kesahihan cerita ini penulis pun tidak pasti. Bagaimanapun ia agak logik juga sebab nasi dagang yang benar benar asli di Terengganu ini memanglah hanya ada nasi dan lauk sahaja. Lauknya pula mesti ikan aya (ikan tongkol).

Resepi Nasi Dagang Khas Malaysia
Resepi Nasi Dagang Khas Malaysia

Keenakan nasi dagang adalah pada rempah yang di gunakan untuk memasak lauknya. Gulai atau kuah nasi dagang yang asli rempahnya mestilah yang baru di proses iaitu di buat atau di giling sendiri dengan adunan rempah ratus yang betul. Rempah yang di gunakan pula mesti terdiri daripada dua jenis yang di namakan rempah mentah dan rempah masak. Rempah mentah ialah rempah ratus yang di rendamkan kedalam air panas supaya lembut atau mudah di giling lumat. Rempah masak pula adalah rempah ratus yang di keringkan dan di goreng kering terlebih dahulu sebelum di kisar atau di giling lumat. Nasi dagang yang asli masukkan buah belimbing buluh ke dalam kuah, tujuannya supaya tidak rasa ‘muak’ atau jemu apabila di makan dan mesti ada daun pisang ketika mengukus nasinya dan ketika makan. Adunan yang betul akan menghasilkan kuah atau gulai nasi dagang yang sedap.

Bahan Bahan :

  • 100 gram beras nasi dagang
  • 100 ml santan pekat
  • 5 ulas bawang merah di hiris
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 1 inci halia di hiris
  • 1/2 sudu besar halba

Bahan Bahan Resepi Gulai Ikan Tongkol :

  • 5 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 keping ikan tongkol
  • 1 paket kecil rempah ikan
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • timun secukupnya

Cara Cara Membuat Resepi Nasi Dagang :

  1. Rendam beras semalaman, bersihkan dan toskan.
  2. Kukus nasi, tambah bahan yang telah di hiris ke santan.
  3. Gaulkan pada nasi, tambah sedikit garam & halba
  4. Kukus nasi sekali lagi sehingga masak.

Cara Cara Membuat Gulai Ikan :

  1. Ikan tongkol di rebus bersama asam keping dan garam.
  2. Rebus sehingga kering airnya dan ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar.
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi dan timun
  5. Masukkan rempah kari ikan dan cili boh, tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan santan & air asam jawa.
  7. Kacau sampai mendidih.
  8. masukkan ikan tongkol, garam dan gula.
  9. Kecilkan api dan biarkan hingga masak.

Tambahan :

Nasi dagang merupakan sejenis makanan tradisional berasaskan nasi yang amat di gemari oleh ramai rakyat Malaysia yang boleh mengenyangkan, tahan lama dan enak di makan bila bila masa. Kini nasi dagang telah di makan di seluruh Malaysia sehingga anda boleh jumpa nasi dagang di Kucing, Kota Kinabalu, Singapura dan Brunei. Kalau dahulu di pantai timur ramai nelayan akan makan nasi dagang untuk turun kelaut atau membawa bekalan, kini pegawai kerajaan di pejabat, pekerja kilang, pelajar sekolah, pemandu lori, tetamu hotel dan ramai lagi makan nasi dagang. Walau pun lazimnya nasi dagang di makan untuk sarapan pagi, kini nasi dagang ada di jual di pasar tani dan pasar malam pada waktu petang dan malam. Makan nasi dagang memang mengenyangkan pada jangka masa yang lama berbanding dengan makanan lain. Banyak tenaga yang ada pada nasi dagang dan sesuai untuk mereka yang bekerja berat. Nasi dagang juga sehebat nasi lemak, nasi kerabu dan nasi minyak yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.

Hidangan nasi dagang menggunakan asas Nasi, Lauk (Ikan atau Ayam) serta acar timun. Bagaimana pun mereka yang tidak suka ikan akan makan nasi ayam gulai ayam. Walau pun terdapat perbezaan antara keduanya, tetapi yang paling jelas lagi adalah perbezaan dari segi nasi dan kuahnya. Nasi dagang kini banyak bergantung kepada resepi yang di gunakan seperti ikan tongkol segar, jenis kari gulai di gunakan dan cara masakkan. Selain daripada di hidangkan dalam pinggan, nasi dagang kini popular di beli dari gerai dengan bungkusan yang agak unik. Lazimnya nasi dagang tradisional di pantai timur di bungkus dengan lapisan daun pisang di luar dengan kertas suratkhabar atau kertas minyak.

Unik kerana ia di bungkus dalam bentuk ‘Kon’ dengan saiz kecil. Di dalamnya terdapat nasi dagang, acar, ikan tongkol dan kuah (Kadang kadang kuah di bungkus dalam plastik dan di letakkan di luar). Bergantung kepada kuantiti, kualiti, lokasi dan resepi, harga sebungkus nasi dagang sekitar RM 2.00 sampai RM 3.00 sahaja. Nasi ini tahan lama jika di beli waktu pagi dan di makan pada waktu petang. Kaedah pembungkusan nasi dagang moden adalah menggunakan bekas kotak polistyrene seperti di pasar malam dan pasar tani. Ianya berharga sekitar RM 3.50 sampai RM 5.00 . Keenakan nasi dagang pada nasi dan kuah gulainya iaitu ada rasa lemak, pedas, manis dan masin yang mencukupi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *