Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Khas Malaysia

Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Khas Malaysia

Posted on

Bawang putih di percayai berasal dari Asia Tengah dan di bawa ke pelbagai pelusuk dunia. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian. Sebenarnya bawang putih ni ada banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Salah satu khasiat bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah.

Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Khas Malaysia

Karena itu akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. Bumbu rempah seperti bawang putih sangat kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser. Di dalam bawang putih terkandung sejenis bahan allicin yang akan bertindak sebagai anti virus dan anti bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Bahan Resepi Nasi Goreng Ayam Sedap :

  • 3 mangkuk nasi di leraikan
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 2 biji telur
  • 2 sudu cili giling
  • 1 ulas bawang merah di tumbuk
  • 1 sudu kicap
  • Sedikit sayuran campur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Tambahan :

  • Ayam goreng celup tepung, goreng dengan bumbu ayam goreng tepung crispy
  • Timun
  • Daun bawang
  • Sos cili

Cara Cara Memasak Nasi Goreng Ayam :

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling, kacau seketika.
  4. Masukkaan pula kicap, garam dan serbuk perasa.
  5. Selepas itu, pecah kan telur dan kacau.
  6. Kemudian masukkan sayuran, biarkan layu seketika.
  7. Masukkan nasi dan gaul sehingga sekata.
  8. Siap dan sedia di hidangkan dengan ayam goreng yg di potong potong

Tambahan :

Di dalam bumbu rempah sedap ini iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid. Bawang putih dapat mengatur gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 sampai 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Disulphide yang terdapat di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol di bakar dalam badan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *