Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Khas Malaysia

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Khas Malaysia

Posted on

Mungkin banyak dari kita yang meremehkan salah jenis makanan olahan ikan masin ini. Ikan masin memang terkadang di pandang sebelah mata, karena kesannya hanya sebagai makanan lauk pauk untuk kalangan miskin. Tapi siapa sangka, ada juga beberapa jenis ikan masin yang ternyata harganya tidak bersahabat dengan kalangan bawah, ada juga yang cukup mahal harganya. Salah satu hal yang membuat ikan masin popular, selain harganya yang relatif lebih murah dan terjangkau adalah rasa khasnya yang unik dan dapat di jadikan lauk ataupun campuran sayuran dan sebagainya.

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Khas Malaysia

Ikan masin sendiri merupakan bentuk olahan dari ikan, sangat baik manfaat ikan laut atau ikan air tawar. Ikan ikan ini di proses dengan cara di masinkan, kemudian di jemur selama beberapa hari dengan tujuan mengawetkan ikan tersebut. Tak heran, ikan masin mampu bertahan jauh lebih lama di bandingkan ikan segar yang hanya bertahan 3 sampai 4 hari saja pada udara terbuka atau suhu ruangan. Segala sesuatu yang ada di dunia ini tentu saja memiliki manfaat, tak terkecuali ikan asin.

Bahan Bahan Nasi Goreng Ikan Masin Resepi :

  • 5 ulas bawang putih di hiris
  • 5 cawan nasi sejuk di leraikan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji telur di pukul
  • 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya kemudian cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Isi ikan bilis masin

Cara Memasak Resepi Ikan Masin Goreng :

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  2. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau,
  3. Selepas itu,masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili menjadi garing.
  4. Selepas itu, tambahkan sos tiram dan isi ikan masin bilis
  5. Kemudian kacau sampai sebati dan masak sekejap.
  6. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  7. Masukkan batang sawi, kemudian masak sekejap dan tolak ke tepi kuali.
  8. Masukkan telur dan biarkan telur mengental kemudian kacau sehingga hancur.
  9. Gaul rata dan masukkan nasi.
  10. Besarkan api dan kacau sehingga rata.
  11. Akhir sekali,tambah daun sawi kemudian kacau lagi dan masak sekejap.
  12. Bolehlah di hidangkan.

Tambahan :

Orang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Cubalah salah satu dari tiga tip berikut :

Rendam dengan air biasa. Rendam ikan masin dengan air basa selama 12 sampai 24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang kurangnya anda kena tukar air rendaman 3 sampai 4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum di simpan atau di masak toskan airnya.

Rendam dengan air garam. Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5 sampai 10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas di rendam toskan.

Rendam dengan air panas. Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul betul kering sebelum di simpan atau terus di masak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *