Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Khas Malaysia

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Khas Malaysia

Posted on

Kunyit atau dalam bahasa saintifiknya, Curcuma Longa adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga halia, Zingiberaceae. Daun, bunga dan rizom nya boleh di gunakan dan berkhasiat. Di manfaatkan sebagai bahan makanan, ubatan dan juga aroma dan warna. Kunyit berasal dari Asia Tenggara. Ia telah menjadi tanaman untuk perdagangan di India, China, Indochina dan Indonesia. Pokok kunyit mudah di tanam. Biasa di jadikan pokok hiasan di halaman rumah. Boleh juga ditanam di dalam pasu. Pokoknya boleh mencecah sehingga 1Meter tinggi. Cuaca di Malaysia dengan suhu dan kekerapan hujan yang tinggi amat sesuai untuk penanaman kunyit. Kunyit membiak secara aseksual iaitu melalui keratan rizom. Ia boleh tumbuh subur dengan jangka hayat yang panjang di kawasan teduh dan mendapat cahaya matahari yang banyak.

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Khas Malaysia

Kunyit kaya dengan Vitamin C dan B 6. Juga tinggi kandungan Potasium dan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium. Tumbuhan yang ajaib ini di gunakan untuk rawatan anti radang, anti malaria, anti bakteria, anti fungal, anti protozoa, anti viral dan perangsang tubuh yang lemah. Juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, psoriasis, acne dan radang kulit . Baik untuk pesakit neuralgia iaitu sakit saraf terutama di bahagian muka dan kepala dan untuk pesakit reumatik iaitu sakit di bahagian sendi. Dalam sejarah perubatan India, kunyit di anggap sebagai antibiotik semulajadi terbaik, Pada masa yang sama ia di gunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus.

Bahan Resepi Nasi Goreng Ayam :

  • 6 Ulas bawang merah*
  • 3 Biji cili merah*
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk besar nasi
  • tambah cili api jika suka pedas
  • Segenggam ikan bilis*
  • rendam

Bahan Ayam Kunyit :

  • 4 Batang kacang panjang
  • 4 batang jagung muda
  • 2 Ulas bawang putih, kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil dan bersihkan
  • karot
  • Cili api / merah

Cara Memasak Ayam Kunyit :

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng garing.
  2. Gunakan sedikit minyak lebihan mengoreng tadi dan tumis bawang putih.
  3. Masukkan semua sayur kecuali cili dan bawang besar.
  4. Tuangkan 1/4 cawan air, sos tiram dan garam.
  5. Masak sebentar dan masukkan ayam serta bawang besardan cili.
  6. Gaul rata dan angkat.

Nota :

  • Lumurkan kunyit lebih dari biasa pada ayam.

Cara Menyediakan Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap :

  1. Kisar bahan yang bertanda *, tumbuk lebih baik
  2. Tumis bahan yang di kisar hingga naik bau / kekuningan menggunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ayam tadi.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan juga kiub ayam.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata.
  5. Kuak sedikit nasi dan pecahkan telur .
  6. Rata ratakan supaya telur masak.
  7. Gaul rata bersama nasi sebentar dan bolehlah di angkat.

Nota :

  • Lebihan minyak berkunyit akan mewarnakan nasi goreng ayam berempah ni.

Tambahan :

Bahan aktif pada kunyit di namakan Curcumin, yang mempunyai bau yang kuat seakan mustard, sedikit pahit dan pedas. Kandungan curcumin di dalam serbuk kunyit yang organik ialah sebanyak 3.14 %. Curcumin mempunyai kelebihan dalam bidang perubatan kerana sifatnya yang anti tumor dan antioksida.

Curcumin juga Melindungi saraf, mengurangi risiko radang otak dan mengembalikan homeostasis energi pada sistem otak yang terganggu akibat terluka atau trauma. Menghambat dan mengurangi penumpukan plak amiloid beta pada penderita Alzheimer. Melindungi hati, antara lain dari hemangioendotelioma, hepatokarsinoma, dan Hepatitis B. Melindungi pankreas dari akibat ratio sitokina yang berlebihan, bahkan setelah transplant serta menurunkan resistan terhadap insulin dan leptin. Melindungi sel Leydig dari pengaruh alkohol. Menurunkan peradangan pada jaringan adiposa. Menghambat pertumbuhan sel kanser seperti kanser payudara dan sel prostat. Mengurangkan risiko leukimia. Selain itu kunyit juga kaya dengan nutrisi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *