Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler Khas Malaysia

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler Khas Malaysia

Posted on

Ipomoea aqatica atau kangkung adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4 sampai 6 minggu ia akan cepat membesar. Ia menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah di dapati di Nusantara ini dan termasuk tanaman sayuran yang paling popular di kalangan masyarakat. Harganya yang murah, mudah tumbuh, cepat tuai, mudah cara mendapatkannya serta mudah di olah mungkin adalah alasan utamanya. Oleh kerana itulah, alangkah lebih baik jika kita juga mengetahui manfaat sayur kangkung ini untuk kesihatan.

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler Khas Malaysia
Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler Khas Malaysia

Selain di gunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga di gunakan sebagai bahan untuk kesihatan. Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu penamajamkan penglihatan kita. Kangkung adalah salah satu sayur sayuran sihat yang banyak sekali manfaatnya. Zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol terdapat dalam kangkung. Berdasarkan penelitian, Kangkung juga menghasilkan petunjuk manfaat untuk merawat pelbagai macam gangguan kesihatan yang bersifat antiracun.

Bahan Bahan Resepi Nasi Goreng Kampung :

Bahan A

  • 7 biji cili api atau lebih kalau suka pedas
  • 7 biji bawang merah, bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 sudu besar garam

Bahan Nasi Goreng Kampung Paling Sedap :

  • 5 helai daun kesum di hiris halus
  • 5 sudu besar air masak.
  • 5 senduk nasi yang sudah di masak berderai
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sayur kangkung, daun dan batang di potong 3 cm
  • Bawang goreng
  • Limau nipis atau limau kecil

Cara Cara Buat Nasi Goreng Kampung :

  1. Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.
  2. Pakai cara tradisional lesung batu lagi sedap.
  3. Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan bahan tersebut, kira ok.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah di tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau menggunakan api sederhana sahaja.
  5. Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur kangkung yang telah di potong potong tadi,
  6. masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk. Masak selama 1 minit lagi.
  7. Kecilkan api, masukkan nasi yang telah di masak kemudian gaul hingga rata.

Cadangan Hidangan Nasi Goreng Kampung Sedap :

  1. Hidangan untuk 4 orang.
  2. Taburkan daun kesum dan bawang goreng.
  3. Boleh makan dengan kicap kalau suka kalau kurang masin atau limau menurut selera

Tambahan Nasi Goreng Kampung Special :

  • Cara cara memasak kena ikut betul betul supaya nasi goreng kampung anda menjadi dan sedap.

Tambahan :

Kangkung mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Kandungan betakarotin yang semakin tinggi di dalam Kangkung di percayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata. Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh di gunakan mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan akibat makanan, mimisan serta sariawan.

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah adalah penting. Ciri ciri anemia dapat di sebabkan karena kekurangan zat besi , yang dapat di tandai dengan lemas, pusing serta pandangan menjadi kabur. Pada kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi, sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia / kurang darah. Kerana ekstrak kangkung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah ekstrak kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes . Perbanyaklah mengambil kangkung, bila anda mengidap penyakit kencing manis.

Sifat sedatif dalam kangkung berpotensi mengendurkan saraf dan boleh menjadi penyebab kantuk. Hal ini kerana adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin banyak makanan kangkung bila kita ambil, saraf jadi kendur dan apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih berkualiti dan lena. Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena. Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi kesegaran kepada dan memulihkan stress.

Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak. Vitamin B Komplek & Omega 3 dalam kangkung ternyata juga cukup banyak yang merupakan peningkat pengeluaran serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak dan kangkung boleh di katakan boleh menyegarkan kembali otak kita. Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kangkung adalah lebih tinggi daripada buah buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak langsung Ia dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita sehingga baik untuk mencegah sariawan atau gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *